Sunday, 5 October 2014

Travel : Bandung (PART 2) Kawah Putih

Assallamualaikum...

Selamat Hari Raya Haji.. Pagi ni .. pagi raya hari.. Raya tetap  raya ok. Selepas bangun mandi , sembahyang raya kitaorang macam biasalahh bersalam-salaman.. Bezanya takde baju raya, takde ketupat dan  takde rendang bagai...Sob sob sob tapi xpelah asalkan family ada disisi semua settle...

Kat Hotel pun dorang xde hidangkan apa-apapun berkaitan raya.. menu biasa je..almaklum la hotel budget je pun... hehhehe So nak meriahkan suasana kitaorang makan ice cream..yehahhhhh..macam2 ada. Kat sebelah kitaorang ni ada kedai Alfa Mart macam kedai 7E tu... apalagi boronggglah kuih raya , ehh salah borong ice cream...kekekekeke

Ice Cream... ! Macam2 ada.. Magnum pink dan black ada, ice cream cartoon2 pun ada wokayy... hehehehe syokkk ooo..!

Sempat jugak aku rembat satu komik tuk Adam.. hampehh dia xnak baca pun.. agaknya dia tak paham la tuu.. Takpe kita simpan jelahh ye..Buat kenangan..hehehe. Ni la aktiviti sementara menunggu Pak Kiki amik kitaorang untuk ke  Kawah Putih...  Trip ni aku tak pi ke Tangkuban Perahu walaupun tempat tu famous, yelahh aku risau mama ngan abah tak larat jalan je . so kita cari yang senang sikit dan cantik..

// KAWAH PUTIH
TIKET MASUK : Rp 30 000 (RM 8 seorang)
Agak jauh dari bandar... 

Kawah Putih adalah sebuah tempat wisata di Jawa Barat yang terletak di kawasan Ciwidey. Kawah putih merupakan sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini berwarna putih, lalu warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan, yang unik dari kawah ini adalah airnya kadang berubah warna. Kawah ini berada pada ketinggian 2090 meter dpl dibawah puncak/titik tertinggi Gunung Patuha.

Gambar-gambar sekitar perjalanan ke Wisata Kawah Putih


Adam yang sudah keletihan...


Dekat mana-mana pun boleh berniaga

Kereta kuda... Salah satu pengankutan awam disana..


Yeahhh sampai sudahhh... setelah 2, 3 trip tido..hehehe 

Kenderaan yang disewa hanya akan dropkan kita disini sahaja (parking bawah) pastu selepas bayar tiket kita akan bergerak menggunakan kenderaan warna oren ( disediakan  termasuk harga tiket) ke Kawah Putih. Perjalanan ke atas mengambil masa 1/2 jam. Jalan bengkang bengkok ye..Sila bertabah!



Diantara gerai-gerai yang terdapat di Wisata Kawah Putih ni.  Amat disugestkan membeli strawberry disini.. Harga ok..! dan yang paling penting strwaberry2 kat sini besaq2 dan manis2 belaka. Makan sampai sakit pewott ye... .hehhee.. dan kalo sakit pewott takpe toilet kat sini bersih..no worries! 

Strawberry yang menjadi dessert tuk kitaorang sementara menunggu hidangan kitaorang sampai. Kitaorang makan gerai2 yang ada kat sini je . Adam dan Mukhiz beli strawberry yang telah dicelup2 dengan coklat. Tak sempat nak amik gambaq .Dah hadam dalam pewott depa.. Lapaq gamaknya kot..hehehe.

Menikmati hidangan sambil menonton Avengers.. kat mana -mana pun bole feel like home ok.. hahahaha. Memang anak mummy sungguh la korang ni..


Mak usu orang suh  makan dia g amik gambaq pulak... Nanti bagi pinggan kosong. Baru tau! hahahaha. Aku order Soto Sup. Soto dia lain sikit dari sini. Dia hidang pakai Mee Soon tu, Ada carrot putih  dan juga keropok sayur. Makan confirm tak kenyang sebab terlampau berkhasiat.hahahah Pastu aku macam biasalahh minum teh botol yang ala-ala pahit manja tu. Senang perut aku tak  meragamn  kalo salah makan sbb kat sini, almaklum la cili kat sini lain macam sikit pedasnya.Pedas tahap gaban wooo. Pewott tak tahan macam mak aku, memang masalah la .

Finally kami sampai jugak di Kawah Putih. Pic ni aku suh budak-budak remaja Indon yang tolong amikkan gambaq... Siap ajaq depa angle mana yang nak diambil..hahahhaa. Terima Kasih ya adik2..

Ni la Kawah Putih. Gambar tak banyak aku amik sebab Adam pun sibuk gak nak jadi photografer. Sabo je la. Ni hasil-hasil pic yang dia amiklahh.. Sabo mummy..sabooo..





Semua dok pakat pakai mask sebab tak tahan dengan bau sulfurnya. Mama sekejap je turun kat kawah ni kemudian terus naik atas balik. Abah ok je.. Yang lain-lain lagilahh  terlebih ok. 


Belon perisa strawberry .. Main-main tak habis2.. Bekas2 belon pun  tak glamour mana pun, ala-ala DIY je tapi hasil belon ni memang marvellous!

Settle sudah perjalanan. Turun semula menaiki kenderaan yang disediakan. Tak perlu nak kenderaan yang sama waktu naik. Mana2 pun ok. Tiada bayaran dikenakan.



Next station... Next Entry la pulak... hehehehehe

No comments:

Post a Comment