Monday, 1 July 2013

PERTANDINGAN BOT BERHIAS

Assallamualaikum....Hehhhehehe... Backdated entry! Kih kih kih... Ni la masalah aku... Gambaq bertimbun tapi nak menaip  entry memang the lazy nau... Tapi xpelah yang penting share the story k...

Ok. Start the entry.... Pada bulan Mei 2013 yan lepas jabatan aku telah terlibat dengan Pertandingan Bot Berhias Jemputan Sempena Pesta Sungai Melaka 2013. So dengan redhanya aku pun mengumpulkan info, artwork dan dan lain2 hal yang berkaitan, hasil perbincangan ngan team aku....so the project is start now!  28 mei semua keje2 ditapak pun bermula... Kali ni kitaorg terpaksa membuat hiasan bot dengan khidmat team unit pameran sendiri serta ahli-ahli tambahan tanpa menggunakan khidmat kontraktor. Almaklumla budget ciput! Tapi adakalanya baguih jugak... Dapat menguji minda, kreativiti dan kemantapan team work... Lagipun masa yang diberikan amatlah suntuk...! Kerja-kerja pemasangan di tapak bermula pada 28 hingga 30 Mei 2013. Petang 30 hb tu ada raptai yang dijalankan walaupun kerja-kerja hiasan masih belum siap sepenuhnya... 31 Mei 2013 barulah perarakan sebenarnya dijalankan. Syukur Alhamdullilah listing staff yang membuat keje2 pemasangan lampu, props , pertukangan semuanya memberikan komitment yang baik. 

31 Mei 2013....Jumaat
Tepat 8.00 malam semua dah bersiap sedia... Tunggu semboyan jer berbunyi... Aichewahhh macam berjuang di medan perang pulak... Kih kih kih... Tunggu punya tunggu... Hujan lebat yang turun dulu... Apalagi lintang pukang la kiatorg  semua dok pulun cari tempat tuk berlindung dari basah.. Lindung xlindung pun, basah kuyup gak aku! Masing2 muka frust! Especially yang dok dalam bot tu... Azizul, Siddiq, Khaizul, Nasri dan drebar bot.... Cian aku tgk... ( kesian jer la yang aku mampu sebagai kudrat insan kerdil) hehehe  So hasil dari perbincangan ngan urus setia / penganjur... Kitaorg diarahkan  untuk berarak pada keesokkan harinya.... Yelah dah buat preparation, design  dan sewa bot ribu riban... Xkan nak dok perap jer kan....kami pun redha je la ( banyak nau redha dalam entry kali ni kan... Hehehehe layannnnn) apalagi kul  12 tgh malam barulah kitaorg pulang. Pulang pun setelah memperbetulkan apa2 yang telah rosak akibat hujan lebat...

1Jun 2013.... Sabtu
Tepat 8.00 malam semua dah standby... Memandangkan cuaca agak baik mlm tu, aku dengan rela hatinya, menawarkan diri sibuk nak dok dalam bot sewaktu perarakkan bot berhias tu... Nak amik experience la konon...  Hah! Amik ko berkuap aku dok dalam tu...ngan ampifiernya... Ngan generatornya.. Hamik ko... Panas! Kena lak ngan baju lepas balik jogging.. Ngan sport shoes, track suit... Lalalalalalalala.... Aku la yang paling comot! 

Tapi berkat aku dok dalam bot ( si abaikan statement poyos ku ini.. K bai) .... Akhirnya bot kitaorg  mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ni yang telah di announcekan pada 22 Mei 2013 baru2 ni... Syukur alhamdullilah . Tempat pertama di boloti oleh MBMB yang membawa pulang RM 7 k dan sijil penghargaan, Tempat kedua oleh JKR ngan membawa pulang RM 5k dan sijil penghargaan dan Tempat ketiga kitaorg la.. Kitaorg membawa balik RM3k dan sijil penyertaan. Beza markah tempat kedua hanya 0.28 mata sahaja... So sgt la ralat.. Tapi xpe la rezeki masing2.. Lagi pun aku rasa depa semua pakai kontraktor tapi kitaorg buat sendiri.. So hadiah tu lebih bererti kan... Syukur Alhamdullilah.. Dan buat semua yang terlibat...  Tahniah aku ucapkan!   Yelah korang lebih banyak berjemur  waktu panas terik dari aku kan... Hehehehehe





kerja-kerja pemasangan yang bermula di stor pameran


Waktu ni memang panas terik giler... Aku datang pun ber sun glases.. Kalo xalamat memang xbole bukak mata wokey.. So hot! Hahahaha megong! 

Kitaorg park kat bawah jambatan tengkolok kat Taman Rempah.. Parking pun strategik , supaya tak panas dan dapat berlindung sekiranya hujan la..  Hujan la sgt! Hujan pun kuyup jugakkk... Hehehhe :p


Hero2 ku membuat site visit... Site visit yang memeningkan aku! Oh My kidss...

Hahhahahhahaha.. sori menyelit seketika... Tapi mcm aku dah tan jerrrr...hahahahaha ni masalah photoshop wokey.. Sila ignore!

Standby 31 Mei 2013

Hang Tuah dan Hang Jebat Klon sedia berkhidmat dan melambai2kan tangan pada peminat 2 yang teruja gitu.. "Pengsan!"

Tengah tunggu our turn, kitaorg dapat no5, waktu cabutan waktu meeting yang aku hadiri.. No 5 lucky number aku, tapi aku suka no2 tapi xpelah yang penting nombor kan...... Tapi turn hujan yang turun dulu.., huhuhu



Cantikk x bot kitaorg? ;) beraksi umpama yang sedang berjuang dimedan perang.. huh! pasannyer ko julia!

Bergurau senda sewaktu menunggu turn ...Chaakkkk...

Steward bot berhias dan DJ lagu dondang sayang dalam bot yang aku namakan Bot Warisan..

Orang kuat disebalik tabir... tabik spring la kat korang! 






Melayan suasana didalam bot dan sekitar Sungai Melaka


Bot Berhias Jabatan Kerja Raya ( JKR)

Perbadanan Sungai dan Pantai

Jabatan Pengairan dan Saluran Melaka

kolej Komuniti Masjid Tanah

Jabatan Ketua Menteri Melaka

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Pemasaran Melaka

Jabatan Perikanan Malaysia

Sungai dan Pantai

Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka

Majlis Agama Islam Melaka

Portfolio Pertanian dan Pembangunan Usahawan

Jabatan Pelajaran Melaka




Posing akhir dari mereka yang terlibat... Bungkus barang  sampai 2 pagi.., Tahniahla  wat semua.. Sepeti biasa jangan ditanya mana aku! photografer still the photografer ... Aku hanya wanita disebalik tabir sahaja ... ;)  dah tanggungjawab so hadap dengan redha.. Ehhh aku sebut redha lagi kerr... Hhhehehheheheehe 
Bye .., Wassallam dan astagalabesta...!

No comments:

Post a Comment