Wednesday, 8 October 2014

Travel : Bandung PART 5 ( Kampung Daun)

Assallamualaikum..

Perjalanan di Bandung sudah masuk hari ke empat.. Wahhhh kejap je masa berlalu.. So aktiviti arini kitaorang terus ke  Kampung Daun . Ianya merupakan sebuah tempat menjamu selera yang aman dan nyaman sekali. Terletak diatas pergunungan so cuacanya memang sejuk  dan ianya bagiku cukup ohsem.!

Pintu Masuk ke Kampung Daun

Pentas Kampung Daun . Rasanya seperti ada persembahan kebudayaan disini. Tapi waktu aku datang takde la pulak persembahanya..huhuhu
Gerai-gerai kraft yang menyambut tetamu datang. 

Sesampainya kitaorang kat sini , pelayan sudah bertanya jumlah kami semua  dan cadangan tempat yang sesuai. Memandangnya tempat duduk untuk menikmati hidangan ditepi air terjun dah penuh kitaorang duduk je di tempat yang telah dicadang .Takut pulak lambat nak kosong, mati kebulur kitaorang kang..hhhahahahaa Menu makanan kat sini kebanyakan adalah makanan tradisi Indonesia so Pak Kiki , supir kitaorang yang akan menjadi bahan rujukkan.. Almaklum la nama-nama menu ni agak pelik.. hehehe. 

Eh lupa pulak nak cakap makanan western pun ada gakk tapi saja taknak sebut ..ehhehee. Nama pun melancong kenalahh cari makanan tradisi kan...barulah best. So aku orderlahh Pisang cheese (seketul pisang goreng yang dipenuhi cheese dan coklat)  sebagai desert, Nasi Timbel, Nasi Liwet Parahyangan (nasinya best, wangi, sedap), Nasi Penyet Ayam Bakar, Sup Soto daging dan macam-macam lagi lahhh. Hadoii naik tergeliat nak nyebut..Sabo je laaa..

Mau oder apa ya buk...hehehe  Kaunter order la kot ea..hehehe Asal bole je aku ni. Nampak menu terus kata kaunter order..:p


Nasi Liwet Parahyangan . Nasinya diletakkan didalam satu bekas yang lain..  (satu set ni dibuat untuk 2 orang makan)


Nasi Timbel ( Nasinya dibungkus dalam daun pisang)
Mak aku cakap tempat best sebab makanan dan suasananya.Patutlah famous! Lagi best jika nak dibandingkan dengan Restaurant D'Belacan tu... Harga pun bole tahan takdelah semahal kat D'Belacan tu, Dihiasi pula dengan pokok-pokok , batu-batuan dan juga air terjun buatan.. Terserlah ke "nyamananya".. hahhaha ( ehhh ada ke perkataan tu..hentam jela namapun blog aku" keh keh keh

Tangga-tangganya dihias indah

Tempat Lepak

Air Terjun buatan..Cantekk!


Dibahagian hadapan kampung ni terdapat jugak gerai-gerai kraft dan juga souveniar . So senanglah korang nak shopping tapi waktu aku datang semuanya tutup cehh....

Settle makan kitaorang apalagi melawatlahhh kawasan sekitar..dok kat tepi air terjun . posing posing. Jadi poyografer kejap.. hahahhah memang poyos habislahh..hahahahaa Settle..! apalagi balik lerr.. Tapi ada pulak dua orang budak ni telah mengambil kesempatan  menaiki kuda yang terdapat kat tempat parking kete... Naik 2 trip pulak tu.. Sekali mummy bayar sekali lagi Tok Wan yang bayaq (Harga aku lupa) ... hadoiii Memang  ayat terbaiklahhh yang dorang berikan... 



Dua orang budak yang telah mengambil kesempatan disaat semua orang tengah dalam kekenyangan..hish!

Waktu pulang kitaorang singgah di Kartika Sari beli kek dan brownies.. Almaklum la katanya kat sini katanya  best! So belilah kitorang 1 kotak kek , brownies dan jugak kerepek-kerepek yang menjadi pujaan mak ku.. hehhee. Satu lagi kat depan kedai Kartika Sari ni ada gerai yang menjual Ice Cream durian..Perghhh sedap.. Dia letak durian 3, 4 ketui.. Original okay.Kalo korang pi, jgn lupa beli tau.. Harga Ice Cream tu aku lupa. 


Kiri :Ice Cream Durian yang Ohsem tu!
Kanan : Coklat-coklat yang juga dijual didalam Kedai Kek & Brownies Kartika Sari.

Ok. Rasanya entry pasal Bandung tu aku tamatkan kat sini jelahh ye sebab esoknya  dah takde aktiviti -aktiviti yang menarik selain singgah kat Pasar Baru topup ole-ole , kemas barang dan ke airport. Anw Thanks sebab sudi membaca. Okbai..Adios 








No comments:

Post a Comment