Thursday, 18 July 2013

HERITAGE TRAIL : IPOH, KUALA KANGSAR & PENANG


Assallamualaikum...

Lawatan ini adalah anjuran Persatuan Sahabat Muzium Melaka.Persatuan ini ditubuhakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan  dan kerjasama antara institusi Muzium Melaka dan masyarakat setempat. Disamping itu juga ianya dapat memberikan alternatif kepada orang ramai untuk memenuhi masa lapang yang bermanfaat Persatuan juga ada menyediakan ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang pemuziuman dan pemuliharaan warisan budaya.Selain mewujudkan satu kumpulan sokongan di dalam pelaksanaan aktiviti muzium.

Objektif lawatan Heritage Trail ke Ipoh, Kuala Kangsar dan Penang ini adalah salah satu langkah untuk memberikan  kefahaman dan kesedaran kepada ahli-ahli Persatuan Sahabat Muzium Melaka serta orang ramai kepentingan warisan sejarah negeri lain selain dari negeri sendiri. Ianya juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai betapa pentingnya "built  heritage" dalam kehidupan kita seharian. Selain itu juga secara tidak langsung dapat mempromosikan pendidikan sejarah bagi meningkatkan pemahaman warisan "built heritage" sebagai ungkapan sejarah dan identiti kita.Ia juga dapat membina keahlian yang matang pemikiran dan komited dalam  "Built Heritage". Dan yang paling penting dapat mengeratkan silatulrahim diantara ahli dan serta bukan ahli agar lebih  meminati sejarah dan warisan negara kita.
    
Pihak Persatuan lawatan juga mensasarkan kepada Ahli Persatuan Sahabat Muzium Melaka, Bukan Ahli saperti Pemandu Pelancong, pengusaha syarikat Pelancongan dan pada mereka yang cintakan warisan.  (Termasuklah pelajar-pelajar didalam bidang senibina, photografer dan lain-lain lagi

Tarikh lawatan : 25hb - 27hb October, 2013.

Destinasi yang dituju dan kenapa ? 

 Ipoh Perak - Ipoh Heritage Walk.
Bandar Ipoh dibina kerana industri bijeh timah. Semasa orang British kuasai ekonomi di Perak banyak bangunan colonial telah dibina di Bandar Ipoh. Hingga sekarang bangunan tersebut masih digunakan.

 Pulau Pinang - George Town Heritage Walk.
George Town adalah contoh terbaik sebagai bandar perdagangan pelbagai budaya dan ia juga mencerminkan pertemuan unsur-unsur budaya dari kepulauan Melayu, Cina dan Eropah yang  mencipta satu budaya, senibina dan townskap yang tersendiri, yang tiada tandingnya dimana-mana, baik di Asia mahupun Asia Tenggara, khususnya suatu julat rumah kedai dan rumah bandar yang tersendiri senibinanya.

 Kuala Kangsar, Perak
Kuala Kangsar adalah bandar di Raja Perak dan bandar ini merupakan tempat yang terbaik untuk mempelajari mengenai sejarah kesultanan Melayu.

Yuran Penyertaan : 

RM250.00 untuk ahli  &  RM 300.00 untuk bukan ahli.

Cara Penyampaian Jejak Warisan

Secara berjalan dengan pemandu pelancong. Untuk berkesanan penyampaian maklumat, antara 10 - 15 peserta akan diketuai oleh seorang pemandu pelancong tempatan.

      " Warisan adalah pusaka kita dari masa lampau, kehidupan kita hari ini dan apa yang kita akan tinggalkan kepada generasi akan datang. Dengan memahami warisan dari tiga tempat, Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, sangat diharapkan peserta pada akhir perjalanan menghargai warisan negara kita " 

Untuk maklumat lanjut boleh terus email kepada saya : julia_yana@yahoo.com


No comments:

Post a Comment