Tuesday, 23 April 2013

XPDC : GUNUNG ANGSI


Assalamualaikum....
Sebuah  pendakian yang tak dirancang... Kenapa xdirancang? ye la, last minit dapat jemputan... Siapa jemput..?

Taraaaaaa.... ni la orangnyer.. Pn.Fyda kita laa, yang berbaju oren tu...Aku katakan pendakian ini  pendakian yang tidak dirancang kerana , ye lah penat balik dari Sarawak pun xhabis lagi ni ada hati lak nak mendaki. Tapi bila Pn.Fyda kata dia nak naik tapi xde kawan aku naik la jugak. Bole jugak aku test stamina aku ni. kuat ker idak? Syukur Alhamdullillah Aku berjaya mendaki.

Serba sedikit info untuk XPDC ini... Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin.

Pendakian ini melibatkan merupakan melibatkan  Jabatan Muzium Negara, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan juga Perbadanan Muzium Melaka. Seramai 60 orang peserta yang terlibat dan Muzium Melaka menghantar 8 orang peserta termasuk aku la tu.

Kami bertolak dari Melaka lebih kurang pukul 6 .00 pagi dan sampai ke Gunung Angsi dalam jam 7.30 pagi. Sedikit senaman ringkas untuk melonggarkan apa2 otot2 yang patut agar tidak berlaku kekejangan sewaktu pendakian. Taklimat ringkas juga diberikan oleh Drs Samsudin dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan selaku tuan rumah. Pendakian dimulakan pada jam 9.00 pagi. 

Sebenarnya ini adalah pendakian aku yang kedua, kalo sebelum ni  aku hanya mendaki gunung2 yang comel jer tp xde semencabar ini..bagi aku lah.. Dengan trek-trek dia yang curam  sekejap, landai sekejap.. erghhh memang menguji ketahanan badan.  Ada jugak yang dah mula give up, tapi setelah diberi kata-kata semangat oleh yang lain-lain, perjalanan diteruskan jugak...



Sempat juga la kami berposing dilaluan yang agak landai sedikit , nak amik nafas dan feel sikit....Almaklum la , ini pendakian berkumpulan so kami kena tunggu kawan yang tertinggal dibelakang supaya yang lain tidak give up dan berputus asa. Ni la namanya semangat berkumpulan. Baru best!

Posing dan terus berposing .

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang  2 jam dan 45 minit.  Yeaaaa akhirnya kami berjaya sampai dipuncak setelah terdapat beberapa peristiwa lucu  berlaku. Contohnya kisah aku yang excited tengok orang belakang sehingga tak sedar aku telah terlanggar pokok..dumm benjol kepala mak.. hahhaha.. , kisah tentang Abang Sham hampir tergelincir tapi kamera aku yang diselamatkan dulu...takut kena beli baru la tu, dan lain-lain lagi la.. Anw best mendaki dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan. Tahniah buat semua.

yeaaaa... lompat jangan xlompat. Posing kami berakhir dipuncak. Bila dah turun semua malas dah nak posing sebab nak cepat-cepat jer sampai...

Bergambar bersama dengan peserta dari Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Sekian untuk entri kali ini .Wassallam...


No comments:

Post a Comment