Friday, 20 December 2013

XPDC Gunung Kinabalu : Part 1

Assallamualaikum..

Selamat sampai sudah di KLIA jam 3.30 pagi. Actually asalnya kami bertolak kul 12.30 mlm tapi diberitahu kul 2.30 pg lak oleh abg Sham.. Apalagi peluang yang ada ni aku maanfaatkan sebaik yg mungkin untuk tido , almaklum la tenaga kan nak guna nanti.. Tapi hampir kul 12.45 mlm depan rumahku dah riuh .. gedegang degegung... Hah! Rupa-rupanya abg Man, Tarme dan Ghaz dah ada.. Apalagi kelam kabut la aku dibuatnya. Nasib baik aku tak masuk van pakai baju tidur.. sarung seluar jeans , t-shirt dan jaket.. Pas tu keluar umah angkat beg letak dalam van.. Eh?! aku lupa cuci muka daaa.. masuk balik dan cuci.. longlaq sungguhkan aku ni kan.. so kesimpulannya semua lambat..Baik aku , Maz dan abg Sham.. Semua jadual tunggang terbalik...hhahahhaa 

Actually Datuk pesan suh dtg kat opis kul 12 mlm tapi tido kat opis takut ada benda2 lain yang terjadi mcm jalan jem ker dll.. Kul 2.30 baru gerak tapi disebabkan salah faham semua kelam kabut.. hadoiii.. Ni baru first day , belum masuk 2nd day.. hehheehhehe ok nanti aku update lain k.. So hadap la muka tak semenggah kami waktu sampai kat KLIA ni... Sekian dari muka tak mandi iaitu aku! adios

Peace from us.. 

Aku dan Maz dok landing tepi pintu.. Nak tido semua kerusi full.. so aku update blog. Maz lak main game Candy crush dia la apalagi.. Benak otak makkk.. Hero2 semua dah lelap tak kira dimana jua dorang berada..  nak tgk?! jap ea aku amik gambaq curi sat... hehehhee tanduk sudah tumbuh da... jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.

Kah kah kah.. Nasib la korang..  Peace No War.. Alamak dorang berdengkur la.. larikkkk..

Sekian..Wassallam

Friday, 6 December 2013

Made In Penang Interactive Museum

Assallamualaikum....

Oklah kali ni aku nak citer serba sedikit pasal Museum baru ni. " Made In Penang Interactive Museum". Ianya merupakan salah satu produk pelancongan terbaru di Penang. Merupakan sebuah 3D muzium seperti Art Trick Museum yang terletak di Georgetown Pulau Pinang. Muzium ini ditempatkan didalam sebuah bangunan lama tiga tingkat yang  telah dibaik pulih dan disinar baru dibandingan dengan Art Trick Museum yang ditempatkan didalam sebuah bangunan rumah kedai baru dua tingkat. Telah dibuka kepada orang awam pada 1 November 2013.

Ianya merupakan muzium interactive 3D yang memaparkan mural dan photography untuk dijadikan satu bahan untuk bergambar dengan pelbagai kreativiti  kita yang pasti akan menarik minat tak kira golongan muda atau tua. Mural-mural yang dihasilkan juga merupakan gaya hidup masyarakat yang terdapat di Penang seperti makanan, tradisi, kehidupan jalanan dan lain-lain lagi.

Actually waktu aku datang  harga tiket tengah promosi so dapatlah diskaun.. Untuk aku dan fyda hanya RM 15 ( seorang ) , Nadia dan Adam hanya RM 5 (seorang) ..promosi tuk children dan student la.So Total RM 40 semuanya.


Dibuka setiap hari  9.00 pagi hingga 6.00 petang. Beralamat di No.3 , Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang.

Bayaran masuk :
 Student/kanak-kanak : RM 10 
(with ID Card)

Dewasa  : RM 15
(with Mycard holder)
RM  30
(without Mycard holder)




Lukisan -lukisan mural ini terdapat dibahadapan muzium sebelum sampai ke entrance bayaran tiket. Lukisan-lukisannya menarik dan disertakan props untuk berposing .


 Mural ni pulak terdapat dihadapan cafe muzium dan bersebelahan kaunter tiket.

 

 
Kawasan ini pula.. kelihatan diorama-diorama kisah-kisah zaman penjajah dulu kala. Selain itu juga terdapat arca-arca comel yang diletakkan didalam showcase. Mana ntah gambar..cari tak jumpa lak.. Kalo jumpa nanti aku upload na..hehehe


Kiosk-kiosk interactive juga terdapat didalam muzium ini seperti gambar aku ni la ... bila aku dekat je , automatic rupa aku bertukar seperti gambar diatas. hehehehehe mcm sweet je kan..hahahahahah pasan!
Actually terdapat kamera kecik yang dipasang di screen ini bagi membolekan  ia men"detact" wajah yang ada didepan screen. 

Disebelah Mask screen tu terdapat lak ruang teater yang memaparkan cerita-cerita tentang , sejarah , masyarakat dan cara hidup masyarakat di Pulau Pinang. Dan ianya lebih berkonsep santai gitu-gitu je... Takde la kerusi empuk dan air cond yang power. Sekadar ruang menambah ilmu didada..

Kemudian kitaorang pergi ke satu level dimana tiket yang kita beli tu haruslah disuakan dihadapan screen (seperti gambar Adam diatas) . Kat tiket Adam tu ada gambar bangunan lama di Penang ni, tapi bila disuakan dihapadan screen gambar tu bertukar menjadi bentuk 3D seperti diatas. Unik dan amat menarikkan  terutama bagi kanak-kanak seperti Adam yang sentiasa dalam sibuk nak tau itu dan ini..Sabooo je la..

Pastu ditingkat tiga, terdapat berbagai-bagai lukisan untuk korang berposing dengan cara yang paling kreatif sekali. Tapi aku tak pandai la sangat posing.. So aku bagi can kat depan posing dan aku amik gambar. Actually lukisan-lukisan macam diprint atas material tarpolin so lukisan-lukisan tu warnanya agak suram sedikit la. hehheehehe.. So korang layan gambaq dulu na... ( Sori gambaq Adam paling banyak sebab dia yang paling excited amik gambaq..hahahahaha) ishh anak sapo la tu...




 Disini jugak terdapat signage yang memudahkan kita mengambil gambar. Ianya dapat memberikan panduan agar gambar yang dihasilkan lebih menarik dan  ada umphh la..




 Ehhh..ada gak terselit gambaq aku yang tak reti berposing ni..hehheehe


 Adam dah berangan dah..hahaha



 Eh..Anak sapo la yang sesat berkaki ayam ni... kikikiki









Ok lah tu je yang aku nak citer serba sedikit pasal Made In Penang Interactive Museum ni... Korang datanglah sini dan berposing la ikut kreativiti masing-masing na... hehhehe.. Sekian Wassallam.. Thanks sebab sudi membaca....


Thursday, 5 December 2013

Balik Kampung!

Assallamualaikum....

Sori lama xupdate blog ni.. Hadoiii makin busy bebenor gamaknya. Hehhehehe . Awal disember aritu sempatla aku balik kampung sat ( Penang) untuk hantar hero hensemku Adam . Almaklum la disember ni aku kan busy menguruskan hal ehwal ke Sabah pada 20 disember ni. Rasanya bole je aku jaga Adam, tapi kesian lak kat dia asyik terperuk je kat umah so aku bagi can la kat dia enjoy bersama tok , wan, mak usu dan unclenya di kampung. 

Ok! kali ni agak  berbeza sikit seperti sebelum-sebelum ni almaklumla mama fyda dan  Zariff ikut serta balik kampung kali ni. Tu pun lambat confirmkan ngan aku. Hehheheee Tapi best gak , ada gak yang sudi nak temankan waktu drive balik ke Melaka nanti. Thank you Mama Fyda...

Perjalanan pulang pun ok je. Takde la jem sangat. Suam-suam kuku je. Hehhehe. Hari pertama sampai fyda dan zarif dah dapat sesuaikan diri ngan family aku yang happening ni... aku yakin dorang pun xkekok untuk bersama family aku. ;) Sampai je , seperti biasa aku mesti syok shapdek kat kedai mak aku.. ikan Keli bakar la menjadi menu utama aku dan Adam... itu sudah semestinya. Zarif pun ikut join sekali ikan keli tu.. sedapkan Zarifff.. Hhehehhe. Sapa-sapa yang nak mai kedai mak aku bole try ke "Dataran Selera PERDA di Simpang Ampat" land Mark on GPS "Post Office Simpang Ampat, Pulau Pinang".  Petangnya aku bawak Zarif dan Fyda ke Pasar Malam Sungai Bakap.. Arghhh lama giler tak pergi sini.. I love all the food.. waktu ni aku sibuk nak makan fish ball goreng..jumpa je terus aku ngapp!  Wahh sedap! hilang kempunan... Hahahhahaha 

Ikan Keli Bakaq in The Making..hehhehehe


Hari Kedua ...
Planning kononya nak makan Mee Udang kat Pulau Aman tapi cuaca macam tak berapa cantik je.. So aku jenjalan je la kat Jeti Pulau Aman. Makan Mee kuah Ketam dan Laksa berserta ABC special di Food Court kat jeti tu. Tapi kalo nak lagi best korang makan la Mee udang kat Pulau Aman. Actually kat Pulau Aman ni la Mee udangnya yang paling sedap kat area rumah mak aku. Makan lak kat Restoren Terapung tu.. Lepas tu ditiup lak angin sepoi-sepoi bahasa. hadoiii yang ni aku kempunan ni..   Ok pada sapa yang nak pi makan kat Pulau Aman ni korang kena exit kat Tol Bukit Tambun/ Simpang Ampat .. Tak kira la korang dari island ( Penang) atau pun dari Ipoh/KL ( Selatan) . Pas tu keluar tol korang belok kanan.  terus ke Batu Kawan.. Kemudian cari signage berwarna coklat - Jeti Pulau Aman.  Sampai sana korang bole amik bot untuk ke Pulau Aman. Harga tiket aku dah lupa. Tiket perjalanan seawal 6 pagi hingga 7 petang disediakan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam sahaja menggunakan speed bot. Korang try la pi.. Confirm nak datang lagi. Bukan takat Mee udang je yang menjadi tarikan , Ia juga merupakan salah satu tempat picnic disamping menikmati keindahan Pulau itu sendiri.Keunikkan nya juga terletak pada persekitarannya. kebanyakkan rumah-rumah kat situ dapurnya terus ke laut... bukak pintu nampak ikan berenang-renang. syokkk kan..  lagi satu hanya motor , basikal dan stroller baby  je yang dibenarnya sebagai pengangkutan di Pulau ini. So kira kawasan bebas  asap  la. Hehhehehee... so kumpul duit dari sekarang ok.

 Lepak di Jeti Pulau Aman jap.. sambil klik klik..hehheehe


Fyda dan Zarifff yang enjoy menikmati keindahan ciptaan tuhan sambil dihembus oleh angin yang ala-ala sepoi bahasa, padahal kuat yang amat.. Nyaris aku tak melayang..hahahahahaha macam la aku ni kurus sangat kan kan kan..kikikiki :P

Cantikkkan.. Menanti Senja.. Berlatarkan Jambatan Pulau Pinang Kedua..

Hari Ketiga...
Hari terakhir aku di Penang sebelum berangkat ke Melaka. So awal-awal pagi lagi aku dah bergerak ke Penang ( seberang laut) bawak heroku, adik bongsu ku dan kawanku. Round-round cari pasal. Hahahahaa. takde la cari pasal.. Redah dan hentam cari yang best. Actually aku dapat info ada satu Muzium baru dibuka di Penang. Nama muzium tu "Made In Penang Interactive Museum" yang terletak Pengkalam Weld ( Terminal Feri) . Secara detail lokasi , harga tiket akan aku update pada entry yang lain ye. Takut tak terbaca korang bila aku ngomel kang.. Hehhee. Overoll muzium ni best la tapi xsebest muzium di I-City Shah Alam tu. Sebab lukisan ni macam printed kat kali tarpolin dan diframekan. Lighting pun tak berapa menawan. Tapi oklah.  Aku bagi 3.5/5 .

Kasi up sekeping gambar di Muzium Made in Penang, Interactive Museum.. Gambar yang lain-lain akan aku update di entry khas muzium ni ye.. 

Habis melawat museum tu aku ke Pesta Penang , Sungai Nibong Penang. .. lama sungguh aku tak ke Pesta Penang ni. Last aku pi hero2 aku masih dalam mood  sibuk nak beli mainan je.. Tu pun dalam 3 tahun yang lepas. Lama sungguh kan! So agak susahlah nak jalan sambil melayan kerenah dorang. Hehhehe tapi bila dah besar ni dorang makin ok.  So senang sikit mummynya meround dan menshopping. Pengsan! Tapi pergi Pesta Penang kali ni takde la shopping menghabiskan duit pun.. Cuci-cuci mata dan beli apa yang perlu ja. Untuk Adam dan Mak Usu aku bagi main kat fun fair tu. Tiga, empat round kasi naik.. Ok la Adam bole balik dengan senyum lebar. :D Tapi sakan jugak la kali ni round kat Pesta Penang ni.  sampai mak aku telefon bila nak balik.  Sabo je la. yelah dari pukul 6 sampai pukul 11 mlm. Bagi sapa yang nak pi, korang kena datang awal sebab parking cukup susah. Tiket Masuk RM 3 dewasa .. Kanak2 RM 1 ( ntah lupa aku berapa harga tiket ni.. Nanti aku update lagj) . Surau dan toilet juga disediakan.. So tak perlu risau-risau na. Oklah tulah serba sedikit entry balik kampung untuk kali ini. Next entry aku akan update secepat yang mungkin . Takut lupa almaklumla dah tua.. Hahhahahahaha

    
 Waktu ni kat dalam feri.. Suka tgk wajah-wajah hero-hero ni..syokk je..Padahal hampir 2 jam kitaorang kena beratur sebelum naik..punyalah ramai orang yang nak merasai naik feri ni..padahal dah ada dua jambatan pun.. Ah tak kisahlah yang penting semua enjoy.. hehehhe

 
      
  
 Gambar-gambar sekitar Taman Mini kat Pesta Penang ... 

 Kebetulan ada maskot lalu apalagi kitaorang posing la.. hehheheehe.. 
*Abaikan keserabutanku..hahahahaha



Post gambar terakhir..adalah wajah-wajah yang kucinta sebelum bertolak pulang ke Melaka.. Adam .. Mummy miss you so much.. huaaaaa 


Wassallam.. Thanks sebab sudi membaca ngomellan aku kali ni.

Monday, 2 December 2013

Selamat Hari Lahir Mama...

Assallamualaikum...

Hari ini hari lahir mama... 1st disember!  Insan mulia yang membesarkan aku dengan cukup sempurna. Makan minum, keperluan diri dan juga kasih sayang yang melimpah ruah. Syukur Alhamdullillah. Ya! dia Idola aku! .. Seorang yang kuat mental dan fizikal. Adakalanya mama macam aku jugak kuat membebel.. Tapi itu cukup  seronok bagiku! Ada teman nak bercekau.. Barulah namanya fun! As long aku tau hormatinya dan i know my limit. Kadang-kadang bila orang jumpa aku diluar dorang cakap kami mcm adik beradik. Sweetkan?! Huh! Pasan! Hahahaha.....

Hari jadi mama kali ni kitaorg celebrate kat D'Pauh kat Permatang Pauh, Bukit Mertajam. Seperti biasa mama akan order western food. Kitaorang ni sekali sekala makan luar memang suka makan western almaklum la mama kan tukang masak dan terror giler masak makanan tempatan ni. So kasi tukar la. Air tangan mama?! Semuanya  bisa buat aku selalu terbayang-bayang dan rindukannya . Especially buat aku yang keje luar dari Pulau Pinang ni. Memang ngidam habis la bak hang! Especially Ikan Keli Bakar..yum yum yum  Hehehe Jarangla kitaorang makan luar kalo mama masak.  Tu la punca utama zaman kanak-kanak dan anak daraku .. Badanku macam tong drum.. Hahahhaahhaaha bila dah jauh baru ni barulah aku ada can nak kuruih kering.. Oh ! My...kikikiki

 Zariff dan mummy enjoy the food... hehhehehee.. Sejak dok Penang ni Adam asyik makan hati je ngan zarifff... Kalo dia kecik hati dia akan cakap..Zarif..zarif..Zarifff.. Cian anak mummy... Sabaq na.. nanti mummy peluk adik puas-puas tau..hahahaha.. Haii jeles sungguh anak bujang aku ni...

My birthday gurl.. Love u!

Okaylah tu la serba sedikit kisah tentang chenta hati aku. Mama! Tuk entry ni aku tak bole tulis banyak- banyak sebab tahun depan aku nak update lagi pasal mama. Insya Allah kalo dipanjangkan umurku. Hehehe. Anw buat mama tersayang... Mama, along sayang mama ketat-ketat. Halalkanlah segala makan minumku dari kecil sehingga dewasa. Along doakan mama berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Moga mama akan jadi mama yang terbaik untuk kitaorang adik beradik hingga hujung nyawa kami.. Insya Allah..
 Ini gambar raya haji aritu.... sama tak muka kitaorang..hehhehehee..


Ni gambar mama ngan abah. Chenta hati mama... hehhehe lawakan mama waktu muda-muda dulu..hehhehehe ada mcm aku tak? ehhh..tetiba.. :D


Buat Mama...

Mama...
Berjuta kasih telah engkau ukir..
Indah menyapa jiwa..

Hanya doa yang mampu aku aturkan,
Ya Allah.. jadikanlah mamaku
bahagia dunia dan akhirat....

Amin Yarabbalalamin...