Thursday, 31 May 2012

Wednesday, 30 May 2012

SENDIRI...

Sendiri.. terbenam dalam melodi ombak… dimana Sang Cakrawala senja sungguh pucat pasi.. terlihat dari matanya.. yang membekas air mata.. semuanya memisahkan arti .... Kepulauan Riau , Indonesia 23 Mei 2012

Monday, 28 May 2012

Sunday, 27 May 2012

Teater : Panglima Awang AKA Henry The Black

Assallamualaikum...

26 Mei 2012 . Taman Budaya Kompleks JKNN Ayer Keroh Melaka . Malam ni aku dan anak-anak melayan teater.. Seronoklah anak-anak.. Dulu aku pernah bawak sekali, arghhh syokkk.. Tapi nasib baik dorang tak buat hal dalam panggung.. Buat masa ni minat aku dan anak-anak masih sama..Syukur Alhamdullilahh so tak yah penat nak memujuk.. hehehe

Meh citer sikit pasal teater ni.. Info ni pun aku google je..hahahhaha

Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama Awang yang berbangsa Melayu..!

Dua beradik yang kejap baik kejap bercekau..hehehhehe takpe dah namapun adik beradik..

Ok layan gambar naa....
















Thursday, 24 May 2012

MAK YONG

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Wednesday, 16 May 2012

Buaiku laju...


When ever I have a problem, I just sing. Then I know my voice is a lot worse then my problem...... ;) kikiki


Laju Laju … Buaiku laju…
Pohon beringin tegaknya tinggi
kalau rendah menyapu bumi
penghibur aku menolong aku
bertiuplah oh angin bayu
laju laju buaiku laju...llalalalala

Sunday, 13 May 2012

Mother's Day



Assallamualaikum..

Mata lembut dan jernih tak mampu disembunyikan raut wajah yang mulai dimamah usia, Gerakannya tak selincah 30 tahun yang lalu. Namun cintanya terhadap anak- anaknya tak pernah pudar.Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka, perindahkanlah ucapanku didepan mereka, lunakkanlah watakku terhadap meraka dan lembutkanlah hatiku untuk mereka.Ya Allah, berikanlah mereka balasan yang sebaik -baiknya atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. SELAMAT HARI IBU BUAT MAMAKU... Terima kasih kerana mendidik ku, membesarkan ku, menyayangiku dan membimbingku walaupun masih belum ada yang bisa kuberikan untukmu..... 


Notachentamummy : Buat mama... I LOVE U SO MUCH! muah muah muahsss....


Saturday, 12 May 2012

Tolong-menolong

Assallamualaikum...

Adakalanya melihat telatah anak-anak cukup menyeronokkan tapi bila dia berkelakuan baiklahh.. tapi bila dia naughty mak aiii... Bole kena heart attack..!

Ni cerita arini. Kerja-kerja rumah ada yang volunteer nak buat so malam ni mummy goyang kaki..hehhehe.. basuh pinggan ..done! Lap meja... done!... basuh baju..done! sapu sampah ...done! kemas mainan..done!... wah syokkk arrr.... like Mukhriz said: Abg dah tolong mummy sepenuh hati tau... so mummy , bole abg main game dlm internet x ? ... huhuhu..abggggggg... tlg penuh makna naaa...

Tuesday, 8 May 2012

Tentang Bulan...

Layan keindahan bulan malam ni.. ;) " Bila pungguk rindukan bulan..mcm ni la jadinyer...huhuhu "

Monday, 7 May 2012

BIG DAY I Fyda & Azmi


Assallamualaikum.....


Kadang-kadang terasa lucu pulak bila mengingatkan kisah cinta kawan aku sorang ni.. yelah dok pulun bercinta ngan orang lain tapi kawin ngan orang lain lak tu. Yang hari-hari pandang ( keje satu kompleks) , dan hari-hari gaduh . Rupa-rupanya jodoh didepan tanpa disedari. Tapi tulah yang dinamakan jodoh. Diijabkabulkan pada 05 Mei 2012 di Muar Johor .  So buat Fyda dan Azmi , Aku ucapkan korang berbahagia hingga ke Syurga dan cepat-cepat dapat baby k.



Selamat Pengantin Baru buat Fyda dan Azmi

 Sambut jangan tak sambut Fyda.

 Kini dan boleh bertedung dibawah payung yang sama ea... dulu no no no... kekekekekeke

 Menumpang seri pengantin. Ni posing tunggu sebelum keluar untuk pergi ambil gambar kat stadium

 Lompat jangan tak lompat

 Shooting outdoor kat Taman Seribu Bunga

 Asyik gambaq pengantin ja, kami pun nak posing gak.. rajin anak2 mummy yang tolong pegangkan semua props pada hari tu nanti bole claim gaji  ngan Auntie Fyda dan Uncle Mie  yer...

Berseri -seri muka pengantin....