Tuesday, 30 July 2013

Disebalik cerita : Bangunan Stadhuys Melaka

Assallamualaikum...

Baru-baru ni aku tercari-cari info mengenai bangunan Stadhuys Melaka untuk dimasukkan dalam broucher yang aku sedang designkan. Maybe bole dishare sebagai santapan ilmu tambahan di bulan ramdhan ni...

Stadthuys dalam bahasa Belanda bermaksud ‘State House’ atau bangunan negeri. Ini kerana bangunan ini dibina khusus sebagai kediaman rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda di samping berperanan sebagai pusat pentadbiran koloni Belanda di Melaka. Stadhuys dibina sekitar tahun 1650an dan dikatakan bangunan Zaman Belanda yang tertua di sebelah Timur yang masih kekal. Walau pun Belanda mengambil alih pemerintahan Melaka dari Portugis pada tahun 1641, namun Belanda hanya membaikpulih struktur Portugis yang terselamat akibat pertempuran yang sangat panjang. 

Apabila kediaman rasmi Gabenor Belanda berpindah ke bangunan baru di belakang Stadhuys, kompleks ini kekal sebagai pusat pentadbiran Belanda. Malah peranannya kekal pada zaman Inggeris dan selepas kemerdekaan negara. Ia dikosongkan pada tahun 1979 apabila Kerajaan Negeri Melaka memulakan kerja-kerja baikpulih bangunan ini untuk dijadikan Muzium Sejarah Melaka.

"Di kalangan rakyat tempatan, Stadhuys lebih dikenali sebagai ‘Bangunan Merah’ kerana warnanya. Menurut cerita tempatan, warna asal bangunan putih ini ditukar merah oleh Inggeris kerana mahu menyelesaikan masalah kotoran dinding stadhuys yang sentiasa bertompok-tompok merah kerana tabiat orang-orang Melaka yang meludah air sireh di merata-rata tempat. Maka itu keseluruhan dinding luar Stadthuys yang merupakan bangunan utama di mana   penduduk berurusan, telah dicat warna ‘air sireh’ supaya kotoran tidak ketara "


 Rupa bentuk bangunan asal bangunan stadhuys yang berwarna putih

Justifikasi                      

Stadhuys merupakan struktur tertua Zaman Belanda yang masih kekal asli. Ia memberikan maklumat yang sangat penting kepada senibina awal koloni Belanda di Timur. Walau pun bangunan Belanda lebih banyak terdapat di lain-lain negara khususnya di Indonesia, kesemuanya telah mengalami banyak perubahan atau dibina semula.






Sumber : Jabatan Warisan Melaka & Perbadanan Muzium Melaka


5 comments:

  1. pembina stadhuys siapa.kos pembinaan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha semua orang tanya benda tu tapi jawapan tk dapat gak...

      Delete
  2. Tulah...cari punya cari ttp x jumpa

    ReplyDelete
  3. rakyat tmpatan dijadikan buruh paksa utk mmbina stadthuys...kos pmbinaan tdk diktahui krn tiada rekod dicatatkan

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete