Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assallamualaikum...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.. Hari memperingati Kebesaran dan Kelahiran Keputeraan Nabi Muhammad SAW .. 12 Rabiulawal 1435 Hijrah... " Wasatiyyah Tonggak kesatuan Umah "

Seawal 5.00 pagi aku dah bersiap sedia nak bermaulud nabi.. Wahhh semangat gitu! Sama seperti tahun-tahun yang lepas... 

Tema baju tahun ni warna coklat berbunga-bunga pink.. bertudung coklat dua layer.. dan berkasut penguin/kungfu .. Kasut ini hanya digunakan tuk berbaris je.. jalan-jalan tak bole guna nanti aku nampak terlampau kerendangan... hahahahaha . Start dari aku keje almost 6 years .. kasut ni je yang aku hentam.. ! legend gitu.. Tak lawa takpe yang penting  tapak kasut aku tak tersangkut ditengah jalan.. hehehehe

Kasut penguin/kungfu .. kasut azimat.. RM 9.90 sahaja .. beli kat Kampung Jawa.. Lorattt harga pun nak bagi tau.. hahahhaha

Tomey tak Kak Ton...?  Aummm ada macam mak-mak tak.. ? hahahaaha... Dari kiri : Fyda, Ila, aku dan Ain.. Waktu ni aku dah  jengkit kaki sikit nak bagi sama tinggi ngan minah-minah ni semua.. dah bosan jadi terlalu comeyyy.. hahahaha sila muntah pink! kikkiki bluekkk

Kitaorang berposing sebentar dengan Prof. Datuk Abu Bakar yang ohsem ni.. sempoii memanjang.. Hanya kami peserta pompuan yang gilosss posing macam ni.. hahhhaaha




Tahun ni takde la semeriah mana seperti tahun lepas.. bukan tak semeriah tapi memang tak meriah lah.. Hanya meriah sewaktu kitaorang berkumpul dipadang je.. posing memposing.. Berjumpa rakan-rakan dari jabatan lain.. tu je... Perarakan tahun ni berterabur..  huh! memang aku tak puas hati.. Bagi aku , urusetia tahun ni seolah-olah lepas tangan, buat keje  takde sistematik dan buat keje seperti melepaskan batuk ditangga.. Asal ada je la... Kitaorang dilepaskan berarak dengan carca merba.. sekali jalan 3 lane... Cian lak aku tengok peserta perarakan yang bersemangat memakai baju-baju  cantik sedondon sepasukan seawal 6.30 pagi... Dengan banner yang dilukis/ ditulis cantik dan berkompang bagai.. Huh


Lihatlah  keteraburannya sejauh 3 meter... Dari Stadium Hang Tuah hingga ke Masjid Al-Azim ..huhuhu.. Dah nak dekat ke garis penamat perarakan di Masjid Al-Azim ... Dari awal sampai akhir macam ni la kitaorang berarak ..  huhuhuu ciannnn...

Bukan tu aje .. Penonton-penonton yang menunggu ditepi jalan seawal pagi untuk menyaksi kan perarakan Maulidur Rasul bersama anak-anak kecil masing-masing.. Keciwa jelas terpancar diwajah mereka... Photografer profesional dan tak profesional seperti hilang arah.. tak tau nak amik gambar dari angle yang mana.. hilang fokus la baq hang..Hancuq..! 

Aku harap tahun hadapan takdelah terjadi perkara-perkara macam ni lagi.. Sia-sia semua peserta perarakan dari pelbagai jabatan dan agensi menempah baju berbaju berwarna-warni , menempah banner dengan tulisan khat seindah mungkin, memukul kompang sampai sakit tangan, memukul dan memikul gendang  yang berat, menyanyi bagai hinggakan nak hilang suara..ermmmm... Keciwa! Aku tau la tahun ni takde pertandingan perarakan dan pakaian  tercantik .. Tapi hargailah masa dan wang yang dikeluarkan untuk memeriahkan Sambutan Maulud Nabi ni , Hari kelahiran dan keputeraan Nabi Muhammad SAW ni.... Tu jela harapan aku yang tak tau la akan tinggal harapan atau harapan yang akan diperbaiki pada tahun hadapan dan seterusnya. Insya Allah.  Tetiba rasa macam tak nak masuk berbaris dah pada tahun hadapan pun ada.. huhuhuhu Tu je la aku nak mengomel .. Aku tak suka mengomel dalam blog ni.. Tapi aku kena ngomel jugak.. huhuhu  Eh apa aku tulis ni.. hehehehe

Sekian wassallam... 

2 comments:

  1. Ok, fokus sbnr aku ialah kasut penguin tu.. Kedai mana akak beli? Lama gile xpakai kasut tu.. Stlh berminggu2 buat research pasal barefoot runner, sy fikir kasut ni sesuai utk barefoot newbies sbb murah dan bg effect yg setanding dgn kasut harga 4 ratus..

    ReplyDelete
  2. Beli kat Kampung Jawa Melaka..

    ReplyDelete