Monday, 12 August 2013

Travel Raya : Johor dan Melaka


Assallamualaikum...

Akhirnya , aku berjaya menjejakkan kaki di tempat aku dibesarkan ..terasa bahagia sekali... Last sekali aku datang ke sini sewaktu aku bekerja kat Kluang Johor.... lebih dari 10 tahun yang lepas... tapi berbeza  untuk kehadiran aku kali ni... Bukan hadir untuk bekerja tapi beraya bersama keluarga tercinta Best wooo... ! Sambil mengimbau sejarah lama dan makan kuih raya.. Feelnya berbeza sungguh....Syukur Alhamdullilah

Ni dihadapan sekolah rendahku.. Sek.Kebangsaan Perempuan Bandar Kluang Johor... Kali ni datang posing dengan Spider Man dan Incredible Hulk... eh bukan.. ngan anak-anak la ..Kimi dan Mukhriz.... 

We are here...!

Disini kami beraya bersama dengan Jiran-jiran lama yang banyak membantu dalam tumbesaran aku, yelah naik merajuk-rajuk aku dibuatnya  bila keluarga aku  memutuskan untuk berpindah ke Penang tahun 1995 dahulu.. Yelah kena tinggalkan kawan-kawan, sekolah , tempat permainan , jiran-jiran , adik angkat kesayangan aku.... Yelah disini lah aku dibesarkan dan juga mendapat pendidikan awal . Terlampau banyak memori pahit dan manis yang kutinggalkan disini...huhuhu sedih wooo sob sob sob....

Dahla tak mau sedih-sedih... habis Kluang aku beraya di Melaka... Rumah ku , tempatku mencari rezeki... Kat rumah aku takde la apa-apa sangat.. kuih raya pun tak sempat nak diisi ke dalam balang , sebab tiap-tiap tahun istilah raya hanya di Penang, merayakannya bersama keluarga, kalau tak dapat balik jugak.. aku tak raya lah. Begitu jugalah situasinya dengan anak-anak aku... Memandangkan aku pun tiada siapa-siapa disini melainkan saudara mara melainkan belah daddy Kimi dan Mukhriz so aku putuskan membawa dorang round-round sekitar bandar Melaka jer ..... Lagipun family aku tak boleh lelama sangat kat Melaka ni sebab esoknya abah ada hal yang tak dapat dielakkan ..So Travel Raya ni berakhir di Melaka. Tempat lahir Kimi dan Mukhriz...Sob sob bila mak abah nak balik... mama abah bila nak mai Melaka lagi...? Kitaorang rindu! huaaaaa 

Bawa abah ngan mama makan Asam pedas Melaka... yum yum yum

Masa untuk merehatkan diri termasuk lah budak tukang sibuk dua orang tu.. Doranglah yang paling sakan bermassage..... haiyaaaa tak padan ngan budak-budak, mak budak pun tak massage tau.. eeeeeee . So hope korang enjoy ngan citer raya ku yang tak seberapa ye...Sekian The ending of story Travel Raya . Thanks.. Wassallam...

No comments:

Post a Comment