Friday, 29 April 2011

Singapore ( PART 1)

Assallamualaikum..

// Universal Studio Singapura

Perjalanan ke Kota Singa ni memang tak dirancang langsung.. Pakai redah je bila ada yang ajak..hehhehehe.Ok kitaorang just stay tuk 1 night je..Bertolak pagi sabtu dan pulang semula ke Melaka pagi ahad...  Cepat dan pantaskan..Almaklum la ni kes malas nak amik cuti dan manfaatkan cuti dengan sebaik yang mungkin.

Kitaorang bertolak jam 7.00 pagi dari Melaka menaiki bus express direct terus ke Singapura. Tiket berharga RM 23.. Sampai je di Imigresen JB, kitaorang turun dan cop pasport seperti biasa. Jangan tak tau kitaorang telah tertinggal bus yang sepatutnya yang kami naiki tu. Ni semua sebab kesesekan manusia  kat situ. Ampun! cuak amat kitaorang. Tapi nasib baiklah ada bus yang sudi menumpangkan kitaorang walaupun hanya berdua. Syukur Alhamdullillah..

Kitaorang stay kat hotel berhampiran Malay Heritage Centre, almaklum la kat situ je aku familiar .. mana taknya kat situlah aku selalu datang tuk buat lawatan, meeting dll. Almaklum orang muzium memang macam ni..hhheehe

Ni lah keje aku sambil jalan sambil amik gambaq..

Settle check in kitaorang berjalan-jalan untuk mencari makan sekitar Arab Street almaklumla waktu tu dh masuk tengahari. Kitaorang makan Nasi Ayam Percik je kat Restoran Victory. dah tak tau nak makan apa , hentam je la. Sekitar tu juga banyak jugak kedai-kedai makanan yang halal seperti Islamic Restoran , Zam -Zam Restoran dll . Masjid Sultan pun dekat, seberang jalan je.


Kiri : Nasi Ayam Percik                       Kanan : Victory Restoran 


Ni lah rupa Masjid Sultan.

Settle makan kitaorang terus bertolak menaiki cap ke USS . Almaklum nak jimatkan masa. Settle je belil tiket dengan harga RM 180 setelah diconvert. Waktu ni tak ramai sangat pun... 
Ni lah rupa tiket masuk ke USS... 

Tapi sebelum masuk kenalah posing dulu kan.. waktu ni USS baru bukak so globe berasap-asap tu belum ada. Takpe ada rezeki lebih nanti aku repeatlahh balik ye.hehhehe

Waktu ni nampak macam tak ramai je. so oklah bole bernafas.

Posing sat na... Kekembangan jelas kelihatan disitu.. ingat dah kuruih tu yang aku sental makan ja... Rupa-rupanya dah kembang aku... kikiki

Hah! ni antara part-part yang ada kat dalam tu. Ada Far Far Away, Madagascar, Sci -Fi City, Water World dan lain-lain.

Actually aku xdelah masuk semua sebab banyak gak show2 kat kitaorang dah lepas sebab sebab satu2 section tu kitaorang kena beratur  sebab jumlah pengunjung yang ramai. Nampak macam tak ramai tapi bila nak masukk ...mak aiiii..


Gambar kat bawah ni kat Eygpt. sempat jugaklah kitaorang posing ngan character kat sini. Tapi gambaq xyah la letak... Cekci posingnya..hahahhaa


Ni mamat yang tinggi yang amat. Aku xdan nak amik kakinya sebab ketinggian aku tak mengizinkan..hahahaha so aku close up je lah muka dia. Bole terima tak alasan macam tu.. kikiki

Ni botol ayaq.. Kitaorang tak makan akt dalam ni. Sebab dah makan sebelum masuk kan.. lagipun semua mahai2, lagipun nak jimatkan masa.. sebab banyak benda lagi kitaorang tak main ni..rugi rugi... :P



Ni pic kat Water World tak silap aku. Ni banyak aksi-aksi stuntman dan aksi basah kuyup. Nasib baik kitaorang tak dok depan kalo tak naya je kena simbah, baik pakai baldi tak pun pakai hose.. Sabo je la.. Tapi majoriti basah la, basah kuyup atau cipi cipi bergantung pada nasib. Kitaorang yang dok belakang pun basah gak tapi xdelah kuyup, kena serpihan -serpihan je. hehehehe Tapi ada gak pelawat yang dh standby  baju hujan.. Pandai kan...



Ni kat Sci-Fi..kitaorang taknaik pun...

hah?! ada bran..

Add caption
Bila dah petang barulah nampak kesesakkannya...

Bandar New York

Marlynn Monre celup.. Ehh?! betui ka aku spell ni..alah kira halal je lah ye..


Pop Corn Stall

Ramai sungguh yang beratur nak amik gambaq... so kitaorang snap je orang yang bergambaq..hehe



Antara show-show musical yang diadakan

Kat sini kitaorang tgk 4D show.. ok not bad...

Far Far Away Castle

Bila malam dah menjelma semua dah pakat melepek.. huaaa nak berjalan pun dah xlarat..

Aktiviti mencari souveniar pun bermula.. 


Dok rehat sat sementara menunggu fireworks bermula jam 9.00 malam sebelum USS ditutup. 

        
Yeahhh Bunga api.. waktu ni memanng sesak gilos.. Manusia macam semut , nampak kepala je..Fuhhh


Settle terus duk tepi layan laut layan pemandangan sebab memang dah tak larat sangat.
Next day ...tggu Part 2 ye... bye

Wassallam












No comments:

Post a Comment