Monday, 23 September 2013

XPDC :Gunung Datok , Rembau Negeri Sembilan

Assallamualaikum...

Huhuhuhu rasa macam dah lama nau blog ni  tak berupdate... bussy nau gamaknya.... Kali ni aku nak berkongsi cabaran-cabaran yang aku lalui sewaktu menaiki Gunung Datok kali ni...Actually ni merupakan antara training yang dilakukan bagi peserta-peserta yang terpilih untuk menaiki Gunung Kinabalu Sabah pada bulan disember ni...Setiap muzium akan diwakilkan dengan seramai 6 orang peserta ( termasuk seorang pegawai yang menguruskan segala keperluan dan jadual bagi setiap peserta). 

Gunung Datuk merupakan sebuah gunung yang terletak di Rembau Negeri Sembilan dengan ketinggaan 885 meter. Bila melihat pada angka ketinggian gunung ni, semua mesti ingat .. ala senang la nak daki bukan tinggi sangat pun kan... huh! jangan tak tau ni la gunung yang bagi aku amat mencabar stamina aku... Dia punyer trekkk... ?! makk aiiii punyer la susah.. curam giler! no landai landai macam Gunung Angsi dan Gunung Ledang sebelum ni... huh.. nasib baik dah siapkan serba sedikit stamina.. kalo tak confirm aku pancit! Oklah mesti korang sabaq tengok gambar kitaorang berposingkan.... meh meh jom layan gambar kami berposing sakan sampai lupa nak turun hhahhahaha.. over kan?! kikikiki

Hehehe ni la wakil -wakil dari Muzium Melaka.. Tarmee, Ghaz, Abg Sham, Aku dan Mazlina.. Ni aksi sebelum panjat... Dah panjat muka sorang-sorang dah tak rupa orang dah.. Semua kuyup dengan peluh... kikiki

Berposing lak dengan geng-geng dari Muzium Negeri Sembilan.. hebat-hebat dorang ni... Aktiviti regangan dilakukan bersama memandangkan kitaorang ni tau panjat gunung ja.. kikiki. Pendakian ini bermula jam 9.00 pagi.

Ni la bakal-bakal hero kami bila ada emergency kat atas nanti... Tapi itu belum pasti lagi.. tak tau sapa hero dan sapa heroin na...tungguuuuuuuuu.....

Jeng jeng .. ni la posing dari mak-mak budak yang penuh bersemangat dari sehi luaran.. dari segi dalaman tak yah habaq la.. semuanya ketaq... kikiki

Ni la gambaq pertama setelah suku mendaki gunung...Syukur alhamdullilah masih mampu tersenyum... walaupun trek dia  cukup mencabar... huh! bole pengsan makkk kalo takde stamina....huhuhu

Sesuatu telah terjadi... Tapi kami terpaksa meneruskan perjalanan jugakkk .. huhuhuhu...

Mula mendaki semula setelah perbincangan dijalankan... Hopefully tiada lagi accident yang berlaku di depan sana nanti.. Hanya memohon agar dipermudahkan segala... Amin

Rehat lagi.. penat wooooo




Nilah di antara trek-trek tu.. ni masih bole hadap lagi.. yang kritikal tak sempat aku nak amik gambaq... sebab terlalu fokus mendaki .. Yelahhh disebabkan satu kecuaian macam-macam boleh terjadi.

Aku posing lagi.. hahhahaha saborr je la.. Terpaksa senteng menyenteng, rasa macam kekurangan oksigen pulak... kasi angin sikit...kikiki almaklum la perjalanan masih jauh.

Team pink! hahhaha itulah yang digelarkan pada kami berdua memandangkan semua pink.. Ada jugak yang panggil kitaorang Team Puteri UMNO.. Saboo jela dorang ni.. pink pink kitaorang sampai puncak jugak ea... yela nak panggil nama tak tau...


Yeahhh kitaorang dah hampir kepuncak... Tapi ? trekkknya huaaaa






ha?! amik ko... Tangga yang curam , berkarat, tinggi... menanti anda. Maz macam dah surrender bila tengok tangga-tangga ni... Ko tak nak naik? Jangan harap la kalo ko hiking ngan kak Ju tak nak naik.. Confirm kena paksa.. hahhahaahhaha

Cer tengok nak amik gambaq kat puncak ni , space posing pun tak dak.. Ramai nau pencinta alam dan hiking ni., huh! tak puas hati ni.. port posing harus dicari ni.. kikiki  



Minah ni takut nau nak naik atas batu besaq ni.. Aku?! seperti biasa.. Dogil! Nak panjat jugakkk.. aku tak kira.. aku tak kira.. Nak jugak ( Ni la ciri-ciri orang degil macam aku) kikiki Yang penting aku nak mengabadikan segala kepenatan aku dengan pencapaian aku dengan tahap maksima.. huh! overkan aku...

hehehehe.. Orang lain lepak kat bawah .. aku sibuk nak naik atas.. Nasib baik ada abg-abg mana tah,  yang sudi amik gambaq aku yang giler posing ni.. Terima kasih ye bang...  ehhh ehh ehhh tak cukup lagi ni .. Upload lagi gambaq posing lagi sat...

Yeahhhh.. Syukur alhamdullilahhh..  

Kitaorang sampai ke kemuncak gunung dalam pukul 1.00 tengahari dan sampai ke bawah dalam pukul 1.30 tengahari. Jangka masa yang diambil adalah  4jam setengah.. Masa yang paling lama diambil adalah dipuncak. Masa tuk posing.. Kecian hero-hero Malaya yang menanti dibawah tu.. Ingat jadi apa-apa kat kitaorang kat atas.. Rupa-rupanya posing... kikiki welll kitaorang gegurl wokey.. ;)

Anw perjalanan turun kebawah adalah amat bahaya jika tidak berhati-hati sehingga menyebabkan aku dan Maz jatuh.. Aku luka dikaki sebab terjatuh.. Luka sedikit je.. Tapi aku okey ... Maz lebam diketing je.. Tapi super mama tu kuat..hehhe.So pada uols yang nak panjat gunung  Datok atau apa-apa gunung apa sekalipun... MORE CAREFULL... Banyak bahaya menanti dihadapan anda yang kita sendiri pun tak dijangkakan.. Trek dia amat curam! Tak perlu berlari atau sibuk mengejar orang lain dihadapan..ikut kemampuan masing-masing. Biar lambat asal selamat..Insyallah sampai.

Okaylah sampai disini saja... Sampai juga lagi di next entry k... Wassalam...

2 comments: