Thursday, 5 December 2013

Balik Kampung!

Assallamualaikum....

Sori lama xupdate blog ni.. Hadoiii makin busy bebenor gamaknya. Hehhehehe . Awal disember aritu sempatla aku balik kampung sat ( Penang) untuk hantar hero hensemku Adam . Almaklum la disember ni aku kan busy menguruskan hal ehwal ke Sabah pada 20 disember ni. Rasanya bole je aku jaga Adam, tapi kesian lak kat dia asyik terperuk je kat umah so aku bagi can la kat dia enjoy bersama tok , wan, mak usu dan unclenya di kampung. 

Ok! kali ni agak  berbeza sikit seperti sebelum-sebelum ni almaklumla mama fyda dan  Zariff ikut serta balik kampung kali ni. Tu pun lambat confirmkan ngan aku. Hehheheee Tapi best gak , ada gak yang sudi nak temankan waktu drive balik ke Melaka nanti. Thank you Mama Fyda...

Perjalanan pulang pun ok je. Takde la jem sangat. Suam-suam kuku je. Hehhehe. Hari pertama sampai fyda dan zarif dah dapat sesuaikan diri ngan family aku yang happening ni... aku yakin dorang pun xkekok untuk bersama family aku. ;) Sampai je , seperti biasa aku mesti syok shapdek kat kedai mak aku.. ikan Keli bakar la menjadi menu utama aku dan Adam... itu sudah semestinya. Zarif pun ikut join sekali ikan keli tu.. sedapkan Zarifff.. Hhehehhe. Sapa-sapa yang nak mai kedai mak aku bole try ke "Dataran Selera PERDA di Simpang Ampat" land Mark on GPS "Post Office Simpang Ampat, Pulau Pinang".  Petangnya aku bawak Zarif dan Fyda ke Pasar Malam Sungai Bakap.. Arghhh lama giler tak pergi sini.. I love all the food.. waktu ni aku sibuk nak makan fish ball goreng..jumpa je terus aku ngapp!  Wahh sedap! hilang kempunan... Hahahhahaha 

Ikan Keli Bakaq in The Making..hehhehehe


Hari Kedua ...
Planning kononya nak makan Mee Udang kat Pulau Aman tapi cuaca macam tak berapa cantik je.. So aku jenjalan je la kat Jeti Pulau Aman. Makan Mee kuah Ketam dan Laksa berserta ABC special di Food Court kat jeti tu. Tapi kalo nak lagi best korang makan la Mee udang kat Pulau Aman. Actually kat Pulau Aman ni la Mee udangnya yang paling sedap kat area rumah mak aku. Makan lak kat Restoren Terapung tu.. Lepas tu ditiup lak angin sepoi-sepoi bahasa. hadoiii yang ni aku kempunan ni..   Ok pada sapa yang nak pi makan kat Pulau Aman ni korang kena exit kat Tol Bukit Tambun/ Simpang Ampat .. Tak kira la korang dari island ( Penang) atau pun dari Ipoh/KL ( Selatan) . Pas tu keluar tol korang belok kanan.  terus ke Batu Kawan.. Kemudian cari signage berwarna coklat - Jeti Pulau Aman.  Sampai sana korang bole amik bot untuk ke Pulau Aman. Harga tiket aku dah lupa. Tiket perjalanan seawal 6 pagi hingga 7 petang disediakan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam sahaja menggunakan speed bot. Korang try la pi.. Confirm nak datang lagi. Bukan takat Mee udang je yang menjadi tarikan , Ia juga merupakan salah satu tempat picnic disamping menikmati keindahan Pulau itu sendiri.Keunikkan nya juga terletak pada persekitarannya. kebanyakkan rumah-rumah kat situ dapurnya terus ke laut... bukak pintu nampak ikan berenang-renang. syokkk kan..  lagi satu hanya motor , basikal dan stroller baby  je yang dibenarnya sebagai pengangkutan di Pulau ini. So kira kawasan bebas  asap  la. Hehhehehee... so kumpul duit dari sekarang ok.

 Lepak di Jeti Pulau Aman jap.. sambil klik klik..hehheehe


Fyda dan Zarifff yang enjoy menikmati keindahan ciptaan tuhan sambil dihembus oleh angin yang ala-ala sepoi bahasa, padahal kuat yang amat.. Nyaris aku tak melayang..hahahahahaha macam la aku ni kurus sangat kan kan kan..kikikiki :P

Cantikkkan.. Menanti Senja.. Berlatarkan Jambatan Pulau Pinang Kedua..

Hari Ketiga...
Hari terakhir aku di Penang sebelum berangkat ke Melaka. So awal-awal pagi lagi aku dah bergerak ke Penang ( seberang laut) bawak heroku, adik bongsu ku dan kawanku. Round-round cari pasal. Hahahahaa. takde la cari pasal.. Redah dan hentam cari yang best. Actually aku dapat info ada satu Muzium baru dibuka di Penang. Nama muzium tu "Made In Penang Interactive Museum" yang terletak Pengkalam Weld ( Terminal Feri) . Secara detail lokasi , harga tiket akan aku update pada entry yang lain ye. Takut tak terbaca korang bila aku ngomel kang.. Hehhee. Overoll muzium ni best la tapi xsebest muzium di I-City Shah Alam tu. Sebab lukisan ni macam printed kat kali tarpolin dan diframekan. Lighting pun tak berapa menawan. Tapi oklah.  Aku bagi 3.5/5 .

Kasi up sekeping gambar di Muzium Made in Penang, Interactive Museum.. Gambar yang lain-lain akan aku update di entry khas muzium ni ye.. 

Habis melawat museum tu aku ke Pesta Penang , Sungai Nibong Penang. .. lama sungguh aku tak ke Pesta Penang ni. Last aku pi hero2 aku masih dalam mood  sibuk nak beli mainan je.. Tu pun dalam 3 tahun yang lepas. Lama sungguh kan! So agak susahlah nak jalan sambil melayan kerenah dorang. Hehhehe tapi bila dah besar ni dorang makin ok.  So senang sikit mummynya meround dan menshopping. Pengsan! Tapi pergi Pesta Penang kali ni takde la shopping menghabiskan duit pun.. Cuci-cuci mata dan beli apa yang perlu ja. Untuk Adam dan Mak Usu aku bagi main kat fun fair tu. Tiga, empat round kasi naik.. Ok la Adam bole balik dengan senyum lebar. :D Tapi sakan jugak la kali ni round kat Pesta Penang ni.  sampai mak aku telefon bila nak balik.  Sabo je la. yelah dari pukul 6 sampai pukul 11 mlm. Bagi sapa yang nak pi, korang kena datang awal sebab parking cukup susah. Tiket Masuk RM 3 dewasa .. Kanak2 RM 1 ( ntah lupa aku berapa harga tiket ni.. Nanti aku update lagj) . Surau dan toilet juga disediakan.. So tak perlu risau-risau na. Oklah tulah serba sedikit entry balik kampung untuk kali ini. Next entry aku akan update secepat yang mungkin . Takut lupa almaklumla dah tua.. Hahhahahahaha

    
 Waktu ni kat dalam feri.. Suka tgk wajah-wajah hero-hero ni..syokk je..Padahal hampir 2 jam kitaorang kena beratur sebelum naik..punyalah ramai orang yang nak merasai naik feri ni..padahal dah ada dua jambatan pun.. Ah tak kisahlah yang penting semua enjoy.. hehehhe

 
      
  
 Gambar-gambar sekitar Taman Mini kat Pesta Penang ... 

 Kebetulan ada maskot lalu apalagi kitaorang posing la.. hehheheehe.. 
*Abaikan keserabutanku..hahahahaha



Post gambar terakhir..adalah wajah-wajah yang kucinta sebelum bertolak pulang ke Melaka.. Adam .. Mummy miss you so much.. huaaaaa 


Wassallam.. Thanks sebab sudi membaca ngomellan aku kali ni.

No comments:

Post a Comment