Tuesday, 24 September 2013

Expo Art Malaysia 2013

Assallamualaikum...

Tiba-tiba rasa... hadoii penatnya. Dah tak tau mana satu design aku nak buat.. Rasanya tiba-tiba je event jadi begitu banyak.. Naik kelam kabut jugak la aku... hehehehehehe Tapi aku bukan nak merungut ea.. cuma salahkan diri sendiri yang tak tahu nak uruskan design, idea dan masa dengan bijak. Dengan harapan lepas ni bole menguruskan masa membuat design dan aktiviti luar dengan lebih teratur lagi. Insyallah...

Ok. Kali ni aku nak berkongsi sedikit mengenai lawatan aku ke MATRADE pada hari rabu yang lepas bersamaan dengan 18 September 2012. Best jugak sekali sekala pergi invitation yang melibatkan collector-colector lukisan ni. Huh bukan calang-calang orang yang hadir. Semuanya berpangkat.. Almaklum la nak membeli lukisan yang berharga puluhan ribu. 

Aku pergi ni pun diatas jemputan dari pihak kedutaan Cuban kerana salah seorang artisnya iaitu Mr. Enrique Wong Diaz turut serta dalam pameran ini, beliau juga akan terlibat dalam mengadakan pameran solonya di Balai Seni Lukis Melaka yang bermula pada 25 sehingga 27 September 2013 ni . Aku dan Pn. Syahidah sebagai wakil dari jabatan kami. Malam tu lebih sebenarnya adalah malam VIP REVIEW NIGHT yang telah dirasmikan oleh Raja Muda Perlis , DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis , DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah khalil.

Art Expo Malaysia 2013 ini  berlangsung pada 19-22 September 2013, ianya dibuka pada jam 10.30 pagi- 7.30 petang kecuali pada 22 September tu dibuka sehingga pukul 6.00 ptg. Expo Art Malaysia ini sebenarnya merupakan sebuah pameran yang mengumpulkan  60 buah galeri seluruh dunia dan mengumpulkan lebih 2000 keping lukisan dan hasil seni termasuk arca. 

Ni adalah lukisan pertama yang aku ambil gambarnya dari Booth pertama. Tapi lupa la lukisan ni dari negara mana...

Ni pula lukisan dari negara China tak silap aku la. 

Waktu ni kami berposing di Booth Cuban.. So Sook Fun yanng tolong ambilkan gambar. ( Sook Fun merupakan salah seorang wakil dari Kedutaan Cuba yang cukup fasih berbahasa Cuba, China , Melayu dan juga Inggeris.

Bergambar bersama arca.. Boleh main cak a cak a lagi..kikiki

Ni pulak lukisan dari Vietnam... Suka aku tengok lukisan-lukisan dia . Menarik! Especially sebab dia warna pink..Wakakakahhhh

Lukisan ni lah yang paling aku suka.. Sebab bila letak aku ditengah... Ia seolah-olahnya aku.. Adakala bekelakuan seperti anak kecil dan adakalanya seperti singa sedang mengaum... Hahahahaha ... Almaklumla anak-anak aku selalu cakap ngan Tok dan Wan dia mummy ni garang macam singa.  Tapi adakalanya manja seperti anak kecil ...kejapan terus jadi miaw... kikiki gatai merela!

Lukisan ni dari negara mana aku dah lupa ..rasanya macam dari korea... Actually lukisan ni seperti teknik colage dan segi susunannya seperti teknik sandwich. Cermin dihadapan , rambut wing yang diperbuat dari fiber  dan cermin dan akhir sekali gambar wanita-wanita ini yang kesemuanya merupakan muka yang sama. Bezanya hanyalah  background , warna rambut dan aksesori wanita tu. Menarik bukan?!

kengkonon nak buat muka sama macam arca ni... Lupa lak muka i ni kembang..Hahahahaha.. hish malu sy!

Bila tengok lukisan ni ... tiba-tiba jadi teringin nak mengabadi potret aku berkebaya didalam sebuah lukisan. nanti dah tua bole tunjuk kat cucu-cucu... " Cu.. nenek dulu muda-muda suka pakai kebaya...Kebaya ni adalah pakaian tradisi kita selain baju kurung " kikiki Berangan sudahhhh..lalalalaala

Comey sungguh lukisan ni. Siapa kah pemilik wajah ni. Lukisan ini tak silap dari Malaysia 

Eh..Eh.. Galeri Demang Penghulu Ghani pun ada.. Wah popular jugakkan.

Tajuk Arca ni adalah " Reason to live"... Mother and Son... Meaningfull!

Hi..Ni la pak we eden...Hahahahah pasan sungguh.... Actually ni la pelukis dari Cuban tu... Mr Enrique Wong. Bila Sook Fun tanya kat aku hensem tak? aku pun cakap..bole laaaaaa... hahahhaha... Korang nilai la sendiri ea...



Ok la sampai disini saja aku nak mengomel pasal Art Expo ni... kalo korang nak tau pasal Enrique dan lukisan ni..Jom la ke Pameran Kontemporari Cuban pada 25-27 September 2013 ni di Balai Seni Lukis Melaka ya.... Okey bye... Wasallam...

2 comments: