Wednesday, 31 July 2013

Iklan oh! Iklan

Assallamualaikum....

Posa tak? hehehehehe...saja jer tanya mana la tau hampa tak posa. 

Anw kali ni saja nak up entry pasal iklan..ye lah setiap kali raya mesti akan muncul berbagai-bagai jenis iklan yang akan mencuit hati kita kan.. Tak kira yang sedih , kelakar atau gembira. Semuanya best! kan?! ... Ingat dulu waktu zaman study... Bila dapat assignment pasal buat iklan..kitaorg pasti akan refer pada iklan -iklan petronas...Ye la zaman dedulu iklan pertronas la yang pasal mengusik jiwa..bole meleleh ayaq mata baq hang.. lagi-lagi kalau melibatkan pengarah yang bernama Arwah Yasmin Ahmad dari syarikat Leo Burnett tu... haiii tangkap lentok you... 

Tapi zaman semakin berubah.. dunia semakin canggih...Banyak syarikat-syarikat pengiklanan  semakin kreatif menyusun story board menjadi satu jalan cerita yang menarik dan mendapat tempat dihati penonton termasuk la aku.... So jom kita preview iklan-iklan yang mencuit hati ni... Yang pasti setiap iklan-iklan ni haruslah kita hayati bersama akan  maksud yang tersirat dan tersurat . Bukan sekadar mengalirkan airmata kemudiannya  lupa ... so Wassallam..

P/S : Sediakan tisu sebelum menonton ok

Iklan Raya : Jahit 2013

Iklan Raya : 1998 Maafkanlah

Iklan Raya : 1997

Iklan Raya : Surat untuk ayah

Iklan Raya : Anak yang terlalu rindukan anak-anak 

Iklan Raya : Sayangi orang tua

Iklan  Raya : Burung murai

Iklan Raya Tale of 2 kampung

Iklan 2 orang budak tumpang lori

Iklan petronas 7 Beradik

Kisah iklan Petronas ..Anak balik beraya cari internet

Iklan raya cekodok monster



Tuesday, 30 July 2013

Disebalik cerita : Bangunan Stadhuys Melaka

Assallamualaikum...

Baru-baru ni aku tercari-cari info mengenai bangunan Stadhuys Melaka untuk dimasukkan dalam broucher yang aku sedang designkan. Maybe bole dishare sebagai santapan ilmu tambahan di bulan ramdhan ni...

Stadthuys dalam bahasa Belanda bermaksud ‘State House’ atau bangunan negeri. Ini kerana bangunan ini dibina khusus sebagai kediaman rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda di samping berperanan sebagai pusat pentadbiran koloni Belanda di Melaka. Stadhuys dibina sekitar tahun 1650an dan dikatakan bangunan Zaman Belanda yang tertua di sebelah Timur yang masih kekal. Walau pun Belanda mengambil alih pemerintahan Melaka dari Portugis pada tahun 1641, namun Belanda hanya membaikpulih struktur Portugis yang terselamat akibat pertempuran yang sangat panjang. 

Apabila kediaman rasmi Gabenor Belanda berpindah ke bangunan baru di belakang Stadhuys, kompleks ini kekal sebagai pusat pentadbiran Belanda. Malah peranannya kekal pada zaman Inggeris dan selepas kemerdekaan negara. Ia dikosongkan pada tahun 1979 apabila Kerajaan Negeri Melaka memulakan kerja-kerja baikpulih bangunan ini untuk dijadikan Muzium Sejarah Melaka.

"Di kalangan rakyat tempatan, Stadhuys lebih dikenali sebagai ‘Bangunan Merah’ kerana warnanya. Menurut cerita tempatan, warna asal bangunan putih ini ditukar merah oleh Inggeris kerana mahu menyelesaikan masalah kotoran dinding stadhuys yang sentiasa bertompok-tompok merah kerana tabiat orang-orang Melaka yang meludah air sireh di merata-rata tempat. Maka itu keseluruhan dinding luar Stadthuys yang merupakan bangunan utama di mana   penduduk berurusan, telah dicat warna ‘air sireh’ supaya kotoran tidak ketara "


 Rupa bentuk bangunan asal bangunan stadhuys yang berwarna putih

Justifikasi                      

Stadhuys merupakan struktur tertua Zaman Belanda yang masih kekal asli. Ia memberikan maklumat yang sangat penting kepada senibina awal koloni Belanda di Timur. Walau pun bangunan Belanda lebih banyak terdapat di lain-lain negara khususnya di Indonesia, kesemuanya telah mengalami banyak perubahan atau dibina semula.






Sumber : Jabatan Warisan Melaka & Perbadanan Muzium Melaka


Monday, 29 July 2013

My first day in this ramadhan

Assallamualaikum...

Alamak arini aku xbangun sahur ni semua gara-gara  tertidur kat sofa kat living room la, terjaga semula kul 4.30 pagi.. lepak balik kat bilik terus tertido sedar-sedar dah pukul 6 pagi.. huaaaaa azan subuh lenyappp.. haiii memang nak kena sungguh la aku ngan Adam ni jawabnya.. Yup! kul 6.30 pagi.. Tepat! 

Adam : Mummy,  kenapa tak kejut Adam bangun sahur .. dah pukul 6.30 pagi tau.. nampak, Mummy dah bangun tapi tak kejut..... (muka sedih jer) 

Mummy : Alamak sori la Adam, mummy penat sgt melayan kerenah adik smlm sampai tertidur tak sedar-sedar.. sori ea.. Nanti mummy belanja adik makan kat luar ea.. Sori (Sesungguhnya itulah janji tanpa dirancang , apa-apa pun janji tetap janji.. so kenalah dikotakan  wokey...)

Bila petang menjelma aku dah mula keletihan sebab seharian aku mengemas , mengalih dan mendeko balik susun atur rumah aku.. Alahaiiii penatnya.. So bila habaq mai kat Adam Mummy penat.. dia hanya memberi kata dua kat aku.. ( alahai anak aku dah pandai beri kata dua beri kat aku! tiga empat , lima xdak ka.. so layan jer la .. dah memang salah aku..)

Adam : Mummy nak makan Mc' D atau masak maggi sup... mummy pilih...?

( Dahla aku ni jenis ketegori xberapa suka anak aku makan maggi.. so nak buat macamana ikutkan jer la.. Mc D pun Mc D la syg .. so hancuslah diet aku!)

Mummy : Okay Adam  dengan syarat xnak macam-macam dan xnak order air gas okay..!

Adam : Okay mummy .. ( sambil peluk dan berkata sayang mummy ;) manja gitu bila permintaan berjaya...! 

Tepat jam 7.00ptg.. @Mc D
Semua mengambil tempat masing2 dan aku beratur mengambil pesanan.. Adam dan Mukhriz aku orderkan burger dan bubur ayam sorang satu... jgn terkejut herohero ku ni memang kategori  kuat makan.. tu pun aku rasa tak cukup.. hahhahaaha sampai jer order.. masing2 dengan berbesar hati mengambil straw, sos dan sebagainya... Baik sgttt... hehehhehe Mukhriz pulak ngan slumbernya menjilat sos , apalagi jerit tak jerit jugak la aku diatas ketelanjurannya.. Nasib baik aku cepat teguq kalo tak confirm habis semua... Mungkin dah jadi peel masing2 berkelakuan sebegitu rupa bila masuk Mc'D.. Adam pulak nyaris2 nak termakan fries... haiiii naik streess lak aku sbb kena more alert dengan tindakan dorang .. Yelah kiri dan kanan chinese family sedang enak menjamu makanan... So mereka mungkin terlupa sebentar yang sekarang ni bulan puasa.. 

So cara nak attract dorang supaya xterlampau focus pada makanan depan mata so aku ajaklah dorang  bermain ngan toys yang disisipkan bersama Set Happy meal tu.. Kalo xconfirm migrain aku nak hadap telatah dorang ni... hehhee

Yes! aku berjaya.. dorang leka sehinggalah waktu berbuka puasa..
 I'm the happy mummy !

Operasi Ngap ngap ngap bermula... ;)

Actually aku memang  akui jarang makan diluar sebab anak2 sudah terbiasa denga n air tangan ku ini.. Kalo beli pun jarang habis..tapi kalo masakan aku , insyallah mereka bisa membuat aku tersenyum :D. Syukur alhamdullilah,  lagipun dorang ni bukan jenis kategori yang cerewet.. so senang la .. apa aku masak semua selamat.. Tapi kekadang aku bawak jugak makan kat luar diatas sebab2 tertentu seperti reward atas sesuatu kejayaan atau aku mendapat2 apa2 imbuhan(freelance job) yang terjun dari langit.. hahhahahahahhaha xde la semua dari langit kadangkala ada gak yang terkuis ditanah.. hahahhaha bermadah pujangga la pulak .. :p annoying kan... kikikiki.. okay la entry gomelan merapu dari aku tuk aktiviti 19 ramadhan.. Epi ramadhan guys.. Wassallam


Our Small Family with the happy face!

Wednesday, 24 July 2013

Alamak Alien!

Assallamualaikum.....

Pagi -pagi ni seperti biasa aku akan check semua email2 dan dropbox aku... Hopefully xde la keje2 urgent yang akan mengugat pagi ku yang indah... Tapi tidak untuk pagi ni.... Hadoiii nyaris pengsan aku bila ada gambar alien dalam dropbox ( buat-buat pengsan jer la, kalo pengsan betuiii.... bole tumbang yang mengangkat aku yg tomei-tomei ni..hahahaha)... Setelah ku renung, ku tatap.... Hadoiiii...










So korang kenai alien ni??? huh sadis tgk...

Sapa lagi kalo bukan Adam Hakimi dan Mia. Aku rasa ni la aktiviti  Adam sewaktu lepas berbuka posa semalam .  Dapat lak geng ngan Si Mia, rakan sepermainannya sejak kecik lagi tapi jarang jumpa. Dua2 lak specky... Ngam sungguh la , walaupun kejap baik, kejap gaduhhhh...Haiii la anak... Hero aku sorang ni memang aktif memanjang, idea pun canggih manggih.. Tapi manja oooomakkaiiiiii... Halussssss.... Tapi gelagat ni betui2 mencuit hati aku... ! 

Wassallam 

Aktiviti Ramadhan : Kelas Gubahan Bunga (Part 2)

Assallamualaikum....

Ahad . Hari kedua kelas gubahan bunga...Modul arini berkaitan gubahan yang berbentuk (S). Tak sangka pun kan , nak gubah bunga ni mcm2 design ada... ingat design ni asal bole dan cantik jer..Kelas bermula pukul 9.00 pagi, tapi cikgu dah warning siap-siap kul 8.45 pagi semua mesti dah kena ada... Dah la cikgu tu garang..takut makkk... hahahahaha


Cer tengok ..cer tengok.. semua muka excited jer nak gubah bunga, ye lah dah nama nak raya..semua rumah nak dihias cantik..xgitu..

Kali ni aku bawak pasu sendiri... Malas nak beli pasu yang cikgu jual  tu sebab ianya tak memenuhi piawaian aku yang cerewet ni (ada disediakan juga pasu plastik tapi kalau xnak bole dibeli). Lagipun pasu kat umah aku ni banyak,  yang dihadiahkan orang, diberi, dibuat sendiri dan mcm-macam la pasu kt umah ni . Tinggi , rendah, lonjong..semua ada..tapi xde la semuanya aku nak gubah... Cuma aku ubah suaikan kegunaannya seperti menjadikan ianya sebagai tempat letak perkakas Alat tulis /mewarna)  persekolahan anak-anakku  dan berbagai-bagai lagilah kegunaannya... 



Ni la bunga yang aku gubah untuk hari kedua... Mula-mula cucukkan bunga yang berwarna kuning tu satu keatas dan satu kebawah, Bentukkan bunga itu seolah berbentuk S, So lembutkanlah tangan anda sebaik mungkin wokey, kembangkan dia dibahagian hadapan dan belakang, supaya ianya terletak cantik dan kestabilannya jelas kelihatan ( Eh! betui ka ayat aku ni..hentam la labu) ..kikiki  .Lepas tu letakkan 4 kuntum bunga (warna pink tu) Susun kan ia mengikut tinggi rendah yang sedap mata memandang, tapi xmo tinggi sangat na...  so taraaaa.. dah siap.. sonangkan... Tu untuk yang basic la tapi bole tambah bunga seperti orkid dan ranting-ranting kayu dibahagian belakang bagi menampakkan penegasannya , kelainan dan kekontraan tinggi rendahnya.hahahahaha.. hancuq betui ayat aku..tapi xpelah asal hampa paham.. sudah la na..hehehehehehe tapi kalo hampa xpaham jugak... nanti aku buat kelas gubah bunga ea...hehehehe


Seeee.... Cikgu kitaorang tuk dok pulun mengajaq cara-cara menambah bunga  supaya nampak menarik, tertarik ko memang debom!!..eh eh eh...  Cikgu Wan banyak menggunakan bunga yang tinggi untuk diletakan dibahagian belakang bunga basic dan ranting kayu untuk menyerlahkan ketrampilan bunga tu... aichewaaahhhhh... kalo Cikgu Wan baca, confirm lepas ni dia akan cakap lepas ni awak yer la yang ngajaq saya lak , saya lak jadi student awak..hahahahahaha..


Jeng jeng jeng..diantara gubahan bunga yang dipersembah oleh para peserta sekelian.. Ohsem kan.. Walau hakikat aku xberapa minat bunga-bunga lagu ni... tapi okaylah so lepas ni xyah teman mama aku pi beli bunga lagi... Lepas ni ngan eksennya  bole aku cakap ngan mama.. " Nanti Along gubah bunga tuk mama eaaa.. Free of charge " ... Aichewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh hahahahahahaa Poyos! erkkkkk

Diantara peserta-peserta yang ikut serta. Semua nya dari taman aku. Jiran depan belakang umah  aku jerr....Kitaorang ber kelas pun hanya beralas tikaq plastik ja... Ala xkisah la, kalo kelas canggih tapi cikgu dan peserta lemau pun xguna jugakkan kan. Lagipun surau ni dekat , depan umah jerrr... ... Jalan kaki jer dah sampai..Save minyak kete ai.. uiitt kedekut kan aku... kah kah kah kah

Gubahan bunga peserta yang telah siap.. Cantik kan... So sapa cakap mak cik2 xreti gubah bunga.. korang pun belum tentu bole buat... termasukk la yang menaip ni...hehhee

Bergambar kenangan bersama bunga-bunga yang telah digubah. Kelas tamat dalam pukul 1.00 tengahari... 

Ni la gubahan bunga aku pada hari pertama.. Cantik x? Mestilah cantikk kan.. Oh! my...  pasannya aku! hahahha

Ni bunga yang aku gubah tuk hari kedua.... Simple je kan...

Ni bunga yang aku telah ubah rupa bentuknya  pabila menjejak kaki kerumah ..bunga -bunga tu tambahan tu aku cilok dari pasu bunga rumah aku kat dapur ngan living room... cantik tak? 

So lepas ni korang bole mencuba membuat gubahan dengan sedikit info yang telah aku berikan.. Tapi kalo korang rasa-rasa dua tiga kali buat xmenjadi jugak... korang bole email kat i tempahan bunga ..hahhahaha tapi serius ni tau.... Bole gak aku buat side income tuk raya ni..hehehehehehehe... Oklah selamat mencuba yerrrr..... Wassallam...

Tuesday, 23 July 2013

Aktiviti Ramadhan : Kelas Gubahan Bunga (Part 1)

Assallamualaikum....

Sabtu datang lagi... bangun pagi ni aku hanya jogging ala2 manja dikawasan rumah aku sambil temani oleh bonzer tetapku.. Adam Mukhriz... syok la jugak jogging pagi2 ni.. xla crowded sangat... udara pun nyaman... ( ni sebelum jerebu melanda la..) 

8.30 pagi...Aku difahamkan ada kelas gubahan bunga oleh jiran sebelah rumahku di Surau taman aku.. (depan rumah jerr) . Apalagi agak excited jugak aku nk join..  nak kata suka sgt xla jugak.. tapi aku suka pada benda- benda yang bole mencabar creativity aku selain bidang keje aku sendiri. Aku kan nak jadi Super Women.. hehehhhehehe ( Super Women la sgt!!! try bagi buku lejer ker, buku sejarah ker?!  .. huh! mati katak aku!...kikikiki) Tapi sebab aku register awal2, aku harus tgk pada kehadiran yang hadir tuk kelas aritu.. kalau xcukup org baru aku bole ikut serta.

Syukur Alhamdulilah aku dapat turut serta. Ini kerana ada peserta yang mendaftar tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tertentu. Dapat gak tambah ilmu dlm bulan yg mulia ni. 15 orang peserta kesemuanya. Majoritinya semua mak cik2 sekitar kawasan taman aku.., hehehehe . Hahahahaha so mak cik2 la i arini.. kikikiki .. Ada aku kesah?!!! yang penting ilmu.. ;)

Guru bagi Kelas ni adalah Encik Ridwan dari Kolej Giat Mara Jalan Hang Tuah dan Alor Gajah. Hambik ko.. Cikgu beboboi ajaq i mengubah.. nasib baik x ya awwww .. #tangankatbahumatakeatas.. kikiki...
Semua bahan-bahan disediakan termasuklah gunting, playar, rumput, pasu dan jugak bunga.. I hanya bawak badan sahaja ., hokeyyy... Kelas pertama kitaorg diajar mengubah bunga dalam bentuk L... Oooo baru aku tau.. selama ni aku hentam jer.. yg aku tau gubah style britsh style ( bulat) dan pakai campak jer.. kikiki. So la ni aku dah berpengetahuan la bab mengubah bunga. Xde la terror nau. I kan newbie!! .. Kikikikiki....

Lai lai lai... Saya menerima tempahan untuk gubahan bunga tuk raya tahun ni.. Harga baikkk punya! hahhahaha. Very Over!

Apalagi jom cuci mata menyaksikan mak cik2 ( termasuk aku.. ) mengubah bunga pada hari pertama...Esok ada lagi...kita update yang ni dulu wokey...

Cuba  korang tgk.. Adam dan Mukhriz pun lorat nak ikut serta.. katanya gubah sama... Adam ok lagi, Mukhriz more excited... ! nak belajar.. nak belajar.. haippp mummy sorang udah lerrr...

Ni cikgu Riduwan... or u can call me En. Wan wokey.. not so auww auww.. very street dan fussy..omaigodd 

Ni cara -cara nak masukkan span dan rumput dengan cara yang betui.. kena padatkan span tu.. rumput lak xbole lelebih nanti susah nak cucuk bunga..


Taraaaa ... Bunga aku yang dah siap digubah dengan bantuan cikgu... Cantik x ? cantikk kan.. oh my! very the perasan dan perasaan .. hahhahahahha..

Next entry coming soon wokeyhh.. Adios and Wassallam

Thursday, 18 July 2013

Misteri Surat Layang

Assallamualaikum...

Misteri surat layang....! haiyaaaa dah lama aku xdapat surat layang ni. Zaman sekolah dulu ada la jugak... terjumpa kat dalam buku text ... berkali-kali lah jugak.. siap berantai lagi... hahhhhaha siap aku tak nak keluar waktu rehat sebab nak jumpa siapa penghantar surat layang tu... aku dapat dua secret admirer yang berbeza .. yang satu dah munculkan diri lepas habis SPM.. yang satu lagi hilang tanpa khabar berita... maybe dah dapat secret admirer yang baru kot... aku dilupakan ... sob sob sob.. eeeeee very the gediks!

Ni semalam pulak.. bila aku bukak peti surat Unit aku terpampang sekeping surat berstapler , pakai kertas belang-belang lagi la tu.. koyak dari buku nota prudential lak tu... ishhhh xkelas u.. lain kali pakai la kertas wangi.. pas tu masukkan la bedak baby johnson &johnson.. baru kelasss !! hahahhahahahaha



So kejapan kecoh la kejap kat admin tu.. semua mula berwasangka yang bukan-bukan... siap tulis lagi... " Besday i xnak wish ker?" apalagi dok pulun la kami dok bukak fb check update birthday sapa arini.. xde lak besday budak opisss... huh stressss seketika... sapa lak nak kaco hidup aku ni...  Dah xsanggup rasanya nak ulang alik kat balai polis atas kes-kes gangguan sebelum ni...

Tiba -tiba ..... jeng jeng jeng

aku dapat notification kat fb... hamik ko! 


dan xlupa pada WhatsApp jugak... 



hahhahaha begongkan! so untuk ramadhan yang mulia ni .. nak mintak la maap sebab dh terkutuk umat- umat yang tak terlibat dalam kes ni. Maaf dipinta yerrr... sob sob sob... lain kali xbuat lagi dah na...

To kak Ina ... Selamat Panjang Umur.. dimurahkan rezeki , senyum sokmo, bahagia selalu... lain kali xmo buat suprise-suprise lagi na.. Sentap seketika jiwa raga i wokey.. Hadiah???  baru smlm i beli tabung.. dah penuh nanti , i bungkus cantik2 , letak reben warna pink  nanti i  letak depan rumah u yerrr... hehhehhhehee


HERITAGE TRAIL : IPOH, KUALA KANGSAR & PENANG


Assallamualaikum...

Lawatan ini adalah anjuran Persatuan Sahabat Muzium Melaka.Persatuan ini ditubuhakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan  dan kerjasama antara institusi Muzium Melaka dan masyarakat setempat. Disamping itu juga ianya dapat memberikan alternatif kepada orang ramai untuk memenuhi masa lapang yang bermanfaat Persatuan juga ada menyediakan ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang pemuziuman dan pemuliharaan warisan budaya.Selain mewujudkan satu kumpulan sokongan di dalam pelaksanaan aktiviti muzium.

Objektif lawatan Heritage Trail ke Ipoh, Kuala Kangsar dan Penang ini adalah salah satu langkah untuk memberikan  kefahaman dan kesedaran kepada ahli-ahli Persatuan Sahabat Muzium Melaka serta orang ramai kepentingan warisan sejarah negeri lain selain dari negeri sendiri. Ianya juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai betapa pentingnya "built  heritage" dalam kehidupan kita seharian. Selain itu juga secara tidak langsung dapat mempromosikan pendidikan sejarah bagi meningkatkan pemahaman warisan "built heritage" sebagai ungkapan sejarah dan identiti kita.Ia juga dapat membina keahlian yang matang pemikiran dan komited dalam  "Built Heritage". Dan yang paling penting dapat mengeratkan silatulrahim diantara ahli dan serta bukan ahli agar lebih  meminati sejarah dan warisan negara kita.
    
Pihak Persatuan lawatan juga mensasarkan kepada Ahli Persatuan Sahabat Muzium Melaka, Bukan Ahli saperti Pemandu Pelancong, pengusaha syarikat Pelancongan dan pada mereka yang cintakan warisan.  (Termasuklah pelajar-pelajar didalam bidang senibina, photografer dan lain-lain lagi

Tarikh lawatan : 25hb - 27hb October, 2013.

Destinasi yang dituju dan kenapa ? 

 Ipoh Perak - Ipoh Heritage Walk.
Bandar Ipoh dibina kerana industri bijeh timah. Semasa orang British kuasai ekonomi di Perak banyak bangunan colonial telah dibina di Bandar Ipoh. Hingga sekarang bangunan tersebut masih digunakan.

 Pulau Pinang - George Town Heritage Walk.
George Town adalah contoh terbaik sebagai bandar perdagangan pelbagai budaya dan ia juga mencerminkan pertemuan unsur-unsur budaya dari kepulauan Melayu, Cina dan Eropah yang  mencipta satu budaya, senibina dan townskap yang tersendiri, yang tiada tandingnya dimana-mana, baik di Asia mahupun Asia Tenggara, khususnya suatu julat rumah kedai dan rumah bandar yang tersendiri senibinanya.

 Kuala Kangsar, Perak
Kuala Kangsar adalah bandar di Raja Perak dan bandar ini merupakan tempat yang terbaik untuk mempelajari mengenai sejarah kesultanan Melayu.

Yuran Penyertaan : 

RM250.00 untuk ahli  &  RM 300.00 untuk bukan ahli.

Cara Penyampaian Jejak Warisan

Secara berjalan dengan pemandu pelancong. Untuk berkesanan penyampaian maklumat, antara 10 - 15 peserta akan diketuai oleh seorang pemandu pelancong tempatan.

      " Warisan adalah pusaka kita dari masa lampau, kehidupan kita hari ini dan apa yang kita akan tinggalkan kepada generasi akan datang. Dengan memahami warisan dari tiga tempat, Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, sangat diharapkan peserta pada akhir perjalanan menghargai warisan negara kita " 

Untuk maklumat lanjut boleh terus email kepada saya : julia_yana@yahoo.com


Menu Berbuka : Hari kelima Ramadhan


Assallammualaikum.....

Dah masuk hari kelima berbuka puasa.... Aku masih seperti ini dan begini...aichewahhhhh...masak la! Simple-simple sudahhh.. Yang penting air tangan ku untuk anak-anak. Tak perlu penuh meja tapi makan hanya satu dua hidangan.... Very membazir kan...Tu la azam aku mejelang ramadhan tahun ni, nak besederhana sebaik yang mungkin dalam segala segi ...Insyallah 

Jeng Jeng Jeng...... Ni la menu aku ....simple kan?! Tak glamour xpe yang penting sedap..eh eh sedap ker?! hahahhahaha

sayuq campoq...

Bubuq lambuk .. Ni kawan Adam yang kasi, namanya Firman..Katanya pihak surau taman aku  dan emaknya  yang suruh agihkan.  Syukur Alhamdullilah

Ayam Masak Black Pepper... Feberet hero2 ku... Makan sekali pasti nak lagi... Hahahhaaha
Sila Sentap ?!!

Bahan-bahannya
Ayam ( ikut suka hati hampa la... Ikut berapa orang yang nak ngap)
Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Black paper
Cili Api
Sos Tiram
Kicap cap kipas udang
Bawang Besar
Garam secukup rasa

Cara memasaknya 
Goreng Ayam dahulu separa masak kemudian asingkan
Bawang merah, putih , halia, black pepper dikisar mesra... 
Tumis semua bahan yang dikisar.
Masukkan ayam yang telah digoreng separa masak, kemudian masukkan sos tiram dan kicap... Kacau hingga sebati. Masukkan air satu cawan...   Tutup kuali, renek sehingga ayam empuk dan masak. Setelah separa kering airnya . Masukkan bawang besar  dan cili merah yang telah dihiris...

Ok sedia untuk dihidangkan... Yum yum yum...


Model Ayam masak black pepper

Dessert ( dessert la sgt) .. Cekodok pisang... Sori cekodok pisang terlebih ayaq.. Hahahahani semua kes kelam kabut nak berbuka la.. Hahahahaha... Biar rupa xcantik, yang penting rasa melampaui batas! Hahahahha  (Pasan  xhenggat!!! ) 


Ok lah dah penat membebel.. Selamat berbuka puasa yer kengkawan.. Dan jangan membazir na...
Wassallam

Monday, 15 July 2013

Lawatan Ramadhan : Zoo Melaka


Assalammualaikum...

Zoo...? hahahahaha.. teruja tak? teruja tak? mesti teruja kan...(perasan!) yelah mana pernah dibuat orang bulan ramadhan yang mulia ni dok layan pi Zoo kan... Hampa Mesti sibuk dok cari resepi berbuka puasa ker ? , dok shopping baju raya kat Mall ker? .. tapi aku? hambik ko pi Zoo... hahhahaa.. ko hader?

Actually aktiviti ni memang la xdirancang , seperti biasa aku lebih suka memerap kat rumah, duduk kat bilik workstation aku, pi jogging ( waktu bulan tak puasa la), kalau jalan-jalan pun bila rasa macam dah lama nau aku tak bawak hero-hero pi jenjalan. Lagipun kali ni  pi zoo ni pun berpunca dari keaktifan hero-hero yang keterlampauan semenjak dua menjak bila menjelang puasa ni . Orang puasa relax-relax , cool dan steady jerrr, ni tak ke hulu ke hilir, main games, main boxing, main basikal..hamik kooo... so aku terpaksa cari idea agar mereka penat! kejam tak? kejam tak? mummy lain sibuk nak anak cergas, aku nak anak dok diam... hahahahahaa....  Bayangkan la kalo lepas sahur tu operasi depa bermula, jiran-jiran aku mesti cakap 5 pagi mesti macam dah 5 petang.. muamuamuahahahhahaa.....

Idea yang terbaik .. Zoo Melaka la.. Kawasan luas, berlari bole, menjerit bole... kikiki... show haiwan-haiwan di zoo pun ader... Mummy mesti happy....kan kan... Aku dan hero-hero adalah pelawat yang pertama yang mengunjung zoo pada hari ahad tu... hahahaha... Sungguh teruja kan nak berjumpa kawan-kawan lama.....kikikiki

Zoo Melaka dibuka  : 9.00 pagi hingga 5 petang

Harga tiket adalah seperti dibawah :



Mula-mula sampai jer aku dah nampak Cik Nyet sedang merembat jagung-jagung kepunyaan Cik Parrot ni...Apalagi dok riuh la depa geng Cik Parrot ... Ketaq lutut gak.. Yelah macam-macam kemungkinan bole terjadi bila makanan diambil orang... Ye tak? Tapi syukur Alhamdullilah tak de apa-apa pun yang berlaku.
Cer tengak aksi Cik Nyet me 'ngap'  jagung-jagung yang telah dirembat. Asyik Betui! Xbaik tau bulan puasa mencuri.. Haippp mummy rotan kang....!

Hey...! what are you doing? Please don't disturb me...muamuahahahh 
Ada aku kesah?!

Chakkkkkkkkkkkkkkkkkk....



Telatah hero-hero ku , nampak jer  brutal tapi ..... Alahaiii kecikknya jiwa... Kikikiki. Muka masing-masing nampak mancho gitu... Tapi bab berpimpin dan berpelukkan  dorang la nombor satu. Alahai makan hati la bakal-bakal menantu  aku nanti...  Eh!  ada ker nak ?! ;) Kui kui kui






Saya penat puasa la... Jangan la kacau... Hadoiii berat!! haiwan lain pun posa gak tapi agak-agak la.. Hhahhahaha ... Eh ko posa ker?! ;)

Harimau jadian sebelum dan selepas... aummmmmmmmm

En. Tiger sedang merenung masa depan... Hehehheehe


Di antara gambar-gambar yang sempat aku tembak. Maaf ler gambar tak cun mana pun almaklum la pakai kit lens jerrr.... Huaaa ada sapa-sapa nak sumbangkan lens tuk aku ..;)) Anw show ni dilakukan pada jam 11 pagi dan 4 petang.....  tapi yang aku pi ni kul 11 pagi. Antara show yang di persembahkan orang Hutan, helang, merpati, itik dan lain-lain lagi.  Kira enjoy la jugak bagi aku yang berpuluh-puluh kali pi.. Hehhhehe

 Hahhahahahhaha.. bergambar bersama adik-adik ...  Adik-Adik la sgt! 
# tangankatbahumatakeatas

Kiri : Tikus gigi merah.. Susah nau nak amik pic dia... Ke hulu ke hilir... Haiyaaa dok diam2 xleh kerrr...
Kanan : Hero's berposing kat Souveniar Shop. kitaorang xbeli apa pun sebab dah selalu sgt pi. Hehhehehehe

Anw ada gak beberapa benda yang mendukacitakan aku.. Especially byk sangkar2 yang kosong, Taman safari pun ditutup, tandas kotor ( Especially bersebelahan kawasan tiger tu, tandas yang lain aku xpasti la, xsempat nak check)  serta dahan-dahan yang tumbang!  Maaflah  mungkin disebabkan oleh bulan puasa kerja-kerja  penyelengaraan dan pembersihan  tak dapat dijalankan tapi janganlah pulak di hari  cuti hujung minggu..I Sebab hujung minggu la jumlah pelawat meningkat. ni diakui sendiri oleh seorang pelawat berbangsa cina yang datang dari Johor Bahru...  Sedangkan tiket  semakin naik harganya. So moga lepas ni segala benda- benda  yang terdapat didalam zoo ini  dipantau dengan lebih baik lagi. Ini kerana Zoo Melaka merupakan salah satu produk pelancongan yang  masih menjadi sambutan hangat oleh pelancong-pelancong luar... Sekian Wassalamm