Friday, 21 December 2012

Siapa Mummy Julia ?!

Siapa Mummy Julia ?!


" Mummy kepada hero-hero yang encem, bergaya, cukup baik dan bertuah iaitu Adam Mukhriz dan Adam Hakimi. Seorang Pereka Grafik serta Peminat Tegar kepada Iron Man dan Cinderella. Amat cintakan dunia Photographic, Alam semula jadi yang penuh kehijauan dan cukup kagum dengan senibina tinggalan sejarah kita.. Pink ! Pink ! Aku tegar dengan warna ini..."

Thursday, 29 November 2012

SENJA DI JETI PULAU AMAN

Assallamualaikum...

Entry MC ( Medial Leave ) aku kali ni ..hanya termenung sambil memegang kamera ...menikmati keindahan senja... So petang-petang jer la aku bole keluar sebab sakit aku tidak membenarkan aku berhujan panas.
So enjoy dan cuci -cuci mata jer la yerrr... Senja di Jeti Pulau Aman...



Hero no. 2 mummy...

Hero no.1 mummy....


Wednesday, 28 November 2012

AIR TERJUN JUNJUNG

Assallamualaikum...

Medical Leave part 2... Air Terjun Junjung Kulim Kedah... Jom sejukkan mata... Tempat ni dah berkurun aku tak pi last aku rasa form 3 ker form 4... Masih sama dan tiada apa yang berubah... Tapi dibuat lebih penyelenggaran dan kerja-kerja pembersihan..aku pasti makin ramai dan ramai yang akan datang kesini...
So enjoy jer la pic Air Terjun ni k...




Tuesday, 14 August 2012

Menerima Tempahan l e-Card Raya

Tempahan e-card Raya 2012 masih dibuka sehingga 16 Ogos 2012. Hanya RM 10.00 satu design. Emailkan gambar dan wording kepada julia_yana@yahoo.com segera. Cara pembayaran akan diberitahu  menerusi email... Jangan lepaskan peluang ada... ;)

Diantara contoh2 e-Card Raya yang telah siap...












Thursday, 9 August 2012

Waktu tidak bisa di hentikan

Dunia kini
Berlari tanpa henti
Mengejar tanpa penghujung
lelah masih berjalan
Berjuanglah
walau sedetik
hanya sedetik itu
mampu mengubah dunia
Tiada ruang
tiada waktu
hidup untuk
bersenang lenang
Jangan bagi kita
mengejar'nya'
jangan biar 'dia '
melintasi kita
walau hanya sesaat
kerna tiada halangan
menghalangnya
daripada 'dia'
berdetik
Jangan biar dia sunyi
kosong tanpa dimanfaati
hargailah 'dia'


 " Hargailah kehidupan kerana kehidupan ini bagaikan sesaat ........."


Friday, 3 August 2012

Tentang Rasa Versi 1

3 pagi     l    03 Ogos 2012 

Malam seperti selalu mengundang rindu bertamu..
bulan tersipu di sapa bintang berkerdip..
angin berlalu membawa seribu cerita lama..tentang duka dan tawa..
indah waktu remaja..
gemawan berarak menyimpan kisah kasih tak terungkap..
kembang mawar di taman segar berkuntum..
sebuah sajak kukarang dalam diam..
betapa telah lama kutinggalkan ceritera tentang rasa dan perasaan..
menjadi dewasa dalam titian masa..
sebuah bahagia tetap akan datang juga..
dihujung rantaian kesal dan kecewa..............................

Rindu mainan perasaan, bertawakal satu perbuatan
Gelap dunia andai malam tanpa siang gelap perasan tanpa kenyataan
Kekecewaan, mainan hati, dan jika turut boleh sampai ke mati
Andai hidup itu indah semasa remaja, biar lah indah sampai ketua

Apa kan jangkauan manusia ata batas ada hadnya
Setibanya masa. ....kaya..miskin...lawa....bergaya.....mempesona
Semua itu tidak bemakna..yang di bawa bekalan yang ada

Selagi hidup dimamah usia jangan di kesal rasa kecewa
Setiap yang ada perguna lah selagi ada kecewa carilah penawarnya
Sakit cari lah ubatnya, sunyi cari la temannya,
gundah gulana ibarat ubatnya
Dari situ lah datang nya bahagia,

Angkatlah kedua tangan tangan merendah diri pada tuhan
Memohon lah apa yang tertinggal
Diberi tanpa di rasai,tetapi nikmatnya tidak terperi

by Nurman Ismail dan   Sam Hashim




Lunch Hour

Wit two of the Geng opis at Dataran Pahlawan.. Cuci2 mata before raya...Farah and Kak Ti..

 

 Tq pada Rozilah Ramli sbb sudi amik pic kitaorg ea... sori terlupa lak nak amik gambaq hang... ;)


Tuesday, 31 July 2012

The World is Where We Live


Video pendek yang penuh bermakna. Super Nice: Iklan WWF yang sangat awesome

Monday, 30 July 2012

Indahnyer Bulan Ramadhan...

Kalau ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat Terawih, indahnya taddarus al-Quran, indahnya bersedekah...

 DAN
.
.
.
.
.
yang paling indah adalah melihat telatah2 hero2 ku menahan lapar dan dahaga, bersahur,  berterawih.. hadoii bahagianyer menjadi seorang ibu..syukur alhamdullilah .Dikurniakan  dua hero yg hyperactive, bijak berkata2 walaupun adakalanyer agak memenatkan dan meletihkan tp itu lah penawar bagi segala kedukaan....

Aktiviti selepas sahur dan setelah siap nak ke sekolah... aktiviti wajib dibulan puasa.. ;)

DOA SYUKUR NIKMAT

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 

“ Ya Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki (kualitas) ibadahku kepada-Mu.”

Doa ini Rasul wasiatkan kepada Muadz bin Jabbal agar senantiasa dibaca setelah shalat. (HR. Abu Dawud, dengan sanad shahih –riyadhusshalilhin, hal 488)


Sunday, 29 July 2012

Story about fish and water

The fish said :
"I can't see my tears because i'm in the water."

The waters said :
"I can feel your tears because you're in my heart."

Lesson : We may hide our own hurts and pain but never can we lie the people who cares for us the most. Words aren't needed for them to know how we are.

Saturday, 28 July 2012

Berbuka posa

Wahhh...meriah sungguh arini. Berbuka posa ngan Masriyana ,geng waktu aku sekolah rendah kat kluang dulu la) dan juga kak Lis ( jiran  dr aku bujang sampai la aku anak 2 mcm penyimpan rahsia2 besar la kiranya). hehheehe...

so aku dengan excitednyer telah memasak beberapa menu diantaranya..jeng jeng..hehehehe

Nasi tomato....hahhahaha 1st time buat, almaklum la dedulu mama yang selalu masak kt umah, so aku ni tukang tgk jer.. bila dh jadi mummy , baru la pulon nak belajaq lagu mana..nasib baik 1st trial menjadi...


ni sayur  campur.. ni menu dah selalu masak..so jemput la menjamu mata yer... ;)

Kuih Buah Melaka. aicehhh wahhh konon nyer nak belajaq masak kuih tp  1 st trial dah hancusss , tp xsalah mencuba kan..;)  Yang ni menu yang hancus gilerrr.. masak punyer la lama sampai nak masuk 

 waktu berbuka tp hasilnyer hancusss..keras berdenggunng... nasib baik chef import mas dan kak lis ada membantu. siap masak jer terus bagi jiran kiri dan kanan ..mcm biasa la.. aku ni kalo masak  memang selalu pas kiri dan kanan...amik berkat bulan posa tukaq -tukaq menu ramadhan... hahhahaha... sori ea kakak dan mak cik2 jiran ku..almaklum la bulan posa bukan bole rasa..kalo dah bole rasa confirm aku xkasi..hehheehe sori naaaaa.....

Sambal Ayam... hehee.. ;) sodap xsodap kena tanya mas ngan kak lis...

Ni jiran aku balas balik... mee sup

Cubaan mengambil gambar bertiga gagal wokeyyy..hehehe

Lepas bukak posa kitaorg pi tgk wayang, citer "The Dark Knight Rises"......best dari kul 9.25mlm sampai la kul 12.30 mcm tu la lebih kurang..Best sgt!!!!!


Adam dan Masriyana... dua2 ni asyik bercekau jer dari rumah sampai la dlm panggung..last2 Batman tu yg tgk Adam.. Nasib baik dia xtgk mas..kalo tidak berat gakkk aku..hehhehee..Anyway tq Mas dan kak lis yanng sudi menceriakan hidup aku arini, padahal mood aku sedih gilerr arini... sampai aku lupa la aku tgh sedih..Thanks  ;) lain kali kita planninng tgk citer lain ea.... ooopsss bukan, projek serbu Bazarr Ramadhan Peringgit ea...

Friday, 27 July 2012

Sejam di rumah Auntie ila

Kat rumah auntie ila ni mcm2 ada..dah macam mini zoo... tu yang wat adam dan Mukhriz suke bebenor bila pi rumah Autie Ila.. cuma lawatan kali xsempat nak snap pic rabbit memandangkan tempat tinggal rabbit dijaga ketat oleh si Milah...hehheehe next time k.... ;)

Nyet-nyet...pantang panggil nama dia , pasti menyahut...

Burung Raja Udang tersangkut didahan pokok


ni la dia burung Raja Udang yang tersangkut tu............


Mukhriz berani2 takut nak pegang...


tapi pegang la jugak...hehhehehe


meh kita lepaskan dia...dia pun nak hidup jugakk  kan....... (pesan tok dan tok wan)

saya posa laa..penat tau! syhhh jgn kaco pleazzzzz


tudiaaaaaaaaa..............

Bila kembang wat muka...pasan cute ler tu..:P



Selamat Hari Raya dari Milah ye mak..halal kan makan dan minum..


tp... arini saya xposa...bole raya x? eeeehhhh eh eh posa laa..xnampak ker sy tgh berbuka ngan kurma ni....heehe


mak..mak... saya nak kasut raya macam ni tau...! jgn lupa , sebijik macam ni.. ;)

sedapnyer makan roti ngan susu...awk nak? xleh la saya posa... ;)


Si Milah yang malu-malu


Merdeka! Merdeka! Merdeka...!!!!!!!!!!!!!!!

Bingkisan kepada pewaris bangsa

Sejak dahulu lagi, sesiapa pun yang singgah di semenanjung Emas dan jajahan disekitar lingkarannya yang suatu ketika dahulu dikenali kembara sebagai Golden Chersonese atau Svarnabumi, pasti tertarik dengan  warisan kedamaian  dan kekayaan sumbernya. Sama ada pemberian  daripada Nya itu nyata  mahupu tidak ketara, sebagai tanda mensyukuri nikmat  kurniaan Nya itu, umat Melayu sebagai pewaris utama dan haruslah bertindak segera memainkan peranan secara bijaksana memanfaatkan warisan yang tidak ternilai harganya itu.

Namun sebelum kita mengorak langkah ke hadapan untuk menempa kejayaan  yang diingini itu, marilah kita terlebih dahulu memerdekakan diri daripada  jangkitan kuman bawah penjajah yang telah meresapi dan merosakkan rohani dan jasmani ramai anak bangsa kita, angkara taktik kolonial keparat yang sengaja mahu meleka dan melayukan semangat keturunan bangsa kita , angkara taktik kolonial keparat yang sengaja mahu meleka dan melayukan semangat keturunan kita supaya tidak berdaya menundukkan mereka. Sesudah berjaya membangkitkan kesedaran  itu nanti , barulah kita dapat menebus maruah bangsa kita yang masih tercicir ditanah air sendiri. Jadikanlah imbasan lembaran sejarah ini suatu titik permulaan ; modal  memajukan diri dalam segenap bidang kehidupan. Bulatkan tekad kerah segala kudrat dan laksanakan dengan tertib nescaya usaha yang kita gembleng mampu membuahkan kejayaan yang berkat sepanjang hayat, zaman berzaman.

Hargai kemerdekaan negara kita... (Illustrasi sekadar gambaran pelukis)

Penggembelengan usaha setiap insan  yang berjuang menuntut kemerdekaan ibarat memintal lembaran bebenang. Gerakan yang menyusun usaha-usaha  itu pula umpama menenun  bebenang berkenaan menjadi kain . Kain kosong  kemudiannya dicorak dengan pelbagai corak dan warna yang menjadi lambang keteguhan  dan kesungguhan para pejuang kemerdekaan tanah air kita.Menggengam amanah rakyat. Benarlah kata orang lama bahawa sehari menenun selembar benang, lama-lama menjadi kain .Kita mahukan kain yang telah dicorakkan warna-warna gemilang itu terus bermanfaat dan tidak lekang ditelan zaman.

Selagi hayat dikandung badan : Lembaran perjuangan mengabadikan sejarah orang Melayu dan perjuangan tokoh tokoh  kemerdekaan dan tokoh-tokoh  yang telah melepasi usia 80 tahun selepas Malaysia merayakan ulangtahunnya yang ke 55 tahun.

Petikan dari : Buku Selagi Hayat dikandung badan Lembaran perjuangan

 " Pada hari ini , suatu  Lembaran  baru telah dibuka .Tanah melayu mara ke hadapan mengambil tempat yang hak baginya sebagai suatu anggota yang bebas dan merdeka didalam lengkungan negara-negara didalam dunia -satu umat baharu telah dilahirkan...." 

Sebahagian petikan ucapan Tunku Abdul Rahman sempena Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.


" Dan berjihadlah (berjuang) dengan diri dan harta-harta kamu pada jalan Allah.Itulah perkara terbaik buat kamu (sekiranya) kamu mengetahui"  At-Taubah:41

Sejarah harus dikaji , dipelajari  dan diingati supaya kelemahan dan kesilapan lampau tidak mengakibatkan penyesalan yang tiada kesudahan berulangkali. So fikir-fikirkan lahhh....

Thursday, 26 July 2012

Duit Baru Malaysia

Duit Malaysia Baru


Hadoiii ...kejapan confius aku...sapa tiru sapa sebenarnyer ni.... Duit Cina Mati tiru kita atau kita tiru duit cina mati..... Sapa la punyer angkara ni...huhuhuhu tapi xpe la duit ni jugak nak guna tuk bagi / guna masa raya nanti...hehheheehe....

Wednesday, 25 July 2012

Isu Logo Kemerdekaan 55 Tahun

Rasa terpanggil untuk share tentang isu Logo Kemerdekaan 55 tahun ini daripada salah seorang rakan facebook memandangkan aku juga seorang pereka. 
Logo kemerdekaan 55 tahun



Keterangan/Caption Logo


Kata-Kata seorang pensyarah seni visual di Facebook Datuk Seri Najib Razak//

Salam Datuk Seri yang dikasihi,

Saya seorang pensyarah seni visual (Staff Negara) di sebuah IPTA. Setelah melihat pelbagai komen negatif terhadap logo merdeka Janji Ditepati dari masyarakat pereka sendiri. Adakah ianya BENAR dan muktamad, apa yang saya lihat di laman web kerajaan, masih tidak diletakkan logo ini. Jika saya silap, sila betulkan saya.

Secara jelasnya, ianya merupakan logo yang tidak mempunyai sense of design. Tidak menarik dari segi komposisi dan pelbagai aspek rekaan. Saya rasa perlunya ditegur berkenaan logo ini kerana kami masyarakat cendekiawan seni reka berbincang berkenaan pemilihan logo tersebut dan merasa sangat ralat. Saya sebagai manusia yang taat pemerintah dan menjunjung prinsip salafi merasakan perlu ditegur berkenaan hal ini kerana orang muda bukan hanya melihat branding dari segi transformasi yang diusahakan dengan gigih oleh team Datuk Seri sahaja, tetapi lebih penting branding dari segi visual.

Kami yakin visual membawa powerful message yang boleh meningkatkan imej kerajaan. Kami deal dengan visual setiap hari. Visual sangat berkesan. Sejarah membuktikan visual berjaya mencetuskan perang dingin dan perang angkasa juga menghentikan perang Vietnam dan Iraq.

Sebagai pereka dan mengajar seni reka, kita lihat tidak banyak yang dapat dilakukan oleh pereka kerajaan dalam meremajakan imej kerajaan dari segi visual kerana bakat dan idea mereka sering disekat- sekat. Kami biasa dianggap "golongan tak berapa pandai". Maklumlah kami bukan pembuat dasar. Kami pelukis biasa sahaja. Maka selalunya jika kami berdepan pelanggan dari sektor kerajaan, kami membuat beberapa design yang paling kami rasa paling hebat dan yang paling kami rasa paling buruk. Selalunya, design yang paling buruk bagi kami dipilih oleh bos- bos kerajaan ini, kerana bagi mereka itu lah imej. Padahal dunia design ini dinamik dan ada perubahan dari segi idea, konsep, bentuk dan jiwanya. (Design with soul).

Bila kami defend design yang paling best, kami pula yang kena kutuk. Pada pendapat saya, dalam menentukan design, perlunya respect kepada pereka dahulu kerana mereka adalah pakar dalam bidang mereka. Ya, kami boleh dengar pendapat bos- bos ini tetapi di akhirnya jiwa yang nak diterapkan perlu bergantung kepada kami. Kerana sabda nabi "Jika sesuatu kerja itu tidak diserahkan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya".

Oleh yang demikian, mungkin pelancaran dan segala bagai persiapan imej telah dibuat. Maka kes ini bolehlah disifatkan terlepas pandang, atau mungkin itu yang terbaik yang ada buat masa ini. Tetapi pada masa akan datang. Bos- bos kerajaan perlu ada akal budi terhadap kepakaran kami. Pada akhirnya yang menentukan kejayaan imej itu ialah kumpulan pereka itu sendiri.
Imej perlu segar Datuk Seri. Tengok saja imej Obama pun kita teruja masa pilihanraya Presiden. Sangat segar dan POP. Imej pop ini perlu, sebab orang muda suka pada pop. Pembangkang dah sedar hal ini. Segala ustad2 pembangkang semuanya diPOPkan dan dicetak baju dan sebagainya. Padahal dulu masa gambar Dr M di baju, mereka kata haram puja manusia. Sekarang mereka dah sedar Datuk Seri. Kepala Datuk Nik Aziz pun dicetak ala2 painting Andy Warhol di baju. Itu la yang buat anak muda teruja, padahal dorang bukan suka sangat pemimpin. Ambil tau pun tidak. Tapi ada unsur pop, maka disokong dan dirasakan cool pula. Saya pun rasa nak beli sehelai baju tu.

Kami pun rasa Datuk Seri dan angkatan Datuk Seri sebagai pemimpin dihormati perlu diimejkan sebagai ikon POP Culture. Visual penting Datuk Seri dan untuk meremajakan imej, kita kena lari sikit dari kebiasaan.

Asyik- asyik ala- ala skema, logo zaman dulu dan skarang tak pernah berubah. Gambar kempen pun pasport size background biru. Tidakkah rakyat bosan dengan pendekatan visual yang sama? Teguran ini dibuat kerana saya sayangkan perjuangan agama bangsa dan negara. Jika nak kami ahli2 design muda pelbagai Universiti seat sama2 untuk bantu hal ini pun kami sanggup. (Pereka veteran kita lupakan dulu lah, kerana sekarang zaman orang muda. Designer muda selalunya bercanggah pendapat dengan veteran- veteran ini). Kami memang selalu discourse tentang ni. Sejak lama dulu, tak abis- abis kutuk design kerajaan. Boleh saja Kumpul pensyarah muda art and design seluruh negara dan buat pencerahan bersama kerajaan tentang ini. Tak payah bayar pun takpa. Boleh juga masuk portfolio untuk KPI tahunan kami. Kami semak perut dengan design di sektor kerajaan.

Saya berani bagitahu hal ini pada Datuk Seri. Kerana mahu yang terbaik untuk UMARA mengikut kepandaian dan keahlian saya. Saya juga bertanggungjawab ke atas apa yang saya perkatakan di atas dan meminta pandangan rakan- rakan seperjuangan sebelum post kepada Datuk Seri. Kami belajar dari Sarjana sampai PHD dengan tanggungan kerajaan dalam dan di luar negara dan alangkah ruginya kerajaan jika kepakaran kami dalam mewujudkan kefahaman visual dipandang sepi.

Addinu Nasihah (Agama itu adalah Nasihat). Untuk Allah, Rasul, Pemimpin- pemimpin Islam dan juga Umat.

Terima Kasih Datuk Seri Kerana Menjadi Pendengar yang Setia. Kekhilafan fakta dan kata jika ada harap dimaafkan.

Hakimi bin Halim
Mewakili Masyarakat dan Cendekiawan Muda Seni Rekaan Visual

Bila Chombi xpuasa.... kih kih kih

ni laaaa rupa chombiku bila xposa... dok lending jer atas bean bag...hahahha...korang jgn lak mcm ni ea.... hehehehe

FADHILAT PUASA RAMADHAN

                        Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
                        Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                        Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Tuesday, 24 July 2012

Ke dapur bersama mummy julia... ;)


Assallamualaikum.... errkkk alhamdullilah... apa korang berbuka arini...? hehhehe  Memandang Adam xdak buat hal arini, so sempat la mummy memasak  pas tu sempat la ke pasar Ramadhan depan umah menambahkan menu tambahan untuk berbuka ptg tadi

So dengan senang hati inilah menu berbuka yang dimasak dirumah dan dimasak dipasar ramadhan.....hehhehe( chewahhhh dah mcm pengisytiharan nak raya oleh mohor2 besaq la pulak..) hehhehe...

Cucur Ikan Bilis Adabi....  Jgn xtau senang jer resepi ni. Mula2 beli Tepung Cucur Ikan Bilis Adabi , ala yang tertera di atas packagingnyer ""diperkaya dengan/ enriched with Vitamin A,B1,B2,B3,C " lepas tu masuk kan tepung adabi tersebut, ikan bilis yang telah dibersihkan, bawang merah yang telah dihiris halus. Gaulkan adunan menjadi rata dan sebati kemudian jemput dengan hujung jari ataupun bulatkan adunan dan masakan hingga kuning keemasan ataupun garing. jeng jeng siap untuk dihidangkan ( sila rujuk gambar diatas yer)

Kuih Kole Kacang favourite Adam dan Mummy ( masak di pasar ramadhan)

Roti John favourite  Mukhriz ( masak di pasar ramadhan)

Ikan Kembung masak Singgang( Versi Johor) / pindang (Versi Melaka) ni masak dirumah yerr....

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG (VERSI JOHOR)/PINDANG VERSI MELAKA)

Bahan-bahan ( 6 orang )

1kg - ikan kembung ( lebih kurang 6-7 ekor saiz sederhana) 
4 ulas - bawang  merah dan putih (dihiris / diketuk)
2 inci - halia (dihiris)
2-3 biji -tomato @asam kepinng
garam sesedap rasa
secubit serbuk kunyit 
cili padi jika mahu pedas 
2 batang serai  yang telah diketuk
air secukupnya

Cara-cara

  1. Ikan kembung dibersihkan. 
  2. Masukkan ke dalam periuk ikan, bawang putih dan merah, halia, dan tomato serta air agak-agak tenggelam ikan. Air jangan banyak sangat
  3. Agak-agak mendidih, perasakan dengan  garam dan serbuk kunyit  sesedap rasa. Ketuk cili padi , serai dan masukkan ke dalam masakan
  4. Sudah sedia untuk dihidangkan. 
  5. Makanlah dengan nasi panas. perghhhhhhhh
resepi ni, ikut resepi mak saya so kalo lain dari yang lain maaf lerr...  tp ni la favourite saya dan anak2...selamat mencuba...