Wednesday, 4 September 2013

Majlis Perasmian Art Geng

Assallamualaikum...

9 September 2013 , Ahad ( wah macam tulis berita lak..) hehehee... merupakan  Majlis Pameran dan Karnival Art Geng seperti mana yang telah aku maklum isinya pada entry yang lepas, merupakan koleksi lukisan yang mengumpulkan hasil seni dan arca peminat, penggiat, murid, pelajar, guru, pensyarah, pengurus, pentadbir balai/galeri persatuan-persatuan, kumpulan-kumpulan kecil, surirumah dan sebagainya. Bertujuan untuk menarik minat generasi muda untuk melibatkan diri dalam seni visual yang kian mendapat tempat sebagai peluang kerjaya disamping mengeratakan hubungan pelukis-pelukis ini kepada masyarakat luar khususnya. Ianya telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Wira Haji Hamdin bin Abdollah,  Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka .

Oklah cukuplah formal-formal penat aku nak susun ayat...huhuhuhu.... Actually disekitar majlis perasmian tu dapatlah kita lihat masih lagi ramai anak muda kita ni yang minat dengan bidang seni lukis ni , bukan hanya sekadar bidang photografi, multimedia yang seolah-olah menjadi trend masa kini. Masih ada yang reti menghayati dan berseni! so layan gambar je la ea sebab aku rasa macam dah banyak membebel pada entry yang lepas pasal artgeng ni... hehhee..meh sini meh layan gambaq lak na... ;)

Diantara mereka yang turut hadir dan menghayati hasil seni di Pameran & Karnival Artgeng ni.

Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Y.Bhg Datuk Haji Khamis , Pengurus Besar PERZIM dan juga Y.Bhg En.Jeffri , Pengarah Tourism Malaysia.

Diantara kakitangan Perbadanan Muzium Melaka yang turut hadir dalam menjayakan majlis perasmian ini. Aku hanya menyelit dibahagian belakang agar nampak kecik dan comeyyy..wakakakah..sila muntah!.. hahaha

Big-big bos bergambar bersama pelukis potret Siti Nurhaliza ( pelukis tu yang memakai Kemeja kotak-kotak, nama nya aku lupa daaa)

Ni anak kawan aku... namanya Qaseh Junior sebab kakak dia pun nama Qaseh tapi Qaseh senior .. so nak bagi senang aku panggil macam tu.Sonang! hahahhaa.. Geram tengok bila dia bertopi merah ni..apalagi menjadi hala tuju lensa aku jela... alololo sweet gitu..

Ni pulak diantara peserta bagi pertandingan melukis yang juga merupakan aktiviti /acara selingan bagi menjaya Majlis Perasmian ini.

Kusyuk adik ni menghayati potret Siti ni.. haiii tengan feel jadi retis ker dik... muahahamuahhh

Ni pula diantara aksi-aksi bersahaja yang sempat dirakamkan oleh lensa aku bagi mengakhiri entry aku tuk kali ni.. So hope korang enjoy membaca yer... adiosss dan wassallam....


2 comments:

  1. karya wak pon ado sini jugakk.,ahHKs

    ReplyDelete
  2. opsss..wah ada jugak...Tahniah Tahniah..

    ReplyDelete