Friday, 5 April 2013

Andainya kau tahu


Hari ini bukan semudah semalam untuk mereka bergelar manusia ‘fatanah’. Banyak yang perlu dikorbankan. Banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersandung, rebah menyembah , sesekali melangkah gagah, tersenyum megah. Dan semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan airmata. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul…usah digusar pada ” Anugerah Tuhan” untuk kita Anggaplah bila sesekali diduga.. itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bagaimana untuk berjaya, dengan meletakkan amanah dan hasanah dilaluan kidal perjalanannya….





Assallamualaikum...

Kalo baca ayat diatas mesti korang ingat aku tengah diruntun duka kan.... Hahhhaahaha xde la sgt. Cuma sedih sikit jer, tu la yang menjadi puncanya aku asyik murung sikit minggu ni. Banyak pulak masalah dtg yang menjengah muka... Nasib baik la aku ni kira kategori dah selalu hadap masalah so dapat jugalah , aku control emosi ni  ;)

Nak dijadikan cerita , tghari tadi aku terserempak dengan seorang hamba Allah , hamba Allah inilah yang telah mencuit duka lara jiwa ini kembali. Duka yang xberpenghujung. Remuk hati aku! Dialah punca segala punca!... Sedih dan  pilu menjadi satu...Berpuluh tahun aku mengelak berjumpa dengannya tapi dia muncul jugak kat depan aku ni. Namun aku tahu disebalik apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Dari situ aku belajar agar menjadi manusia yang lebih cekal, kuat dan tabah. 

Kadangkala aku   terfikir sejenak... Dimanakah  penghujungnya  cerita ini ?... Aku saban kali diduga dan terus diduga oleh orang -orang yang aku sayang. Adakah  mereka lupa aku jua punya perasaan...Sedarkah mereka dulu aku disunting dengan begitu  indah sekali, tetapi namun bila ia sudah kuat berada digenggaman, dibiarkan kelopak itu jatuh satu persatu tanpa dijaga dan disayangi . Apa la nasib?! 

So pengajaran tuk hari ini lepaskan ketidakpuasan, kesedihan , kegusaran fikiran. Redhakan lah apa yang berlaku bukan pasrah. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment