Sunday, 16 June 2013

Menu Diet : IKAN KUKUS SERAI

Assallamualaikum....

Ntah kenapa hari rasa teringin nak makan ikan kukus siakap.. yelahhh mana xnya 2,3 hari asyik langgaq menu diet jerr.. semua berminyakkk... huishhh takut kalo impian kedingku xberjaya, sia2 usahaku selama ni... Okay jom  aku nak share menu diet tuk entry kali ni...


IKAN KUKUS SERAI



Bahan-bahan A
Ikan Siakap seekor ( besar kecil terpulang  yer)
Sedikit garam
1 sudu sos ikan/ tiram
1 cawan air
1 btg serai ( saiz besar)
sedikit daun sup / saderi



Bahan B
2 ulas bawang merah /kecil dan putih
( dihiris comei2)
2 inci halia ( diracik halus2)
5,6 biji cili padi/ api ( terpulang samada nak pedas atau x)
2 biji cili merah ( dihiris halusss)
2 biji tomato ( dibelah empat pun boleh enam pun bole jugak)




Cara memasaknya

Ikan dibasuh ngan air asam , dibasuh semula , kemudian dilumurkan sedikit garam pada ikan yang telah disediakan.

Setelah tu masukkan semua bahan yang telah disediakan ke dalam kuali bersama air yang telah dididihkan .

Kemudian masak ikan dengan api yg sederhana kuat selama 15 minit. Taarraaaa Ikan siakap Kukus dah siap, so hidangkan lah dengan nasi 1/4  ... makan ikan bantak xpa.. nasi banyakk??? xmo xmoo xmooo... okay Selamat Mencubaa...

Wassallam....





No comments:

Post a Comment