Thursday, 10 October 2013

XPDC Gunung Tampin , Negeri Sembilan

Assallamualaikum....

Sejak dua menjak ni asyik nak citer pasal panjat gunung je ea... Actually tu lah diantara aktiviti aku lately ni... Selagi tak jejak bulan disember , selagi tu la training memanjat ni tak habis-habis... Almaklum la nak kuatkan stamina kununnyer.. kih kih kih

Okay kali ni nak citer pasal Aktiviti memanjat di Gunung Tampin lak.. Seperti biasa kitaorang akan bertolak dari Banda Hilir dalam pukul 7.00 pagi memandangkan Banda hilir dan Tampin tak de la jauh sangat kan....  heheehhe Dengan berbekalkan istilah tak jauh sangat tu sempatlah kitaorg singgah makan mee hoon sup kat Bandar Tampin.. padahal sebelum-sebelum ni mana la sempat nak singgah menyinggah kat mana-mana kedai makan.. kitaorang hanya makan kat rumah atau dibekalkan dengan makanan yang disediakan sahaja oleh pihak urusetia ataupun makan roti je sewaktu aktiviti pendakian.... Setelah selesai makan apalagi kitaorang mula la mencari lokasi dimana terletaknya Gunung Tampin ni.. ingatkan drebar tau.. rupa-rupanya drebar pun tak tau... nyaris-nyaris ke Gemencheh la kitaorang ni. Setelah urusan pusing memusing mencari hala tuju selesai , kitaorang pun sampai la ke kaki gunung Tampin... Akhirnyaaaaa... 

Tapi..... ?! Maz pulak sakit perut... memulas -mulas sangat katanya.. Apalagi pusing balik la kitaorang untuk mencari tempat untuk melepaskan hajat besar Si Maz ni... Hadoii! Niat dihati nak mencari surau atau masjid yang berhampiran almaklumla Sang Mentari semakin meninggi... Pusing punya pusing kitaorang ternampak lah satu kubah yang berbentuk ala-ala masjid... Tarme lak dengan self confidence yang begitu tinggi mengiyakan kata-katanya bahawa tu memang betui-betui surau....  Tapi tergerak lak hati ni berkata " awatla kubah ni macam tembok rumah Juliet kat Itali tu ea.. entah-entah rumah orang! " Hahaha ... Hamik ko , benar sungguh tekaan ku... Itu adalah salah satu bentuk senibina kawasan perumahan yang terdapat disitu... apalagi gelak besar la kitaorang... Hasilnya Tarme menjadi bahan usikan kitaorang aritu... Yelah confident level tinggi nau.. So terpaksala kitaorang keluar balik ke jalan besar mencari petrol pam...

Sampai je... Berdesup la Maz melepaskan hajat besarnya! Tapi hampehhh.. Maz cakap ... " orang tak buang hajat pun , maybe perut dah masuk angin la..! hahaha Sebegitu banyak halangan itulah hasilnya... Macam-macam!! 

Oklah citer pasal pendakian lak... almaklum la dah jauh nau aku melalut ni.. kikkiki...  Sampai dikaki gunung kitaorang mula la mencari parking,tanya punya tanya kat penduduk/ pendaki disitu... kat atas ada parking .. apalagi kitaorang redahla.. almaklum la jalannya bertar... sangkaan kami akan berjumpa dengan kaki gunung seperti gunung- gunung yang  lain . Tapi rupanya...... Itulah trek Gunung Tampin... Jalan berTAR... hamik ko kitaorang dah sampai di tiang letrik yang ke 51 dari 91 tiang elektrik kesemuanya... Haiiii senangnya keje aku kan... Mendaki menaiki van?! Cayalah buat semua... hahaha

Actually kelihatan budak-budak sekolah turut ikut serta mendaki Gunung Tampin.. so bermacam-macam aksilah yang dapat dilihat...   Aku lak catat sejarah kali ni sebab tak bukak botol air aku langsung, tak terusik la habaq hang... Penat tu memang la penat tapi tak de la rasa macam mintak nyawa seperti pendakian yang lepas-lepas. Kitaorang sampai dipuncak lebih kurang jam 10.30 pagi setelah bertolak pada 9.30 pagi. Sesampainya dipuncak sempat la kami bergambar tapi yang musykilnya awat kat  Puncak tu tulis Bukit Tampin sedangkan diperingkat awal terpampang signage "Hutan Lipur Gunung Tampin".. hah sapa nak jawab?!



Hero-hero malaya yang bakal mendaki ke puncak... Kacak dan bergaya ...hahahahahahah chewah chewahhhh kacak la sgttttt...!

Ni lak heroin-heroin yang gila posing.. setiap kali naik bukannya nak sampai awal..asyik ada pit stop posing je kejanya...hahahahaha nasib la korang dapat geng teambuilding mcm kitaorang.. :P

Trek di tiang yang ke 51 ... Actually ketinggian Gunung Tampin ni bergantung pada tiang-tiang lampu di sepanjang jalan bagi memudahkan pendakian. Senang kalo call.. 
u kat mana ..?
I kat tiang 51..
u tunggu i ea jap lagi i sampai tiang 51.. 
hehehe 

Waktu kitaorang naik banyak pelajar-pelajar sekolah yang turut serta.... kelakar pun ada... Macam-macam patern pelajar kitaorang jumpa... yang nak pengsan ada..yang relax pun ada..hehhehe Cer tengak Abg Sham... macam budak sekolah  pun ada jugak kan..kikikiki... 

Tiang 82... kesemua tiang ada 91 kesemuanya.. jeng jeng jeng ..dah tak jauh dah...

Teknik reverse...

Posing time!




Peluh membasahi muka... Ni kategori penat ala-ala manja..kikiki


yeaaaa dah sampai... Kononnya nak posing di signage Gunung Tampin.. Sekali Bukit Tampin da.....Sabo je la...

Masa untuk turun....

Oklah ... Sampai disini saja. Jumpa lagi pada entry yang lain k... Wassallam

4 comments:

  1. best ke g.tampin tu?sy mguu ni baru nak naik

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mummy, entrance dia kat mana? boleh bagi alamat/gps koordinat?

    ReplyDelete