Wednesday, 8 January 2014

Doa Adam

Assallamualaikum..

Ehhehhehehehe... Tiba-tiba je rasa rindu kat budak double debab tu.. Malam ni dorang pergi mengaji macam biasa la.. Isnin, selasa dan rabu.. so waktu ni la aku nak mengemas, memasak, melepak dan buat apa-apa yang perlu.

Actually lately ni aku ni asyik moody je ngan double debab ni.. yelah sekolah baru je bukak.. so rules2 yg sebelum ni  habis depa langgaq.. penat nak adjust balik. Sekarang ni pulak dorang dah pandai bercakap.. kalah mak nenek.. yelah masing-masing dah besar.. Adam dah darjah 3, Mukhriz dah darjah 5.. Cepat sungguh masa berlalu. Kadang-kadang tu bila dengar dorang bebel , kedengaran seperti aku yang membebel pulak .. confius kejapan aku, siapa mummy yang sebenarnya ni... hahhahahaha

Sifat kegarangan aku ni dah sampai tahan maksimum kot tapi tak de la sampai nak pukul anak ke tahap lebam-lebam, Cuma bebel dan jerit ala-ala manja jeeeeee... Almaklum la anak zaman sekarang ni kena banyak guna psikologi dari rotan ni....

 Actually ada satu malam tu, lepas solat maghrib aku terdengar Adam berdoa tuk aku .. Lebih kurang macam ni la doanya 

" Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau lembutkan lah hati mak aku, engkau jangan lah bagi dia garang-garang lagi.. nanti mak aku cepat tua...... Amin"

Mukhriz pun siap aminkan lagi.. So aku yang dok sebelah ni apalagi nak marah pun ada.. nak tergelak pun ada.. Hadoiii mcm ni punya doa pun ada ker?

Hahahahhaha.. so aku review la balik perbuatan aku.. Cian gak anak aku ni asyik kena marah je..... Yelah sekarang aku dh limitkan tgk TV so dorang asyik main lego je la..bila dah main lego malas lak nak kemas.. so aku bebel lagi.. Mana taknya.. bila aku melangkah masuk dalam bilik dorang je ,  habis semua aku terpijak.... Ala macam gergasi yang datang ke sebuah perkampungan terpencil dihujung kampung  tu la.. Habis semua dia pijak.. Gergasi tu kengkonon aku la.. Tapi gergasi comey ea.. Hahhahaha  #Maaf  ini semua pengaruh suka tgk cartoon ye mcm Adam ye .. So bila aku dah terpijak speaker aku pun mula la berbunyi.. bla bla bla bla dan bla bla bla lagi.. 

Bila speaker aku berbunyi, masing-masing mula mengeluarkan ayat-ayat tuk memperbetulkan situasi.. Tapi bila dorang mengomel je.. atas kepala aku mula la keluar la asap kepul-kepul ala-ala gunung berapi gitu.. Huh!  Sentap makk tau! Tu la yang paling banyak aku geram... selain masalah-masalah kerja dan peribadi yang lain. Yang selalu tak terluah disebabkan perangai sendiri yang susah nak percayakan orang. huhuhu

So moral of the story tuk aku kali ni., aku kenalah kawal emosi aku.... walaupun kat luar sana,  macam-macam dugaan aku kena hadap.. Sebesar mana sekali pun! walaupun maruah aku dijaja oleh orang tak bertanggungjawab sekalipun.. So aku kena kuat, kena pandai kawal emosi, kena selalu jadi mummy dan best friend terbaik tuk anak-anak aku.. dan tak lupa jugak tuk jadi Tukang masak terhebat untuk untuk memenuhkan perut-perut double debab ku tu. Walaupun kat luar sana kata aku masak tak sedap.. I dont care! Yang penting anak aku suka..hehhehehe 

Okay untuk pengakhiran entry ni.. gambar wajib tayang tuk entry ni adalah.. jeng jeng jeng...

Wajah baik yang selalu kurindu..! 

Wajah nakal yang selalu membuat asap kepul2 keluar dari atas kepala aku.

Wajah double hero yang selalu bercekau 5 minit dan baik balik dalam 5 minit semula.

Dan wajah-wajah inilah juga yg selalu mengucapkan .. Mummy,  I love You !

Sekian ngomellan aku tuk kali ini Wassallam... 

No comments:

Post a Comment