Tuesday, 19 November 2013

XPDC kedua Gunung Datuk, Rembau

Assallamualaikum.....

16 November  2013 . Training again... Gunung Datuk for the second time!.. Actually ni entry yang kedua aku tulis.. so aku ceritalah sekali lagi pasal Gunung Datuk ni ea... Ketinggian Gunung Datuk ni 885 meter yang terletak di Rembau Negeri Sembilan...

Kitaorang memulakan pendakian seawal 8.40 pagi dengan usahasama dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Seperti biasa wakil kami dari Muzium Melaka 5 orang sahaja. Aku, Mazlina, Shamsul, Ghazali dan juga Tarme.Trek kali ni agak licin sedikit ..baru lepas hujan gamaknya.. So kitaorang more carefull. Pendakian kali ni biasa-biasanya... Tapi seronok lah. dah dua kali naik..ehhehehehe..yang bestnya tak sabar nak sampai puncak. Sebab nak amik gambar. Pada pendakian pertama kitaorang sampai dalam lingkungan 12 tgh tapi kali ni kitaorang sampai di puncak dalam jam 10.30 pagi.. Agak cepatkan ... sedangkan masa bertolak dari kaki gunung dalam lingkungan waktu yang hampir sama . 

Syukur Alhamdullilah... Semua selamat sampai ke puncak tanpa ada apa-apa accident sewaktu pendakian. So korang layan gambar je lah ye..dah tak tau apa nak citer..kikiki Sabo je la!

Yeaaa... kali ni excited nak posing sebelah tapak kaki Hang Tuah.. Yang menjadi musykilnya awat kaki dia kecik nau..dah macam nak sama saiz ngan kaki aku.... Anggaran dalam saiz lima dan enam sahaja...hehheheh musykil musykil... ;)

Tiga orang ni takut nak posing sebelah kaki Hang Tuah tu... Gayat katanya... Aku pun gayat gakk sebab betui-betui sebelah curam ..jangan salah langkah je... Confirm Inalillah...Mintak simpang! Aku ni pun berani-berani takut sebenarnya..heheheheheh syhhhhhhhh jangan habaq kat orang na... kikiki


Posing ditempat yang sama sewaktu pendakian yang pertama..bezanya dulu aku sorang .sekarang berlima..hehehehe Tahniah semua!



Syokkk betui mendaki gunung ni.. Ada gak yang bertanya awatla suka bersusah payah panjat gunung ni.. Asyik dapat penat je... dengan kaki bengkak, crem lagi... So untuk korang yang bertanya gambar-gambar ni la jawapannya... Tiada yang indah selain menatapi keindahan yang Maha Esa.... And korang patut cuba...! Oklah Wassallam....

No comments:

Post a Comment