Tuesday, 3 September 2013

Pameran Art Geng l Banda Hilir Melaka

Assallamualaikum....

Pameran dan karnival  Art Geng...Sempatlah jugak membawa hero-heroku melihat lukisan-lukisan yang di pamerkan di Bastion House dimana terdapat lebih dari seribu lebih buah lukisan dan juga arca hasil peminat, penggiat, murid, pelajar, guru, pensyarah, pengurus, pentadbir balai/galeri„ persatuan-persatuan, kumpulan-kumpulan kecil, surirumah dan sebagainya mempunyai hubungan antara satu sama lain atas nama seni rupa yang dinamakan " ART ".

Diantara lukisan yang dipamerkan bersaiz kecil iaitu 6 x 6 inci, 6 x 12 inci dan 12 x 12 Inci dan merupakan nkerjasama antara Perbadanan Muzium Melaka dan Artgeng Galeria yang diusahakan secara bersama oleh Encik Norazlan bin Ahmad dan Encik Mohd Zuwairi bin Abd Rahman.

Lukisan bersaiz kecil ini sebenarnya memberi peluang kepada mereka yang masih baru dalam seni lukisan dan kurang beryakinan untuk mencuba dengan saiz yang kecil. Malah turut membolehkan rakan-rakan pelukis yang terlalu sibuk dengan tugasan harian sehingga tidak boleh berkarya walhal dulu karyanya sangat hebat, terus menghasilkan buah tangan untuk tatapan umum dan mengoptimumkan ruang pameran yang tidak boleh menampung karya yang besar dengan kuantiti sasaran. Antara medium yang digunakan oleh para peserta yang mengambil bahagian adalah, akrilik, cat air, cat minyak, charcoal, media campuran, impasto, fotografi dan arca.

Seramai 420 orang peserta mengambil bahagian dalam pameran ini dengan lebih 1,600 karya dipaparkan. Antara pelukis professional yang turut mengambil bahagian adalah Ghani Ahmad dan pengarca Rosli Zakaria. Hampir keseluruhan karya dihasilkan oleh warganegara Malaysia di Negara ini  dan peserta paling muda adalah yang berusia 4 tahun. Semua lukisan tersebut adalah karya miniature yang sesuai untuk menjadi buah tangan dan mampu dimiliki oleh pelancong yang datang melawat Melaka. Harga lukisan dijual serendah RM20.00 dan yang tertinggi bernilai RM1,250.00. Konsep pameran bayar dan bawa ini dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad mulai jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang mulai dari 9 Ogos hingga 29 September bertempat di Balai Syed Sheikh Al-Hadi ( Bastion House) Jalan Kota, Melaka. 

Tema pameran ini adalah bebas dan ia akan menjadi satu rakaman interpretasi komuniti seni rupa tentang hal-hal semasa dan persekitaran negara  yang positif untuk tatapan dan milik pelancong-pelancong yang melawat Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

Mukhriz bersama-sama lukisan-lukisan super hero yang bersaiz kecil dan amat comel sangat. ( dahlah yang bergambar ni lain benor rupanya, bagai ahli poilitik lagaknya... Tak mahu bertopi , nak bersongkok sahaja ) Dia ditanya kenapa perlu bersongkok? Nampak lagi hensem katanya.. mummy tak kisahlah  asalkan bahagia) hehehehe

 Kontra!

 Mamat sorang ni memang nak berkepit je keje nyer... pantang ada yang nak dekat ngan mummynya pasti dia akan muncul...alahaiiilah anak....

 Terserempak pulak dengan pelukis hebat dari Melaka yang mempunyai Kedai kraf di Dataran Pahlawan iaitu En.Johari Ibrahim.

 Sama tak? mungkinkah sama..? mungkinkah tidak..? hanya mata yang mampu menilai... miawwww

Gambar belah kanan tu ada gambar harimau (bahagian atas).. dok pulun suh mummy amik gak.. so tertonggeng-tonggeng la mummy nak mengambil gambarnya... kalau tidak sampai ke sudah diungkit. Dah amik gambaq baru dorang diam. Puas Hati!

 Aksi hero-heroku.. suka sangat amik gambaq lompat-lompat yang membuatkan mummy terduduk nak amik gambaq... layannnnn..... Sekian Entry kali ni..Enjoy!

1 comment:

  1. Macam kenal je ayat intro pameran...tiru kat mana tuuuuu..kena bagi kredit gak tuh ;)

    ReplyDelete