Monday, 25 November 2013

Muzium Tentera Darat

 Assallamualaikum.....

Holaaaa.... Sabtu yang lepas sempat la aku bawak hero-hero pergi jalan-jalan ke Port Dickson , Negeri Sembilan ... Actually tujuan asal aku nak ke Senawang .... amik stok untuk souveniar shop aku la.. Apalagi ..hehehehhee... So setelah selesai semua urusan aku,  barulah aku bertolak ke Port Disckson.... Padahal aku tak tahu langsung arah tuju ke sana..Tawakal je la..nasib baik ada "Waze"... Syukur Alhamdullilah sampai gakkk aku kesana....

Oklah serba sedikit info mengenai Muzium Tentera Darat ni ye.... Dibuka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran masuk adalah percuma. Dari Senawang hingga ke Muzium Tentera Darat ni mengambil masa lebih kurang 45 minit. 

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Ini diperakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Cetusan mewujudkan Muzium Tentera Darat ini  diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah Tentera DaratTerdapat pelbagai bahan artifak dan replika sejarah dari zaman penjajahan portugis hinggalah saat Malaysia mencapai kemerdekaan. ( Info dari http://www.mppd.gov.my )



Waktu aku sampai.. Cuaca amatlah panas terik.. sampai tak bole bukak mata bak hang.. Tapi disebabkan keterujaan hero-heroku terhadap kenderaan yang ada disana.. semua ku pendamkan saja..hehehehe Yang penting anak happy.. penat sikit apa adahal... Pengunjung pun masih belum ramai lagi.. so syiok la kitaorang berposing..kih kih kih







Hah! nampak tak keterujaannya berposing.... hahhahahahaha kalau bole satu kenderaan 10 gambar... pengsan mak!



Ni adalah terowong yang terdapat dimuzium ni dan dijadikan sebagai salah satu ruang pameran . Kitaorang kalo bertiga confirm tak masuk tapi sewaktu kitaorang ruang pameran ni terserempak pulak ngan pelajar-pelajar UMT..apalagi kitaorang pun menyelit la... Selamat sikit..kih kih kih. Nasib baik pelajar-pelajar tu memberi laluan kat kitaorang...hehehehehe.. Tq ye adik-adik sekalian...


Di hujung terowong kitaorang ditemukan dengan jambatan gantung ni..perghhh keterujaan Adam makin menjadi-jadi sehingga  aku ditinggalkan... Mukhriz lak dah sibuk mencari tempat duduk sebab kepenatan... Nasib baiklah mummynya brutal , sempat la kejar si Adam ni...hehhehehe... Ni la punca aku kena brutal...kalo tak..? hampa jawab la sendiri na...

Masuk kali kedua memanjat jambatan gantung ni , Mukhriz mula  join setelah diracun oleh adiknya.. tapi Mukhriz naik siap jaga mummy dia lagi... Hadoiii romantik you..kikikiki .


Ni aksi-aksi sekitar muzium tu... Gambar yang Mukhriz dan Adam lompat tu la aku accident sebab terlanggar kapal terbang tak bergerak... Hampir menitik airmata aku..tapi disebabkan sedang berhadapan ngan anak-anak..aku hanya diamkan  aje... Berpinau la jugak... Balik rumah pegang kepala  dah bengkak besar.. Nak pergi klinik malas sebab badan dah rasa semacam . Malam dah start rasa macam nak muntah dan pening kepala yang amat sangat..Jadi aku tidur jelahhh...huuhuhu... sob sob sob...

So berbalik kepada cerita asal  .. Ni pondok satu minggu.... sempat la Adam dan Mukhriz berposing melepaskan lelah..hehehhe

Melawat kawasan... Besaq sungguh Muzium Tentera Darat ni kan...

Ni pondok satu hari pulak..kalo xsilap aku... Lupa lak nak amik pic caption..hehhehee Adam cakap banyak semut... Mukhriz terus tak nak masuk...kikiki..Aku? lagilaa... kuang kuang kuang


Wajah seronok dan serius anak-anak..



Ni tulisan Adam... Aku yang suruh dia isi buku pelawat ni... Tapi pandai lak dia tambah kartun tu...Adam.... Adam.....

Waktu ni hero-hero aku sunyi sepi menghadap video yang ditayangkan... Bab nonton dorang memang juara..bab baca slow sikit almaklumla mana ada budak hyperaktif yang bole stick lama-lama membaca... hehehehehe... Anw waktu ni dorang memang in the good attitude...  ;)

Ni pic dalam show case .. sewaktu masuk ke ruang pameran Era Kesultanan Melayu Melaka.. Cuma tempat ni terlampau gelap sehingga aku rasa seram sejuk pulak nak masuk... kalo aku sorang-sorang confirm aku tak masuk.. hehehehehe... Aku rasakan diorama dalam ni memang best tapi disebabkan oleh kekurangan lampu..aku jadi kurang menghayati isi kandungannya... (hahahahaha banyak nau komen padahal masuk dah free..kikiki)


Ni dibahagian luar Muzium..Actually muzium ni memang banyak kenderaan yang amat menarik minat anak-anak kecil untuk datang dan merasainya sendiri.. Begitu juga aku..walaupun ini bukanlah lawatan aku yang pertama ( sebelum ni dah pergi atas lawatan kerja) keterujaan membawa anak-anak tu mula terpahat dihati sebab aku yakin anak-anak aku pasti  suka. Especially seperti hero-heroku ini yang suka  explore dan bertanya itu dan ini , disamping menghayati nilai sejarah. So tempat ni lah  yang aku rasakan sesuai, luas dan memudahkan pergerakkan mereka . 

Okaylah tu je yang aku nak kongsikan buat kali ni... jangan lupa bawak anak-anak korang datang sini ye...Wassallam dan adios...

2 comments:

  1. bestnya museum ni.. rasanya pernah lalu dlu, tapi xsinggah pun.. tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa best sgt.. Hero2 suka bebenor... Masuk free ja tau.. Rugi tak pi.. Hehehe :D

      Delete