Friday, 20 May 2011

Hari Muzium Antarabangsa 2011

Assallamualaikum...

Seperti biasa Hari Muzium Antarabangsa akan hadir menjengukkan diri... 18 Mei datang kembali.Muzium Negeri Sembilan menjadi tuan rumah tuk tahun ni.. Wahhh best dan meriah seperti biasa.  Pameran Hari Muzium selalunya diadakan selama seminggu dan ianya dibuka kepada masyarakat umum untuk hadir dan menyaksikan budaya dan corak hidup sesebuah masyarakat disesebuah  negeri.  Kebanyakan Muzium-muzium negeri seluruh Malaysia akan turun padang mengadakan pameran mengikut tema bagi negeri masing-masing. 

Ok bagi Muzium Melaka tahun ni kitaorang mempamerkan Pameran Perkahwinan Masyarakat Chetti. Almaklum la tak semua dari kita sendiri yang tahu adat resam sesebuah budaya sekiranya kita tidak cuba mencarinya kan.

Terdapat juga acara-acara selingan juga tak dilupakan seperti tarian dan juga nyanyian. Selain itu juga soalan-soalan kuiz akan disediakan disetiap booth negeri.  Setiap pelawat yanng berjaya menjawan soalan -soalan itu depat tepat pastinya akan ada hadiah yang menanti.


Bersama salah seoranng staff dari Yayasan Warisan Johor . Mereka mempamerkan pameran mengenai kuda kepang. 

Bersama staff dari Muzium TUDM dan ATM
Muzium Sabah
Peserta -peserta dari Muzium Melaka
Team aku yang bertungkus lumus menyiapkan pameran disamping dibantu oleh Masyarakat Chetti yanng turut hadir bagi memeriahkan suasana pameran.Sekian.. 

Wassalam