Thursday, 8 August 2013

Travel Raya l Penang

Assallamualaikum....

Hahahhaa... terasa betui-betui busy dan kebuntuan idea bagi  menyusun ayat untuk entry kali ni ... tu pun ayat, still tunggang langgang jugak... hahahahaha....confirm ini semua disebabkan oleh penangan lemang , ketupat palas dan juga rendang! huish sadis..

Actually raya aku biasa-biasa jer la.. Sama jugak seperti insan-insan lain , kemestian aku sekeluarga MESTI BALIK KAMPUNG ! ... kalo tak.. confirm takkan  ada raya feel raya . Tahun ni aku berpeluang sembahyang raya memandangkan anak-anak aku pun dah bole bawak diri bila di masjid nanti . So aku takde la risau sangat . hehehhee.. xde la asyik terperap didapur je bila time raya....

Raya ni  mama dah pesan kat anak-anak dia , supaya mesti amik cuti panjang.. termasuklah aku! So aku tawakal jer la apply cuti,  lulus atau tidak itu belakang kira... kalo tak lulus?  Sila tahan telinga je la ok!  ..hehehee... Yelah mama dah planning macam-macam tuk raya ni... so kitaorang sebagai anak ikut je la seperti yang dirancang ... So aku kategori kan raya tahun  ni sebagai " Raya untuk mama dan anak-anak (anak aku la, sebab aku ni  kategori mak budak! )  ". hahahahaha...

Planning apa? Raya satu negeri tuk satu hari ..hambik ko!... kepam ko dok kat dalam kereta... Penang (Tempat mak ngan abah tinggal kini) , Perak ( Kampung mak dan abah aku merangkap tempat aku dilahirkan dimana semuanya bermula... aichewahhhhh) , Pahang ( Tempat tinggal Mak Mah aka kakak mak aku yang dah lama tak berjumpa setelah ketiadaan tok dan wan aku) , Johor ( Tempat aku dibesarkan dan mendapat pendidikan awal sebagai kanak-kanak dan remaja yang kini sudah  tak remaja lagi )  dan Melaka ( Tempat aku bekerja dan membesarkan hero-heroku) ...Sakan kan ! So hope korang enjoylah cerita raya kitaorang ni ea serta diselitkan sekali  bebelan dan gambar-gambar  aku yang pasan comey konon nyer la kan .. hahahaha

Pagi raya...Selepas sembahyang raya.. Kimi dan Mukhriz dok pulun bersalaman ngan imam masjid tempat aku..padahal dah masuk dalam kereta tu..sanggup keluar balik.. so mummy follow dari belakang je la... Tiada yang lebih membahagiakan melainkan melihat anak-anak gembira di pagi raya... 


Masing-masing sibuk menikmati hidangan raya... ni kategori dah masuk lima pinggan sebelum masuk pukul 9.00 pagi.. Nikmat betui! bila dapat menikmati rendang dan ketupat hasil dari  air tangan  tok doranng .... tembam, kembang dan bam bam lah jawabnya anak mummy ni.. hehehe

Perkara wajib bagi tahun ni adalah berposing .. yelah tahun lepas kitaorang tak berposing dan suasananya  tak semeriah tahun  ni, almaklumla banyak trajedi sedih  berlaku tahun lepas... Jadi semua dok kawal perangai... tak mau ada yang terluka. huhuhu

Tapi nak posing-posing banyak tak bole pulak...  kalau tak ,  mama akan cakap macam ni  Korang ni nak posing ke beraya.. ? kalo nak posing tak payah balik kampung. Raya jer kat sini. Sambil pintu bilik dihempas kan..hahahahahah.. hamik ko..mana tak ketaq lutut...? Warning baik punyer . So posing ala kadar je la mengikut kesesuaian keadaan yer kengkawan.. kalo tak sentap jiwa raga mak aiii... hahahahaha


Aku, mama dan Ejoy

Ni hadiah raya dari aku tuk mama ngan abah... ni jer la yang termampu dan ini jugaklah permintaan dari mama. Nak bagi hadiah mahai-mahai aku tak mampu.. ;)  cantik tak kengkawan...? Jika berminat boleh emailkan segala pertanyaan  kepada (hahahaha sempat promosi gitu) :
julia_yana@yahoo.com


Cuba lihat mata Kimi.. terpancar kegembiraan di pagi raya.. Syukur Alhamdullilah.. Dapat beraya untuk sekalian kalinya...  Sekian Wassallam

No comments:

Post a Comment