Monday, 25 November 2013

Muzium Tentera Darat

 Assallamualaikum.....

Holaaaa.... Sabtu yang lepas sempat la aku bawak hero-hero pergi jalan-jalan ke Port Dickson , Negeri Sembilan ... Actually tujuan asal aku nak ke Senawang .... amik stok untuk souveniar shop aku la.. Apalagi ..hehehehhee... So setelah selesai semua urusan aku,  barulah aku bertolak ke Port Disckson.... Padahal aku tak tahu langsung arah tuju ke sana..Tawakal je la..nasib baik ada "Waze"... Syukur Alhamdullilah sampai gakkk aku kesana....

Oklah serba sedikit info mengenai Muzium Tentera Darat ni ye.... Dibuka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran masuk adalah percuma. Dari Senawang hingga ke Muzium Tentera Darat ni mengambil masa lebih kurang 45 minit. 

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Ini diperakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Cetusan mewujudkan Muzium Tentera Darat ini  diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah Tentera DaratTerdapat pelbagai bahan artifak dan replika sejarah dari zaman penjajahan portugis hinggalah saat Malaysia mencapai kemerdekaan. ( Info dari http://www.mppd.gov.my )



Waktu aku sampai.. Cuaca amatlah panas terik.. sampai tak bole bukak mata bak hang.. Tapi disebabkan keterujaan hero-heroku terhadap kenderaan yang ada disana.. semua ku pendamkan saja..hehehehe Yang penting anak happy.. penat sikit apa adahal... Pengunjung pun masih belum ramai lagi.. so syiok la kitaorang berposing..kih kih kih







Hah! nampak tak keterujaannya berposing.... hahhahahahaha kalau bole satu kenderaan 10 gambar... pengsan mak!



Ni adalah terowong yang terdapat dimuzium ni dan dijadikan sebagai salah satu ruang pameran . Kitaorang kalo bertiga confirm tak masuk tapi sewaktu kitaorang ruang pameran ni terserempak pulak ngan pelajar-pelajar UMT..apalagi kitaorang pun menyelit la... Selamat sikit..kih kih kih. Nasib baik pelajar-pelajar tu memberi laluan kat kitaorang...hehehehehe.. Tq ye adik-adik sekalian...


Di hujung terowong kitaorang ditemukan dengan jambatan gantung ni..perghhh keterujaan Adam makin menjadi-jadi sehingga  aku ditinggalkan... Mukhriz lak dah sibuk mencari tempat duduk sebab kepenatan... Nasib baiklah mummynya brutal , sempat la kejar si Adam ni...hehhehehe... Ni la punca aku kena brutal...kalo tak..? hampa jawab la sendiri na...

Masuk kali kedua memanjat jambatan gantung ni , Mukhriz mula  join setelah diracun oleh adiknya.. tapi Mukhriz naik siap jaga mummy dia lagi... Hadoiii romantik you..kikikiki .


Ni aksi-aksi sekitar muzium tu... Gambar yang Mukhriz dan Adam lompat tu la aku accident sebab terlanggar kapal terbang tak bergerak... Hampir menitik airmata aku..tapi disebabkan sedang berhadapan ngan anak-anak..aku hanya diamkan  aje... Berpinau la jugak... Balik rumah pegang kepala  dah bengkak besar.. Nak pergi klinik malas sebab badan dah rasa semacam . Malam dah start rasa macam nak muntah dan pening kepala yang amat sangat..Jadi aku tidur jelahhh...huuhuhu... sob sob sob...

So berbalik kepada cerita asal  .. Ni pondok satu minggu.... sempat la Adam dan Mukhriz berposing melepaskan lelah..hehehhe

Melawat kawasan... Besaq sungguh Muzium Tentera Darat ni kan...

Ni pondok satu hari pulak..kalo xsilap aku... Lupa lak nak amik pic caption..hehhehee Adam cakap banyak semut... Mukhriz terus tak nak masuk...kikiki..Aku? lagilaa... kuang kuang kuang


Wajah seronok dan serius anak-anak..



Ni tulisan Adam... Aku yang suruh dia isi buku pelawat ni... Tapi pandai lak dia tambah kartun tu...Adam.... Adam.....

Waktu ni hero-hero aku sunyi sepi menghadap video yang ditayangkan... Bab nonton dorang memang juara..bab baca slow sikit almaklumla mana ada budak hyperaktif yang bole stick lama-lama membaca... hehehehehe... Anw waktu ni dorang memang in the good attitude...  ;)

Ni pic dalam show case .. sewaktu masuk ke ruang pameran Era Kesultanan Melayu Melaka.. Cuma tempat ni terlampau gelap sehingga aku rasa seram sejuk pulak nak masuk... kalo aku sorang-sorang confirm aku tak masuk.. hehehehehe... Aku rasakan diorama dalam ni memang best tapi disebabkan oleh kekurangan lampu..aku jadi kurang menghayati isi kandungannya... (hahahahaha banyak nau komen padahal masuk dah free..kikiki)


Ni dibahagian luar Muzium..Actually muzium ni memang banyak kenderaan yang amat menarik minat anak-anak kecil untuk datang dan merasainya sendiri.. Begitu juga aku..walaupun ini bukanlah lawatan aku yang pertama ( sebelum ni dah pergi atas lawatan kerja) keterujaan membawa anak-anak tu mula terpahat dihati sebab aku yakin anak-anak aku pasti  suka. Especially seperti hero-heroku ini yang suka  explore dan bertanya itu dan ini , disamping menghayati nilai sejarah. So tempat ni lah  yang aku rasakan sesuai, luas dan memudahkan pergerakkan mereka . 

Okaylah tu je yang aku nak kongsikan buat kali ni... jangan lupa bawak anak-anak korang datang sini ye...Wassallam dan adios...

Tuesday, 19 November 2013

XPDC kedua Gunung Datuk, Rembau

Assallamualaikum.....

16 November  2013 . Training again... Gunung Datuk for the second time!.. Actually ni entry yang kedua aku tulis.. so aku ceritalah sekali lagi pasal Gunung Datuk ni ea... Ketinggian Gunung Datuk ni 885 meter yang terletak di Rembau Negeri Sembilan...

Kitaorang memulakan pendakian seawal 8.40 pagi dengan usahasama dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Seperti biasa wakil kami dari Muzium Melaka 5 orang sahaja. Aku, Mazlina, Shamsul, Ghazali dan juga Tarme.Trek kali ni agak licin sedikit ..baru lepas hujan gamaknya.. So kitaorang more carefull. Pendakian kali ni biasa-biasanya... Tapi seronok lah. dah dua kali naik..ehhehehehe..yang bestnya tak sabar nak sampai puncak. Sebab nak amik gambar. Pada pendakian pertama kitaorang sampai dalam lingkungan 12 tgh tapi kali ni kitaorang sampai di puncak dalam jam 10.30 pagi.. Agak cepatkan ... sedangkan masa bertolak dari kaki gunung dalam lingkungan waktu yang hampir sama . 

Syukur Alhamdullilah... Semua selamat sampai ke puncak tanpa ada apa-apa accident sewaktu pendakian. So korang layan gambar je lah ye..dah tak tau apa nak citer..kikiki Sabo je la!

Yeaaa... kali ni excited nak posing sebelah tapak kaki Hang Tuah.. Yang menjadi musykilnya awat kaki dia kecik nau..dah macam nak sama saiz ngan kaki aku.... Anggaran dalam saiz lima dan enam sahaja...hehheheh musykil musykil... ;)

Tiga orang ni takut nak posing sebelah kaki Hang Tuah tu... Gayat katanya... Aku pun gayat gakk sebab betui-betui sebelah curam ..jangan salah langkah je... Confirm Inalillah...Mintak simpang! Aku ni pun berani-berani takut sebenarnya..heheheheheh syhhhhhhhh jangan habaq kat orang na... kikiki


Posing ditempat yang sama sewaktu pendakian yang pertama..bezanya dulu aku sorang .sekarang berlima..hehehehe Tahniah semua!



Syokkk betui mendaki gunung ni.. Ada gak yang bertanya awatla suka bersusah payah panjat gunung ni.. Asyik dapat penat je... dengan kaki bengkak, crem lagi... So untuk korang yang bertanya gambar-gambar ni la jawapannya... Tiada yang indah selain menatapi keindahan yang Maha Esa.... And korang patut cuba...! Oklah Wassallam....

Monday, 11 November 2013

Happy Birthday Mukhriz 10 tahun

Assallamualaikum....

Lip lap lip lap... dah Sepuluh Tahun usia Adam Mukhriz... dengan itu secara rasminya aku pun dah menjangkau ketuaannya... Patutla aku pasan makin banyak kedut-kedut hinggap dimuka ku ini sedangkan hero ku sorang ni makin membesarkan dengan penuh bergaya dan membesar bagaikan juara ..hehheee . Ketinggian Mukhriz pun semakin menghampiri ketinggian aku... nanti bila jalan seiringan mesti orang kata Pak we aku.. Aichewahhhhh pasan menyelubungi jiwa aku..hahhahahaha. ( Sila muntah hijau!) 

Untuk Abang, Mummy doakan abang menjadi anak yang baik, anak yang soleh dan juga anak yang bisa membuat mummy tersenyum hingga ke akhir usia mummy. Mummy tak mampu berikan  harta dan wang ringgit melimpah ruah seperti ibu-ibu diluar sana . Cukuplah sekadar makan dan pakai yang secukupnya. Ditambah pula kasih sayang yang melimpah ruah... Itu je yang mummy mampu. Mummy akui mummy ni garang ( abang selalu cakap mummy ni macam singa lapar) dan cukup suka mengomel hingga adakala nya abang bosan... Tapi semua untuk kebaikan.. Mummy yakin kalo mummy dah tak de confirm abang akan rindu ngan ngomellan mummy..hehhehehehee ( Alasan untuk terus mengomel.. kikikiki) . Dont worry day by day mummy akan improve untuk jadi the best mummy tuk korang. Bukan tu je ... mummy akan jadi best friend korang jugak. Insya Allah

Mummy juga jarang gelak besar cuma bila sekali sekala mummy gelak besar korang berdua pasti diam seketika  dengan mula tercengang kehairanan.. heheheheeheh... Tu saja je taktik... Sebenarnya mummy sayang giler kat korang.Tanpa korang sunyi sepi lah hidup mummy. Di sebalik kegarangan mummy ..mummy cuba membina kekuatan untuk membesarkan korang dengan kepayahan serta  serba kekurangan. Doakan mummy kuat ye sayang...

Tahun ni abang mintak mummy belikan pam basikal dan  juga lego askar.. So mummy kotakan permintaan abang... Untuk bonus pulak mummy belikan kek tiramitsu..Abang suka kan? mestilahkan? abang yang pilih sendiri... Anway Selamat Hari lahir yang ke 10 Tahun abang... Mummy dan adik Love You! 
 
Mummy dan abang..Kacak dan penuh bergaya...


Abang dan Adik...  dik dok pulun ushar abang..dalam hati cakap , cepat la birthday aku pulak.. Aku pun nak posing macam ni jugak ... heheheheheh...

Abang dan keknya... kek ni mummy beli waktu tengahari.. tapi dia sanggup simpan je dalam fridge ...Nak potong waktu malam... Supaya bila pasang lilin akan jadi macam ni...hehhehehe bijak bijak!


Oklah ni serba sedikit entry buat tatapan Mukhriz bila dah besar nanti... Ingat apa yang mummy pesan k... Wassallam...