Sunday, 2 February 2014

Memori 9 tahun Adam

Assallamualaikum...

Hari ni birthday Adam 3/2/2014... lip lap lip lap Adam dah 9 tahun. Sekejap sangat mama berlalu. Masih terasa kesakitan melahirkan Adam...membesarkan Adam yang waktu keciknya cukup agresif, talkative, hyperactive dan macam-macam "tive" lain lagi la..hehehehehe. Sekarang pun Adam dah pakai spec... Adam cakap dia pakai spec kelihatan macam proffesor.. Amin. heheheheh Harap-harap dah besaq nanti betui-betui la jadi proffersor naa... La ni Adam dah pandai melaram, takmo lagi la fesyen-fesyen yang mummy di suggestkan.. Kalau bole semua idea dan gaya dia je... Mummy punyer design dah tak "in" la kununnyer..cehhh ...hahahahhaaha

Aku rasa antara Adam dan Mukhriz ... Adam la yg paling  banyak melalui onak duri yang mencabar... seawal 2 tahun aku dah hantar Adam ke rumah pengasuh sebab aku mula sibuk mencari rezeki.. kat situlah Adam dibawa balik oleh pengasuhnya ke Kampung tanpa keizinan aku.. semalaman jugaklah aku tak tidur mengenangkan nasibnya..  Keesokkanya baru dipulangkan.. Syukur Alhamdullilah Adam tak apa-apa. Terus aku berhentikan dia dari rumah pengasuh..huh! tak sanggup aku hantar Adam kat rumah orang yang tak tau apa itu tanggungjawab.. sejak detik itu memang aku xdak hantaq kat rumah pengasuh la.. semua hantar kat Taska/tadika.. biaq bayaq lebih sikit, yang penting Adam selamat...


Tak habis disitu , Adam pun jadi mangsa kat Taska pulak. Hadoii cian Adam..! Adam jugaklah kanak- kanak yang pernah dibaling botol bedak sampai lebam bijik mata... tapi lebam tu dah tak nampak sgt sebab cikgu tu ada caranya untuk menghilangkan  lebam tu. Cuma mata dia nampak lain sikit je.. macam lebam samar-samar..eh ada ker ayat..hentam je la labuuu... Sehinggalah ada cikgu lain yang memecahkan rahsia tu... Apalagi melentingla aku... So akhirnya cikgu tu diberhentikan setelah aduan dan aduan yang aku lakukan..Semua la aku call...sejak dari itu aku jadi orang yang amat cerewet pasal anak2.. takut sejarah berulang kembali.. Start dari tu la aku buat keje tambahan  jadi macam detektif conan.. rajin buat spotcheck, rajin call cikgu dll.. hahahaha...

Adam jugaklah anak aku yang pertama mendapat corak kepala tali pinggang di punggungnya. Macam orang giler la sekejap aku... huhuhu Ahhh memori hitam memang susah nk dipadamkan kan?

Masih lagi teringat  .. tak silap aku pada tahun 2011, dimana rumah aku dilanda banjir.. Bencana tu pulak hadir pada hari lahir Adam.. ingat lagi semalaman aku tak tido risau akan air yang akan melimpah membasahi lantai rumah... Huh sedihnya.. ! sob sob.. Rasa mcm tak nak cerita je kat sini.. tapi bila difikirkan balik .. Aku nak Adam baca blog ni, biar dia paham apa yang pernah terjadi dalam kehidupan dia suatu masa dulu, biar ianya jadi pedoman dan iktibar..Insya Allah.  Waktu banjir tu jugaklah aku dan Adam bertungkus lumus mengangkat semua barang ke tingkat atas... Adam memang anak yang kuat... Malam banjir tu jugaklah aku anak beranak tido kat dalam kereta.. sampailah muncul sinar mentari.. Banjir masih tak surut dan hujan masih tak berhenti .. So aku amik keputusan tido kat hotel keesokkannya.. bukan nak berlagak ke apa? Tapi aku tak suka telingaku dibingitkan dengan kata-kata orang luar tentang kelasakkan anak-anak aku.. Biarlah aku tahan perut tak makan demi anak-anak.Orang nk mengata itu belakang kira. Yang penting tanggungjawab sebagai emak untuk membahagiakan mereka tu sempurna.  Bila surut air banjir aku dan Adam jugalah yang berposak membasuh rumah.. Tak pernah sekalipun dia bersungut diwaktu itu.. Huh rasa macam nak menitik pulak ayaq mata ni.. hadoii

Tulah serba sedikit ranjau dan onak duri yang Adam hadapi dari umurnya seawal dua tahun lagi... Adam dan Mukhriz memang anak yang baik.. walaupun adakala a little bit notty .. biasala budak-bidak, tak notty tak best pulak perjalanan hidup dorangkan..ye idak..?? hehehe Insya Allah Amin...

So untuk kali yang kesembilan kali ( 9 tahun) jugaklah mummy nak ucapkan Selamat Hari Lahir tuk adam. Semoga adam menjadi anak yang baik , anak yang soleh dan anak yang sentiasa menghormati dan bisa membuat mummy sehingga ke hujung nyawa. Insya Allah...

Mata aku ni pun dah mengerlip mengerlap mengantuk.. Esok aku plan nak buat birthday Picnic tuk Adam.. Kununnya azam tahun baru 2014 ni, nak buat macam ni pulak tuk hero-hero aku... Doakan dorang happy esok ye. hehehehe nanti aku tulis entry Picnic Birthday Adam pulak ea... Bye Wassallam...

Belon-belon tu usahasama antara adam dan Mukhriz meniupnya.. Mummy tukang beli je hokay..Tak kuasa makkk nak meniup ..hehhehehehe Anw barang-barang dah ready..jom picnic! hehehhe

No comments:

Post a Comment