Thursday, 7 July 2011

Ayam Goreng Serai...

Memandangkan ramai yang minat menu masakan ni, so mummy nak la share resepinyer ... xsalahkan berkongsi resepi ...

AYAM GORENG SERAI

Bahan-bahan
1 Ekor ayam
1 Liter minyak masak
3 ulas bawang putih (dikisar)
6 batang serai (dikisar)
5 biji cili padi (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Tuskan. Gaulkan semua bahan dengan ayam dan diperap sehingga 15 min.Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.Kemudian hidangkan dan..... ngappp..


hehehheehe selamat mencuba yerr.... ;)