Tuesday, 23 April 2013

XPDC : GUNUNG ANGSI


Assalamualaikum....
Sebuah  pendakian yang tak dirancang... Kenapa xdirancang? ye la, last minit dapat jemputan... Siapa jemput..?

Taraaaaaa.... ni la orangnyer.. Pn.Fyda kita laa, yang berbaju oren tu...Aku katakan pendakian ini  pendakian yang tidak dirancang kerana , ye lah penat balik dari Sarawak pun xhabis lagi ni ada hati lak nak mendaki. Tapi bila Pn.Fyda kata dia nak naik tapi xde kawan aku naik la jugak. Bole jugak aku test stamina aku ni. kuat ker idak? Syukur Alhamdullillah Aku berjaya mendaki.

Serba sedikit info untuk XPDC ini... Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin.

Pendakian ini melibatkan merupakan melibatkan  Jabatan Muzium Negara, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan juga Perbadanan Muzium Melaka. Seramai 60 orang peserta yang terlibat dan Muzium Melaka menghantar 8 orang peserta termasuk aku la tu.

Kami bertolak dari Melaka lebih kurang pukul 6 .00 pagi dan sampai ke Gunung Angsi dalam jam 7.30 pagi. Sedikit senaman ringkas untuk melonggarkan apa2 otot2 yang patut agar tidak berlaku kekejangan sewaktu pendakian. Taklimat ringkas juga diberikan oleh Drs Samsudin dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan selaku tuan rumah. Pendakian dimulakan pada jam 9.00 pagi. 

Sebenarnya ini adalah pendakian aku yang kedua, kalo sebelum ni  aku hanya mendaki gunung2 yang comel jer tp xde semencabar ini..bagi aku lah.. Dengan trek-trek dia yang curam  sekejap, landai sekejap.. erghhh memang menguji ketahanan badan.  Ada jugak yang dah mula give up, tapi setelah diberi kata-kata semangat oleh yang lain-lain, perjalanan diteruskan jugak...



Sempat juga la kami berposing dilaluan yang agak landai sedikit , nak amik nafas dan feel sikit....Almaklum la , ini pendakian berkumpulan so kami kena tunggu kawan yang tertinggal dibelakang supaya yang lain tidak give up dan berputus asa. Ni la namanya semangat berkumpulan. Baru best!

Posing dan terus berposing .

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang  2 jam dan 45 minit.  Yeaaaa akhirnya kami berjaya sampai dipuncak setelah terdapat beberapa peristiwa lucu  berlaku. Contohnya kisah aku yang excited tengok orang belakang sehingga tak sedar aku telah terlanggar pokok..dumm benjol kepala mak.. hahhaha.. , kisah tentang Abang Sham hampir tergelincir tapi kamera aku yang diselamatkan dulu...takut kena beli baru la tu, dan lain-lain lagi la.. Anw best mendaki dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan. Tahniah buat semua.

yeaaaa... lompat jangan xlompat. Posing kami berakhir dipuncak. Bila dah turun semua malas dah nak posing sebab nak cepat-cepat jer sampai...

Bergambar bersama dengan peserta dari Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Sekian untuk entri kali ini .Wassallam...


Sunday, 21 April 2013

BIRD PARK MELAKA


Assallamualaikum.... 

.... Sebenarnya lately ni aku agak sibuk dengan keje..kononnyer la..hehehhe  meeting la, panjat gunung la... Sedikit sebanyak membuatkan aku rindu dan rasa serba salah pada hero2 ku ni... So nak bagi menghilangkan rasa bersalah  pada hero2 aku ni... Apalagi Taman Burung la jadi santapan kami sekeluarga berhujung minggu. Ikutkan hero2 aku ni dok umah is the best la.... Hadap games online, main basikal la , tolong aku mengemas la... Tp xpela tukar suasana sikit na... Kasi happening sikit.....

Taman Burung Melaka ini adalah yang terbesar di Asia membabitkan kos penubuhan RM1.6 juta adalah salah satu produk pelancongan terbaru Negeri Melaka. Terletak di Ayer Keroh Melaka bersebelahan dengan Taman Botanikal dan sehaluan ke Wonderland Melaka.  Menempatkan 550 ekor burung dari pelbagai spesis burung diantara burung kakak tua, burung nuri, merak dan bermacam-macam spesis yang lain. 


so ni harga tiket bagi yang teringin ke sana..

 Tiket Dewasa  : RM 10.00 ( Weekend, Public Holiday)
Tiket kanak-kanak : RM 7.50 ( Weekend, Public Holiday)
P/s : Untuk makluman tiada show burung yang diadakan ok... ( Maybe sebab masih baru, tp akan diupgrade sepertimana yang dimaklumkan oleh staff di kaunter tiket)

 Actually Taman Burung , bagi aku tidaklah sebesar dan seluas mana pun. Dari mula masuk dah boleh nampak dimana penghujungnya. Dari segi kemudahan terdapat beberapa wakaf untuk pelawat beristirehat dan juga tandas. Terdapat kemudahan lift dan juga tangga bagi pelawat yang ingin menikmati pemandangan  dari atas Dibahagian luar pulak terdapat cafe untuk bagi mereka melepaskan lapar dan dahaga. So terdapat beberapa keping gambar untuk santapan mata dan biarlah gambar yang menceritakan segala-galanya okay....




Adam : Abang burung apa tu..?
Abang : Burung Murai...
Adam : Abang burung apa tu..?
Abang : Burung Murai...
Adam : Abang burung apa tu..?
Abang : Burung Murai...


smile... 


opsss ni bukan spesis burung ea... ni la hero2 hensem2ku... bab posing no.1..


Ngappp....


Posing Time....



Mak aiii..Sombongnyer ko....





Keindahan Burung Merak...


hi...


Sekian untuk entri kali ini..Wassallam.....

Friday, 19 April 2013

MEETING I KUCHING, SARAWAK

Assalallamualaikum.....

Yeahhh Kuching here i come... Al kisahnya, rabu dan khamis yang lepas aku telah ditugaskan untuk menghadiri meeting di Jabatan Muzium Negeri Sarawak ... Meeting adalah bertujuan untuk membincangkan kerja-kerja persiapan pameran yang bakal diadakan pada 23 - 27 Mei 2013. Untuk makluman ianya adalah acara tahunan bagi semua muzium yang terdapat di Malaysia ni. So sempatlah aku berjalan-jalan sekitar Bandar Kuching tu... nak berjalan sakan xdapat la disebabkan oleh kesuntukan masa yang amat padat.

Hari pertama...
Flight bersama Malindo Air.... actually ni kali pertama aku terbang bersama Malindo Air... Keseluruhannya ok, cuma nak check in tu kena la pi kaunter sebab sistem check -in online  dan mobile online masih belum dilaksanakan.. xpela masih baru lagi kan.... Just pergi kaunter Row F untuk check in. Perjalanan dari KLIA ke Kuching cuma memakan masa hanya   satu jam lebih sedikit sahaja dari waktu tempoh waktu yang telah ditetapkan. so bole korang menempahkan perjalanan menggunakan Malindo Air, Tiket pergi balik hanya RM198.00 sahaja. Murahkan....

Dok tepi tingkap,  so sempat la aku amik pic sayap kapal ni...



Sandwich untuk kali ketiga aku makan sehingga pukul 1.00 tgh.. Kembung makkk.... ;) 

Melayan diri sebab kena pi meeting sorang-sorang. Xpe la bole belajar berdikari.... kata cita-cita nak round the world... hehhhehe

Aktiviti malam selepas habis mesyurat... Sempat la aku meround dengan kawan-kawan muzium lain memandangkan diorang pun menginap dihotel yang sama dengan aku. So ada la kawan nak berjalan..... Syukur Alhamdullilah... Kami berjalan  Hotel Merdeka Palace ke Waterfront. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit  berjalan kaki.


  Bot yang kami naiki untuk ke seberang untuk membeli kek lapis.... Hanya dengan kadar RM 0.50 seorang bagi waktu malam dan   siang RM 1.00 jer....

Ke Kedai Kek lapis Dayang Salhah...Terdapat lebih dari 50 jenis kek lapis yang terdapat disana. naik juling la mata nak memilih. Actually ada yang kata kek lapis Mira lagi sedap... bagi aku... kedua-duanya ada keistimewaannyer sendiri baik dari segi harga dan juga rasa . So bagi sesiapa yang nak beli kek lapis tu,  baik pi kedua-dua kedai itu sendiri. Rasa nak bandingkanlah ikut citarasa masing-masing yer... ( disetiap kedai disediakan kek-kek yang dipotong didalam saiz yang kecil untuk dirasa... kakak kedai tu xmarah pun kalo nak rasa...)

Kek Lapis pink.. sorila aku ni fanatik pink..hahahahhaa.....

 Mee kolok Goreng....

Bangunan Majlis Perbandaran Kuching, Sarawak... Kalo xsilap aku la ..hehhehe
Bersama-sama kawan-kawan dari Muzium PADAT dan juga Muzium PDRM.. Thanks la sebab sudi temankan aku ye... Niza, Kak Chik dan juga Comel....


Pemandangan Waterfront dimalam hari....



 Hari Kedua .....


 Santapan yang disediakan untuk mesyuarat untuk hari kedua.... Yeaaaa Mee Kolok Sup.... Yummy yummy... rasanya sama macam kita manggi sup wokey cuma sebutannyer jer yang lain...

 Dihadapan Muzium Sarawak...

Thanks sebab membaca entri kali ini... Adios dari Kuching Sarawak....




Sunday, 14 April 2013

DESIGN LOGO

Assallammualaikum..

Lately aku cukup bz yang teramat sgt.... bz dirumah dan juga di office... dan yang paling bz , adalah bz mencari idea tuk membuat logo yang satu ni...

Actually sebagai Freelancer Graphic Designer aku jarang mengambil job membuat logo.. tapi entah mengapa aku macam tertarik untuk menerima job ni, bukan sebab paymentnyer.. tapi disebabkan oleh aku yang dah lama xmembuat design logo dan bole jugak mencabar kepakaran ku membuat logo ni.  Aku diminta membuat logo berbentuk islamic, simple dan berimage korporat dan yang paling yang mencabar, setiap design diberikan masa tempoh sehari dua... cer korang bayangkan....

Dahla aku ni jarang buat design dalam bentuk khat, kena pulak keyboard jawi installer aku dah xbole guna.. Berposak la jugak nak buat design... nak kena menyambung dan menyambung satu huruf jawi ke satu huruf jawi yang lain...  dan paling bernasib baik ,kesihatan aku xbuat hal bila aku stayback sampai pagi... bertambah-tambah pulak semangat aku nak cari duit raya tuk tahun ni... kalo x , xberaya la aku dan anak-anak..hehehhe

Opsss berbalik pula pasal citer logo ni.... ok ..aku citer serba sedikit pasal cara-cara nak membuat logo ni....

Mula-mula kita perlulah ada software Adobe Illustator  CS 6 ( xkisahlah cs berapa sekali yang penting Adobe Ilustrator)  , then carilah  wording-wording yang sesuai dengan info logo yang diberi . Contohnya seperti dibawah ..


Setelah memilih logo yang sesuai, kenal pasti bahagian yang mana perlu dipotong atau pun diolah agar nampak lebih sesuai atau lebih tepat menampakkan keserasiannya. kemudian letakkan color yang sesuai..terpulang la nak letak gradient ataupun solid color. Terpulang kepada citerasa masing-masing.

 setelah itu olahlah wording-wording tu menjadi  semenarik yang mungkin dimata anda tu yer.....


Sebenarnya terdapat berbagai cara untuk menghasilkan logo-logo ini... Ada yang suka menggunakan objek sebagai menu utama dalam penghasilan logo. Terpulanglah... Memandangkan customer aku kali mahukan design berbentuk wording, so aku citer la yang berbentuk wording... nanti ada yang menempah berbentuk objek aku citerlah yang berbentuk objek yer... 

Anyway semua info mengenai step-step logo diatas adalah berpandukan pada laman web http://www.graphics.com ... Nanti korang try la review yer... So sebagai  penutup , aku kasi up sikit logo yang dah dibuat dan dah di reject berkali-kali . hahahaha..standard la, ingat senang ker nak jadi designer, reject mereject dah jadi permainan dalam dunia graphic ni.... so apa yang penting kita perlu mempertahan fakta bagi setiap design kita. Baru la ada mencabar jadi designer ni... ;) Actually semua client kita ni xsama citarasa dan  berlainan pendapat.. so kita buatlah yang terbaik ye..



Ni lah diantara contoh-contohnya.. yang lain xbole la upload... banyak nau... Xpe bagi sesiapa yang nak menempah logo ker, sticker ker, banner ker, apa-apa jer la pasal grafik bole la email terus kat ... julia_yana@yahoo.com... segala pertanyaan mengenai tempahan amat lah dialu-alukan..sekian adios dan terima kasih sebab sudi membaca...