Wednesday, 19 June 2013

KidZania Kuala Lumpur

Assallamualaikum...

Kali ni aku berentry di KidZania Kuala Lumpur... Perjalanan  yg tidak dirancang... ni gara2 simcard broadbandku hilang waktu balik Penang aritu la ... so terpaksa suh Angah (adik aku) yang uruskan... balik dr keje terus aku bertolak ke KL......Memandang adik aku ada Badminton tournament  keesokkan harinya, so aku planning nak bawa hero2ku ke KidZania.... Hanya berpandukan 'Waze' , akhirnya sampai la aku....

Kidzania  Kuala Lumpur dibuka jam 10.00 pagi tapi disyorkan dtg awal sbb sblm kul 9.00pg dh ramai yg beratur untuk membeli tiket, aku lak xsempat nak  beli online.. sbb tiket haruslah  dibeli awal sehari.. Terdapat 2 sesi bagi kemasukkan pada hujung minggu iaitu Sesi pertama 10.00 pagi hingga 3 petang dan sesi kedua 4 petang hingga 9.00 malam . Sesi hari biasa dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang . Harga tiket bagi dewasa RM 35 dan RM  60 untuk kanak-kanak beserta yang disertakan dengan MyCard. Selepas diberi tiket.. anak2 anda akan dibekalkan dengan cek berjumlah Z50 di cimb bank dan gelang tangan (berwarna hijau- setiap gelang yang diberi berlainan-berlainan warna  mungkin ikut tiket promosi, tunai, online dan sebagainya) manakala  ibubapa akan dibekalkan dgn boarding pas dan gelang untuk discan waktu kat Imigresen di tingkat 5. Bagi mereka yang menggalas backpack atau beg yang bersaiz besar akan discan , jika didapati ada yang membawa makanan dari luar kat situ jugak korang kena tinggalkan makanan tersebut. Cuma aku rasa kalo setakat air mineral tu lepas kot. Pandai-pandai la korang sorokkan yer.. 

 
Kiri : Hero2 berposing dihapadapan kaunter yg ala2 kaunter tiket beli tiket flight... Hhehhehe
Kanan : Yeaaa Adam dan Mukhriz dibekalkan dengan cek yang bernilai Z50 yang perlu ditukarkan kepada  wang dikaunter CIMB Bank di KidZania.
   
Kanan : Air Asia Boarding Pas di tingkat 5.
Kiri : Gelang yang perlu discan setiap kali ke Ingin melakukan sebarang pekerjaan. Gelang ini juga yang akan mengesan setiap gambar yang telah diambil oleh photografer di setiap bahagian bagi memudahkan para ibu bapa melihat sendiri gambar2 anak2 mereka di Kedai Sony nanti.

Kanan : Peta KidZania yang boleh didapati di kaunter pertanyaan KidZania.

Kemudian barulah aku and the hero  masuk ke alam kidzania. Sebelum memulakan perjalanan pastikan dapatkan anda dapatkan map dikaunter pertanyaan ye. Mana tau nanti korang bole sesat ker , nampak kecik tapi untuk mencari lubang pekerjaan bukan senang ye... Hhahahahaha bole pening tgk kidzania ni, dunia penuh kanak2.... kanak2 bekerja untuk mendapatkan gaji, setiap pekerjaan yang dilakukan akan diberi gaji (jumlah gaji hanya perlu disemak dipintu setiap bangunan/tempat (lambang +Z (gaji))  dan lambang -Z (kena bayar menggunakan gaji) hhehee ..... hanya wang KidZania dibenarkan  kecuali souveniar shop serta cafe/gerai makanan dan minuman  yang ada didalam KidZania.

 
Bermulanya dunia KidZania setelah show pembukaan bermula diruang dihadapan Cimb Bank.

Adam dan Mukhriz berposing ngan Maskot KidZania.

Untuk makluman sewaktu aku  menulis entry ini aku tgh dok melangut menunggu double adam untuk menjadi bomba.. dah xtahu aku nak pusing mana.. riuh rendah yg amat2... yelah  dah nama pun kanak2, cuma sebagai ibu bapa galakkanlah anak2 memilih kerja mengikut minat mereka, jangan dok paksa2 naa...Macam Adam dan Mukhriz pekerjaan pertama yang ingin dicuba adalah Ahli Bomba. Walaupun terpaksa menunggu hampir satu jam lebih ( sebab ramai nau yang nak jadi ahli bomba sebab bole naik kereta bomba) mereka tetap sabar menanti , sempatlah jugak mereka beramah-tamah ...tambah lagilah bilangan kenalan dorang. Untuk makluman setiap pekerjaan yang ditawarkan hanya boleh melibatkan 6 hingga 8 orang  sahaja kecuali pilot melibatkan 10 orang ( agaknyalah terlupa nak kira , tapi nampak ramai la lebih dari 6 orang). Contoh Ahli bomba 8orang sahaja sebab satu kereta bomba tu bole memuatkan 8 orang xbole ramai maybe senang bagi mereka memberi penerangan dan mengawal kanak-kanak tersebut.

Xde sapa yg  nak tlg  amik pic photographer xbertauliah ni... So posing ler sensorang kat Valley Shop ni . Ni ruang habiskan duit ... Ruang melukis muka. Hehehehehehe nak jugak try tapi hanya kanak2 yang dibenarkan. So simpan jer la angan2 tu yer julia.


Menanti dengan penuh sabar . Ni Ruang menunggu untuk menjadi bomba. Setiap sesi hanya melibatkan 8 orang  untuk 20 minit. So Adam dan Mukhriz dah menunggu hampir satu jam lebih untuk menjadi Ahli bomba. 



Akhirnya kesabaran membuahkan hasil. Dapat gak sarung baju bomba tu. Mukhriz pulak xnak jadi apa2 pun selagi dia xdapat jadi Ahli Bomba. Muka masam jer, bila dah jadi ahli bomba baru la nampak keceriaan. Hehehhehe macam2 perangai anak2 ni.. Sabor jer la.....

Posing dengan wang gaji pertama sebagai ahli bomba.

  
Next job ... The policeman... Menunggu lagi... Hadoi cian mummy, dah la xbanyak ruang menunggu tuk ibu bapa. Lenguh gak la kaki....

 
 Amik gambar pun curi2 jer sebab ibubapa tidak dibenarkan masuk ke alam pekerjaan diorang

 First task sebagai polis.. Siasat jangan xsiasat ye syg... Apa la yang anak mummy sedang gorengkan tu yer... Hehhehhehhehehe ( Dalam kepala tengah dok bayangkan macamana Mukhriz  goreng ketua atasan dia tu, adakah macam selalu dia goreng mummy waktu kat rumah..? Hahahhaha)

"Abang bole bagi no telefon x? Nanti saya dah habis belajar saya bole contact abg tuk jadi polis nanti"  Mungkinkah itu yang Adam tanya kan.....???? Ting tong!

Budak ini cukup lincah menari ... Ingatkan salah seorang penari KidZania, rupa-rupanya dia jugak seperti Adam dan Mukhriz...   U have the gud talent dik..! ... Terpegun seketika Auntie tadi... Hehehheehe




Adam dan Mukhriz sebagai pembaca berita TV3 . Acapkan  kali tengok pic ni... Aku mesti nak tergelak... Ada ke patut adik siap betuikan lagi ayat abang dia waktu on air... Kuat  dan garang lak tu...  Sebijik macam mummy... Hhhahahaha


Pekerja Petrol Pam... Sebenarnya dorang nak naik kereta yang disi minyak tu, bukannya tukang isi minyak kat kereta yang lalu. Ni la jadinya kalo beratur dilaluan yang salah... Nasib la badan.. Kih kih  xpe kesalahan yang menguntungkan... ;) 

Ni la contoh signage/papan tanda penerangan . Dibelah bawah tu ada tanda -Z yang membawa maksud kena la bayar... Tapi kitaorg xcuba la, xpasti lak mcmana prosedurnya. Almaklum la kitaorg cari yang mendatangkan hasil bukan mengeluarkan hasil..;)

 Cuci ... Jgn xcuci yerrr.... 

Penjelajahan pekerjaan hero2 diakhiri dengan kerja sebagai pilot/ Juruterbang. Mak oiii ramai nau yang nak menjadi pilot... naik lotih mak menunggu..!. dah la kekurangan tempat duduk untuk ibu bapa,  ciankan aku.... Aktiviti ibu bapa hanya guide pekerjaan anak2, tunjuk arah dan lepak di cafe .. xpun macam aku ni tukang amik gambaq...hahahaha.. xpe yang penting anak-anak aku enjoy.  Cakap pasal gambar setiap pekerjaan yang dilakukan akan diambil gambar meraka dan discan di gelang tangan dan bole ditebus di Kedai sony di tingkat 1. Bagi yang xde kamera, dalam KidZania semua ada...  hanya bekalkan duit sahaja yer... sekeping gambar beserta frame KidZania RM 20 dan 3 keping RM 50. Terdapat jugak print didalam bentuk canvas A4 size RM 200 dan puzzle. Terdapat juga souveniar shop... bole la membeli belah di 1/2 jam terakhir. 1/2 jam terakhir akan kelihatan semua berpusu-pusu di Shop Valley bagi menebus hadiah/souveniar hasil dari penat lelah berkerja seharian.  kebanyakan berharga Z50  keatas.  Adam dan Mukhriz macam xpuas hati jer bila sesi tebus hadiah.. Semua xmenarik minat mereka , setelah dipaksa beli meraka ambil la jugak skateboard kecik dan unggas kecil. Bole la tampal-tampal kat dinding dari xde kan....

Ni jer souveniar yang dapat diambil gambarnya ... Yang lain2 semua dah selamat ( jadi mainanla)  Nak cari fridge magnet ngan keychain KidZania, out of stock la pulak....

So secara keseluruhan cukup susah nak membuat semua pekerjaan dalam masa yang singkat tu. Walaupun Adam dan Mukhriz cukup excited nak buat semua kerja. Yang sempat hanya menjadi  Ahli Bomba, Policeman, Pilot, Kontraktor, Pekerja Petrol Pam dan Pembaca Berita.  Gaji yang terkumpul berjumlah Z59 dan setelah dicampur dengan Wang yang telah dicashkan di CIMB Bank semuanya berjumlah Z109. So yang penting dorang dapat menggambarkan serba sedikit alam pekerjaan tu. Walaupun Mukhriz cakap : Ala mummy senang jer nak jadi pilot tu .. duduk kat tempat juruterbang tu, lepas tu main games jer Mummy... hahahhahahaha.... Tersenyum sumbing aku seketika.. senang yer syggg.. xpe abang belajar rajin2 yer , nanti dah besar bole jadi Pilot. Pilot kan senang ..main game jerrr...kih kih kih....Okay sekian serba banyak  untuk entry kali ini..Adios and astagalabesta...

Selamat tinggal alam KidZania. Ada rezeki kami mai lagi na...

Wassallam

5 comments:

  1. kak jue, org dewasa mmg utk guide je eyh???
    urmmm bru igt nk g sanaaaa...

    ReplyDelete
  2. aaa myra... guide jerr.... xde apa2 pun yang bole dibuat melainkan tukang amik gambar, guide dan bwk keluaq duit tuk beli gambar. tu jerrr.... ciankan...

    ReplyDelete
  3. eeee pak bear! .....mcmana bole masuk blog saya ni..haippppp

    ReplyDelete