Thursday, 22 August 2013

My Heritage Learning Curve : Muzium Penjara Banda Hilir Melaka

Assallamualaikum....

Muzium Penjara Banda Hilir....Mesti rasa korang nak tanya seram tak masuk muzium penjara ni..? hhhehehehehe ada la sikit-sikit. Tapi kalau masuk beramai-ramai bole dikategorikan ala-ala suam-suam kuku la seram dia..hahahahhaa. 

Actually ini merupakan lawatan yang telah dikelolakan oleh Persatuan Sahabat Muzium Melaka dan kerjasama oleh Jabatan Muzium Penjara Malaysia di Melaka. Setiap lawatan adalah terhad kepada 20 orang  agar setiap maklumat yang diberi dapat diserapkan dengan baik.So beruntungkan siapa yang dapat mengikuti setiap lawatan ni. Dan yang paling beruntung lawatan kali ini merupakan ke Muzium Penjara Banda Hilir yang masih belum dibuka kepada orang awam khususnya serta harga tiket pun masih dalam kelulusan pihak atasan.

Serba sedikit mengenai bangunan muzium ini. Ianya merupakan penjara kedua yang tertua terdapat di Malaysia. Dibina di Zaman pemeritahan British yang menempatkan pesalah jenayah dan penentang kerajaan. Berkeluasan 11 801 meter persegi. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kuater untuk kakitangan penjara dan penjara yang berkeluasan 260 kaki x 230 kaki meter persegi. Dibina pada tahun 1860 oleh Kolonel Cavenagh Gavenor kemudiannya telah ditukar kepada Sekolah Henry Gurney kedua Banda Hilir dan telah dibuka pada 15 May 1950 oleh Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (KCMG) iatu British High Commissioner of Malaya). Pada tahun 1990 ianya telah ditadbir oleh " Borstal Instituions" yang mengawal watak dan tanggungjawab penghuni itu dengan displin dan undang-undang yang ketat. Institut telah diubah semula kepada status penjara pada tahun 11 Jun 1990 dan penghuninya telah pindahkan ke Sekolah Henry Gurney Teluk Mas Melaka  seramai 52 orang . Pada tahun 27 ogos 2010 , Jabatan Muzium Penjara Malaysia telah meluluskan sebanyak 1.5 million bagi kerja-kerja menaiktaraf penjara dan pada 25 Jun 2010 semua banduan/ pesalah jenayah  yang ditempatkan disitu  telah dipindahkan ke Penjara Baru Sungai Udang Melaka , amsjid Tanah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja naik taraf sebagai Muzium Penjara yang pertama di Malaysia.

Hah! hamik kau.. penat mentranslate serba sedikit info mengenai Muzium Penjara Banda Hilir ni.  Sekurang-kurangnya dapatlah serba -sedikit info hasil bacaan aku dari broucher Muzium Penjara ni ye.


So dimulakan lawatan dengan posing dari aku ea... Sila pejam mata bila scroll pic-pic ni yer.... hahaha. Barulah ada feel nak menaip walaupun korang akan muntah darah bila tengok pic aku yang berserabut ni..hehehe


Gambar 1 : Merupakan ruang bagi penghuni penjara bertemu dengan pelawat.
Gambar 2 : Merupakan buku Log bagi pesalah-pesalah jenayah  yang meletakkan maklumat pesalah ( semuanya menggunakan  tulisan "Free hand" yang amat cantik sekali.
Gambar 3 : Antara kamera yang digunakan untuk mengambil gambar-gambar pesalah pada tahun 1960-an
Gambar 4 : Diantara alat-alat muzik yang digunakan oleh kakitangan penjara/ pesalah  untuk program -program penjara.





Peralatan Sajian Makanan Tahanan era 1960-an

Diantara gambar-gambar sekitar Muzium Penjara

Sebenarnya agak takut untuk bergambar didalm jail ni... sunyi dan sepi  dengan suasana yang agak sayu dan tertutup dek tembok/dinding konkrit yang amat kekurangan tingkap bagi sumber pencahayaan. Bayangkan aku baru sehari...belum berhari-hari, berbulan-bulan , bertahun-tahun.. huhuhuhu...

Dicelah-celah tembok kelihatan kuaters  kakitangan penjara yang telah ditinggalkan.

Tingkap jail


Semua peserta lawatan sedang mendengar taklimat dari Pengarah Muzium Penjara , Tuan Mohammad.

Memerhati dan mengklasifikasikan apa yang dilihat. Kemudian menilai dengan mata hati.

Gari lama yang telah digunakan di Penjara Kedondong pada tahun 1950-an

Serpihan batu-bata asal dari Penjara Pudu yang telah dirobohkan

Pintu Besi! Sanggupkah anda/?

Block C

Dari tingkat atas ke tingkat bawah.

Pengetuk pintu berwajah singa ( Asal bukan replika ) yang telah digunakan di Pokok Sena , Kedah.

Meninjau lagi...

Diantara barang-barang larangan penjara.

Sesi penyampaian cenderahati dari Persatuan Sahabat Muzium Melaka kepada Pengarah Muzium Penjara.


Semua peserta bergambar dihadapan Muzium Penjara Banda Hilir Melaka, Muzium penjara pertama di Malaysia.
Diantara cenderamata yang terdapat  di Souveniar Shop  Muzium penjara.

Sekian untuk entry kali ini. Thanks...

Wednesday, 21 August 2013

Perasaan

Eh.. Eh..
*Aku menangis... *
aku menangis .. masih berperasaan rupanya aku..!
Ingat Aku kebal.. bila kena marah aku diam...
Aku cakap Sori !
Baru aku sedar.. aku ada perasaan...
Aku ingt teman aku hanya hilai tawa dan gurau senda sahaja...

Sentap
Memang aku sentap..
Aku ingat aku disayangi.. Tapi hanya kau yang mengetahui... 
Tapi aku akur! Memang lumrah aku...

Itulah aku seadaanya...
Mohon dipinta memahami.. 
Sedangkan...?!
Pahamikah dia pada diriku...

Mungkin!
Dia lupa .. Aku ni manusia berperasaan...
Pinta disayangi.. dipinta diberi kasih sayang.. Pinta perhatian... Pinta sekelumit cinta yg dulu tebal.. kini mungkin?! ...... semata... Takpe.. Itu mungkin bahagia buat aku...

Telan sahaja apa adanya...
Mungkin itu bahagia yang aku cari

.... 

Senyum
Teruskan bergelak ketawa
Andaikan tiada airmata yang pernah menitik!
Bahagia!

Ingat!
Tak semua dapat rezeki bahagia..
hati kita...
Reti la kita pujuk...
hati orang..?


* Aku terima segala kekuranganmu walaupun kau tak sanggup menerima segala kekuranganku...

Monday, 12 August 2013

Travel Raya : Johor dan Melaka


Assallamualaikum...

Akhirnya , aku berjaya menjejakkan kaki di tempat aku dibesarkan ..terasa bahagia sekali... Last sekali aku datang ke sini sewaktu aku bekerja kat Kluang Johor.... lebih dari 10 tahun yang lepas... tapi berbeza  untuk kehadiran aku kali ni... Bukan hadir untuk bekerja tapi beraya bersama keluarga tercinta Best wooo... ! Sambil mengimbau sejarah lama dan makan kuih raya.. Feelnya berbeza sungguh....Syukur Alhamdullilah

Ni dihadapan sekolah rendahku.. Sek.Kebangsaan Perempuan Bandar Kluang Johor... Kali ni datang posing dengan Spider Man dan Incredible Hulk... eh bukan.. ngan anak-anak la ..Kimi dan Mukhriz.... 

We are here...!

Disini kami beraya bersama dengan Jiran-jiran lama yang banyak membantu dalam tumbesaran aku, yelah naik merajuk-rajuk aku dibuatnya  bila keluarga aku  memutuskan untuk berpindah ke Penang tahun 1995 dahulu.. Yelah kena tinggalkan kawan-kawan, sekolah , tempat permainan , jiran-jiran , adik angkat kesayangan aku.... Yelah disini lah aku dibesarkan dan juga mendapat pendidikan awal . Terlampau banyak memori pahit dan manis yang kutinggalkan disini...huhuhu sedih wooo sob sob sob....

Dahla tak mau sedih-sedih... habis Kluang aku beraya di Melaka... Rumah ku , tempatku mencari rezeki... Kat rumah aku takde la apa-apa sangat.. kuih raya pun tak sempat nak diisi ke dalam balang , sebab tiap-tiap tahun istilah raya hanya di Penang, merayakannya bersama keluarga, kalau tak dapat balik jugak.. aku tak raya lah. Begitu jugalah situasinya dengan anak-anak aku... Memandangkan aku pun tiada siapa-siapa disini melainkan saudara mara melainkan belah daddy Kimi dan Mukhriz so aku putuskan membawa dorang round-round sekitar bandar Melaka jer ..... Lagipun family aku tak boleh lelama sangat kat Melaka ni sebab esoknya abah ada hal yang tak dapat dielakkan ..So Travel Raya ni berakhir di Melaka. Tempat lahir Kimi dan Mukhriz...Sob sob bila mak abah nak balik... mama abah bila nak mai Melaka lagi...? Kitaorang rindu! huaaaaa 

Bawa abah ngan mama makan Asam pedas Melaka... yum yum yum

Masa untuk merehatkan diri termasuk lah budak tukang sibuk dua orang tu.. Doranglah yang paling sakan bermassage..... haiyaaaa tak padan ngan budak-budak, mak budak pun tak massage tau.. eeeeeee . So hope korang enjoy ngan citer raya ku yang tak seberapa ye...Sekian The ending of story Travel Raya . Thanks.. Wassallam...

Saturday, 10 August 2013

Travel Raya l Pahang

Assallamualaikum...

Entry raya lagi..hahahhaa.. nasib la korang sapa suh baca... Memang semua benda dan citer  aku nak sumbatkan dalam blog aku..supaya bila Kimi dan Mukhriz besaq , depa baca entry ni.. Barulah mereka faham istilah raya bagi mummy dan family mummy diaorang ni... Bukan sekadar meraikan umat islam yang berjaya berpuasa selama sebulan , mintak angpau raya, makan rendang , ketupat, salam tok wan, mummy, pak ngah dan uncle Ejoy, sembahyang raya..tapi juga melawat sanak saudara  tak kiralah dimana jua mereka berada... Sampai bila-bila adik dan abang kena terus mengekal tradisi ni....Insyallah tapi kalo bab posing seperti gambar dibawah ni, kira kategori bonus la ea...hahhaaha.. sabor jela..!

Mak Usu terlampau..hahaha ( Posing depan rumah mak saudara di Keratong Pahang) 

Mummy yang posing ala-ala ayu kononyer... hahahahhaa...Padahal kasaq gedeqaq..

hahahahaha lompat itu harus!... Mummy yang over..

Mak usu yang diawang-awangan... ;)

Ni posing ala-ala formal... ngan Mak Mah dan Kak Tah .
Sekian..Wassallam

Friday, 9 August 2013

Travel Raya l Teluk Intan Perak

Assallamualaikum...

Raya kedua ..?  Teluk Intan Perak lah ... Sebenarnya tengahari pada hari raya pertama kitaorang dah bertolak balik ke Perak... So dirumuskan  setengah hari di Perak, setengah hari lagi di Penang la... Disini lah aku dibesarkan... Teluk Intan , Perak! Best wooo..balik Perak.... sejuk jer mata bila menjejakkan kaki disini, mana tidaknya  dikelilingi bendang, sungai serta udaranya yang cukup segar ...hahaha heaven!  Tapi kalo waktu aku kecik-kecik lagi best..! depan umah Tok dan Wan ( belah abah ) ada sungai.. memang disitulah aku terjun ngan sepupu sepapat aku...Tapi bila dah besaq sungainya tu telah ditimbus dengan tanah bagi projek perparitan untuk saluran air ke sawah padi sekitar kawasan yang terdapat disitu ..aku rasa la kot..hahahaha..(tikam je ea, kalo salah mintak ampun ya buk.. )

Ni adik aku , waktu ni kira tengah berbaik la, kalo tidak bercekau je memanjang... Anak-anak aku memang suka menyakat mak usunya yang sorang ni. Lagipun sebagai anak bongsu jadi dia sorang je yang mampu melayan ditambah pula dengan perangai kebudak-budakkannya itu , jadi sesuai sangatlah. Lagipun kitaorang ni balik kampung sekali sekala so mak usu tiada pilihan,  kenalah layan, hahahaha bunyi macam terpaksa je kan...Tapi seronok kan mak usu...?  Tapi bila bab bercekau , aku sebagai  mummy dan kakak yang sulong selalu jadi refereeee! bila bab bercekau...Jadi kenalah adil , bijaksana dan penuh trick bila menyelesaikan hal anak-anak dan adik kesayangan ye. I adil dan saksama hokey.. semua kena marah, tak kira siapa betul , siapa salah... nasib la badan... ;)

Mummy and The ultraman.. eh eh eh..salah ngan hero-hero...

Mummy dan Adam...

Pagi raya kedua... kitaorang bersama sepupu-sepapat , mak serta   pak menakan akan ke kubur beramai-ramai menjalankan tanggungjawab pada yang telah pergi.. Arwah Tok, Wan, Pak ndak, Jang dan yang lain-lain... Al-Fatihah...


Ni Wa.. dengan nama lain Pak Long.. ( Belah mama)

Anak sepupu den... omey tak? tutup mulut sikit sayang, nanti lalat masuk...

Mak Tam dan Mak Lang.. Glamour mak menakan i masuk blog..hehhehe.. Sayang uols ketat-ketat...

Dengan sepupu sepapat...  

Diantara yang hadir di Majlis Open house rumah Pak Cik aku atau lebih dikenali sebagai Tok Chik oleh Kimi dan Mukhriz... Kimi dan Mukhriz tak de dalam pic ni sebab rumah Pak cik aku ni ala-ala hotel, so apalagi dorang dok landingla kat dalam bilik... Hahahahaa ...Nilah  first time kitaorang  amik gambaq2 ramai-ramai lagu ni sebab memang susah nak kumpulkan semua sekali... ni pun aku rasa tak sampai suku... ni baru keluarga belah mama belum lagi belah abah .... bayangkan la mama anak bongsu dari 12 adik beradik dan kalau semua berkumpul.... confirm aku kena tukaq lens... baru semua dapat masuk dalam frame..hehehehe . So ni jela entry raya di Perak ea... serba sedikit mengenai kenapa aku mesti balik kampung beraya di Perak setiap tahun ... Wassallam...

Thursday, 8 August 2013

Travel Raya l Penang

Assallamualaikum....

Hahahhaa... terasa betui-betui busy dan kebuntuan idea bagi  menyusun ayat untuk entry kali ni ... tu pun ayat, still tunggang langgang jugak... hahahahaha....confirm ini semua disebabkan oleh penangan lemang , ketupat palas dan juga rendang! huish sadis..

Actually raya aku biasa-biasa jer la.. Sama jugak seperti insan-insan lain , kemestian aku sekeluarga MESTI BALIK KAMPUNG ! ... kalo tak.. confirm takkan  ada raya feel raya . Tahun ni aku berpeluang sembahyang raya memandangkan anak-anak aku pun dah bole bawak diri bila di masjid nanti . So aku takde la risau sangat . hehehhee.. xde la asyik terperap didapur je bila time raya....

Raya ni  mama dah pesan kat anak-anak dia , supaya mesti amik cuti panjang.. termasuklah aku! So aku tawakal jer la apply cuti,  lulus atau tidak itu belakang kira... kalo tak lulus?  Sila tahan telinga je la ok!  ..hehehee... Yelah mama dah planning macam-macam tuk raya ni... so kitaorang sebagai anak ikut je la seperti yang dirancang ... So aku kategori kan raya tahun  ni sebagai " Raya untuk mama dan anak-anak (anak aku la, sebab aku ni  kategori mak budak! )  ". hahahahaha...

Planning apa? Raya satu negeri tuk satu hari ..hambik ko!... kepam ko dok kat dalam kereta... Penang (Tempat mak ngan abah tinggal kini) , Perak ( Kampung mak dan abah aku merangkap tempat aku dilahirkan dimana semuanya bermula... aichewahhhhh) , Pahang ( Tempat tinggal Mak Mah aka kakak mak aku yang dah lama tak berjumpa setelah ketiadaan tok dan wan aku) , Johor ( Tempat aku dibesarkan dan mendapat pendidikan awal sebagai kanak-kanak dan remaja yang kini sudah  tak remaja lagi )  dan Melaka ( Tempat aku bekerja dan membesarkan hero-heroku) ...Sakan kan ! So hope korang enjoylah cerita raya kitaorang ni ea serta diselitkan sekali  bebelan dan gambar-gambar  aku yang pasan comey konon nyer la kan .. hahahaha

Pagi raya...Selepas sembahyang raya.. Kimi dan Mukhriz dok pulun bersalaman ngan imam masjid tempat aku..padahal dah masuk dalam kereta tu..sanggup keluar balik.. so mummy follow dari belakang je la... Tiada yang lebih membahagiakan melainkan melihat anak-anak gembira di pagi raya... 


Masing-masing sibuk menikmati hidangan raya... ni kategori dah masuk lima pinggan sebelum masuk pukul 9.00 pagi.. Nikmat betui! bila dapat menikmati rendang dan ketupat hasil dari  air tangan  tok doranng .... tembam, kembang dan bam bam lah jawabnya anak mummy ni.. hehehe

Perkara wajib bagi tahun ni adalah berposing .. yelah tahun lepas kitaorang tak berposing dan suasananya  tak semeriah tahun  ni, almaklumla banyak trajedi sedih  berlaku tahun lepas... Jadi semua dok kawal perangai... tak mau ada yang terluka. huhuhu

Tapi nak posing-posing banyak tak bole pulak...  kalau tak ,  mama akan cakap macam ni  Korang ni nak posing ke beraya.. ? kalo nak posing tak payah balik kampung. Raya jer kat sini. Sambil pintu bilik dihempas kan..hahahahahah.. hamik ko..mana tak ketaq lutut...? Warning baik punyer . So posing ala kadar je la mengikut kesesuaian keadaan yer kengkawan.. kalo tak sentap jiwa raga mak aiii... hahahahaha


Aku, mama dan Ejoy

Ni hadiah raya dari aku tuk mama ngan abah... ni jer la yang termampu dan ini jugaklah permintaan dari mama. Nak bagi hadiah mahai-mahai aku tak mampu.. ;)  cantik tak kengkawan...? Jika berminat boleh emailkan segala pertanyaan  kepada (hahahaha sempat promosi gitu) :
julia_yana@yahoo.com


Cuba lihat mata Kimi.. terpancar kegembiraan di pagi raya.. Syukur Alhamdullilah.. Dapat beraya untuk sekalian kalinya...  Sekian Wassallam