Wednesday, 22 May 2013

LAWATAN KL : Pameran Topeng Muzium Negara


Assallamualakum....

Hurmmm.. Hampir terlupa nak wat entry pasal pi KL aritu... Xpela yang penting upload pic kan...Lawatan ke Kuala Lumpur ini ada lah merujuk kepada pencarian idea bagi kerja-kerja hiasan dalaman Muzium Sejarah dan Ethnography yang sedang dalam kerja-kerja baik pulih sekarang. So diantara lawatan yang kami pergi diantaranya adalah Pameran Topeng Sedunia  (Mask Of The World ) Anjuran Jabatan Muzium Negara atau lebih dikenali sebagai Muzium Negara Malaysia. Ianya bermula dari 20 Disember 2012- 19 Mei 2013 dari jam  9.00 pagi hingga 6.00 petang. Actually pameran ni dah tamat  19 Mei 2013 baru-baru ni so soriii lambat update , kalo x bole korang pergi kan....


Lawatan Pameran berpandu kami kali ini dipandu oleh Cik Rozana dari Unit Komunikasi Korporat Jabatan Muzium Negara . Kami  diterangkan serba sedikit tentang asal usul semua topeng yang terdapat didalam pameran itu sendiri. Terdapat juga sebuah topeng yang berusia lebih dari 150 tahun.. Huh lamakan! ... Tapi keadaan topeng tu masih dalam kelihatan cukup baik , mungkin dikonserve dan  kualiti bahan  itu sendiri . So ni la serba sedikit mengenai lawatan yang telah kami pergi . So enjoy the pic and the caption  yang ingat -ingat lupa dari saya... Hehehhehe


Topeng Kenyah dari Sarawak 

Semua kakitangan sedang khusyuk mendengar penerangan dari Cik Rozana kecuali saya yang sibuk mengambil gambar.. Hahahhahahaaha

Wajah topeng disebalik pokok dan sinaran cahaya merah. ( bukan cahaya ultraman wokey)

Kak Sham dan Kak aryati sedang sibuk mengkaji, membaca , menilai  topeng-topeng yang dipamerkan.

Alalalalalalala comey la topeng dari Sarawak ni.. 

Cara display yg menarik.

Ni la photografer yang sibuk bercamwhore... Sapa la yang nak amik pic aku kan .. Kalo bukan aku sendiri... Hehehehe

Berposing di sebalik pameran intractive yang terdapat di Pameran Topeng. Jika muka anda diletakkan di topeng yang berwarna putih tu akan terkeluarlah rupa anda dlm versi topeng yg pelik2.Nasib baik xde yang pengsan .. ;)

Topeng Melayu

Cantikkan kan susun aturnya.

posing lagi... Aduaiiiiii

Senyum jgn xsenyum ea

Topeng Oh! Topeng

Disalah satu laluan / terowong gelap untuk ke ruang pameran 

Diantara topeng-topeng yang telah dikomersialkan yang terdapat diluar negara

Qiyomi dan topeng...

posing dan posing lagi..

Bergambar kenangan dengan kakitangan yang terlibat bersama Cik Rozana dari Muzium Negara. Tq Cik ..

Sekian untuk entry kali ini..Wassallam...

No comments:

Post a Comment