Tuesday, 28 January 2014

3D Art Interactive Murals

Assallamualaikum...

21 Januari aritu aku pergi ke 3D Interactive Murals kat The Asmosphere Seri Kembangan, Selangor.

 Alamat ??

The Atmosphere Sdn Bhd,
No.1-3 , Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri kembangan, Selangor
( Bersebelahan ngan Giant)

Terdapat 80 murals daripada 10 orang pelukis berbakat bermotifkan lukisan jalanan. 3D Art Interactive Murals ni telah dirasmikan dan dibuka   kepada orang ramai pada  22 Disember 2013. Tiada bayaran dikenakan untuk bergambar dengan mural-mural ni, hanya idea  dan kamera diperlukan sebagai bekalan untuk berposing . Kasi nampak real ok ! Masa ..//?? dibuka 24 jam ... So dunt wori.. tapi jangan la pulak korang pergi tengah malam pulak... bukannya ada lighting/spot light kat situ.. habis malap gambaq korang ... hehehe

Lawatan kitaorang kali ni melibatkan  7 orang semuanya...Aku, Kak Syidah , Kasim, Zam, Yunus , Pijan dan Solihin. Lawatan ni bukan tuk suka-suka sebenarnya, sebab kitaorang dalam proses mencari idea untuk diadaptasikan kat muzium lak lepas ni. Lepas ni korang bole la posing gak kat Melaka pulak heheheheh. Berangan lagi! hadoiii.. Nanti korang bolelah berposing ngan mural orang lidi aku.. hahahahaha..Pengsan! Tula sebab utama aku angkut team aku. Senang dorang paham apa yang aku maksudkan. hehheheehe  La ni tengah dok pulun cari idea la..  Okay jom tengok kitaorang posing..aichewahhhh Kalo tak lawa korang diam2-diam udah ler ye..kikiki

" Yeahhh dady dah beli kete baru!.. ehh muat ker" 
Ni la gaya nya pak budak dan mak budak lupa daratan..melompat tak hinggat dunia.. hhhehehe Maaf diatas ke"over"an aku..kikiki

Anak-anak tangga yang very colorfull..Tomey tak?? tangga la bukan aku..hehhehe

" Awak nak belon...? jap ea saya amikkan..Apa? nak warna pink ea..takde la ...Kita amik color kuning , biru dan merah je la ye..." hhehehe

Posing kat logo Artsphere 2080.. Kat bahagian belakang wall ni ada disediakan peta lokasi mural-mural yang terdapat kat sini.. So senangla korang berposing. Tapi kitaorang takdelah ikut sangat sebab semua dah berpecah.. alaa macam itik pulang petang tu..berterabur... hahahahaha.Masing-masing dah tak sabar nak mengeluarkan idea-idea bernas .. Terutamakan Bos Selfie aku tu..kikiki Ampun ya bos.. 

Ada sesetengah mural tu disertakan signage ni.. so ianya memudahkan korang untuk mengambil gambar dari angle yang mana. Tapi tak semua ada la.. Ala yang macam kat Made In Penang Interactive Museum tu la.. nanti korang bole preview balik entry aku yang lepas tu ea..

"Bye-bye..Kitaorang nak bawak keluar wespa ni pergi Muzium Pengangkutan..bye bye.."

Kat wespa ni lagi..hehehee

Korang layan la gambaq pulak na.. ponat aku nak wat caption... hehehe














Rumah terbakar panggil bomba.. eh salah rumah panggil kami..kami nak posing..hehhehe
Ala macam tak kelakar je.. lantak la... hahhaha

"yeahhh kamilah raksasa.. kami datang nak menyerang.."
Cer tengok..Ultraman pun takut ngan kitaorang siap menyorok lagi..hahhahaa

Kiri : ala tomey-tomey nyer posing ngan rabbit..hehhehe
Kanan : Opssss LRT ni berhantu tak..Macam seram je..macam tak je..hehehe


Kak Syidah : (Dalam Hati ) apalah kasim ni.. nak amik barang pun macam dah nak terbalik meja..hadoiii..

" Hadoii minah ni ... cepatla !..Aku nak call aweks aku ni... "

" Ayam : berjudi tu haram.. bak sini kat tu.. Patuk tangan tu baru tau! "

"Ala tomey tomeynya kak syidah..Main zero point ye kak syidah...hehehehe"
Sekali je aku snap... kalo korang amik gambaq aku adalah 20 keping .. baru nampak aku lompat..nasib la badan..hahahha 

Abg Kasim ni melompat ker..menari ha? apa-apa pun bole la... hahhaha

Akhirnya aku pun main gak zero point ni..hehehehehe



" oooooo awak curang ngan saya ye..siap awak..! saya racik halus-halus masak sambal tumis  kang..."

"Ampun pakkk.. saya janji tak wat lagi... ampunnnn..."

Tu je la gambar yang sempat aku amik.. takde la sampai 80 keping... sampai tengahari semua dah kaku tuk berposing..yelahhh matahari dah atas kepala.. Aku dah berpinar mata..Almaklum la Puteri Lilin tak original.. hahahhaaha  . Apalagi korang..pi la cepat..aku dah bagi hint.. Anw sekarang ada contest posing .. cer tgk kat facebook ni,  detail kat.https://www.facebook.com/artsphere208ty. Mana la tau korang la yang bakal mendapat RM 15 000 tu... Nanti jangan lupa share ngan aku tau..hehehhe Tarikh tutup 16 Februari 2014 ni.. Selamat Mencuba.. Wassallam..

No comments:

Post a Comment