Thursday, 22 August 2013

My Heritage Learning Curve : Muzium Penjara Banda Hilir Melaka

Assallamualaikum....

Muzium Penjara Banda Hilir....Mesti rasa korang nak tanya seram tak masuk muzium penjara ni..? hhhehehehehe ada la sikit-sikit. Tapi kalau masuk beramai-ramai bole dikategorikan ala-ala suam-suam kuku la seram dia..hahahahhaa. 

Actually ini merupakan lawatan yang telah dikelolakan oleh Persatuan Sahabat Muzium Melaka dan kerjasama oleh Jabatan Muzium Penjara Malaysia di Melaka. Setiap lawatan adalah terhad kepada 20 orang  agar setiap maklumat yang diberi dapat diserapkan dengan baik.So beruntungkan siapa yang dapat mengikuti setiap lawatan ni. Dan yang paling beruntung lawatan kali ini merupakan ke Muzium Penjara Banda Hilir yang masih belum dibuka kepada orang awam khususnya serta harga tiket pun masih dalam kelulusan pihak atasan.

Serba sedikit mengenai bangunan muzium ini. Ianya merupakan penjara kedua yang tertua terdapat di Malaysia. Dibina di Zaman pemeritahan British yang menempatkan pesalah jenayah dan penentang kerajaan. Berkeluasan 11 801 meter persegi. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kuater untuk kakitangan penjara dan penjara yang berkeluasan 260 kaki x 230 kaki meter persegi. Dibina pada tahun 1860 oleh Kolonel Cavenagh Gavenor kemudiannya telah ditukar kepada Sekolah Henry Gurney kedua Banda Hilir dan telah dibuka pada 15 May 1950 oleh Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (KCMG) iatu British High Commissioner of Malaya). Pada tahun 1990 ianya telah ditadbir oleh " Borstal Instituions" yang mengawal watak dan tanggungjawab penghuni itu dengan displin dan undang-undang yang ketat. Institut telah diubah semula kepada status penjara pada tahun 11 Jun 1990 dan penghuninya telah pindahkan ke Sekolah Henry Gurney Teluk Mas Melaka  seramai 52 orang . Pada tahun 27 ogos 2010 , Jabatan Muzium Penjara Malaysia telah meluluskan sebanyak 1.5 million bagi kerja-kerja menaiktaraf penjara dan pada 25 Jun 2010 semua banduan/ pesalah jenayah  yang ditempatkan disitu  telah dipindahkan ke Penjara Baru Sungai Udang Melaka , amsjid Tanah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja naik taraf sebagai Muzium Penjara yang pertama di Malaysia.

Hah! hamik kau.. penat mentranslate serba sedikit info mengenai Muzium Penjara Banda Hilir ni.  Sekurang-kurangnya dapatlah serba -sedikit info hasil bacaan aku dari broucher Muzium Penjara ni ye.


So dimulakan lawatan dengan posing dari aku ea... Sila pejam mata bila scroll pic-pic ni yer.... hahaha. Barulah ada feel nak menaip walaupun korang akan muntah darah bila tengok pic aku yang berserabut ni..hehehe


Gambar 1 : Merupakan ruang bagi penghuni penjara bertemu dengan pelawat.
Gambar 2 : Merupakan buku Log bagi pesalah-pesalah jenayah  yang meletakkan maklumat pesalah ( semuanya menggunakan  tulisan "Free hand" yang amat cantik sekali.
Gambar 3 : Antara kamera yang digunakan untuk mengambil gambar-gambar pesalah pada tahun 1960-an
Gambar 4 : Diantara alat-alat muzik yang digunakan oleh kakitangan penjara/ pesalah  untuk program -program penjara.





Peralatan Sajian Makanan Tahanan era 1960-an

Diantara gambar-gambar sekitar Muzium Penjara

Sebenarnya agak takut untuk bergambar didalm jail ni... sunyi dan sepi  dengan suasana yang agak sayu dan tertutup dek tembok/dinding konkrit yang amat kekurangan tingkap bagi sumber pencahayaan. Bayangkan aku baru sehari...belum berhari-hari, berbulan-bulan , bertahun-tahun.. huhuhuhu...

Dicelah-celah tembok kelihatan kuaters  kakitangan penjara yang telah ditinggalkan.

Tingkap jail


Semua peserta lawatan sedang mendengar taklimat dari Pengarah Muzium Penjara , Tuan Mohammad.

Memerhati dan mengklasifikasikan apa yang dilihat. Kemudian menilai dengan mata hati.

Gari lama yang telah digunakan di Penjara Kedondong pada tahun 1950-an

Serpihan batu-bata asal dari Penjara Pudu yang telah dirobohkan

Pintu Besi! Sanggupkah anda/?

Block C

Dari tingkat atas ke tingkat bawah.

Pengetuk pintu berwajah singa ( Asal bukan replika ) yang telah digunakan di Pokok Sena , Kedah.

Meninjau lagi...

Diantara barang-barang larangan penjara.

Sesi penyampaian cenderahati dari Persatuan Sahabat Muzium Melaka kepada Pengarah Muzium Penjara.


Semua peserta bergambar dihadapan Muzium Penjara Banda Hilir Melaka, Muzium penjara pertama di Malaysia.
Diantara cenderamata yang terdapat  di Souveniar Shop  Muzium penjara.

Sekian untuk entry kali ini. Thanks...

5 comments:

  1. Assalam...nak tanya. Macam mana nak contact pegawai muzium ni untuk buat lawatan pelajar-pelajar sekolah ye...tq

    ReplyDelete
  2. Wassalam.. bole berhubung dgn En.Asmadi / Muzium Penjara 06 281 3548

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..nk tanya..muzium ni terbuka kpd orang awam x? Atau kena pergi under lawatan sekolah sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ika.. Wassallam. Ianya dibuka pada orang awam. Sesiapa pun bole dtg melawat

      Delete
    2. Bole jugak hubungi En. Asmadi +60 12 529 9385 untuk pertanyaan lanjut.. Tq

      Delete