Tuesday, 4 February 2014

Birthday Picnic Adam


Assallamualaikum...

Yeahhh Picnic Time..! wah rasa dah lama giloss tak bawak hero-hero pergi pantai. Lagipun doranng ni suka nau memerap kat rumah...Sama macam mummy dia , memerap je kejenye..hahhahhaa.. anak omak la katakan..hehheheheh..

Okay birthday picnic kali ni jauh berbatu-batu..aicheheh .. hahhahahaha Kat Pantai Puteri je.. takde la jauh mana pun..dokat je la dari rumah aku...saja ja propa lebih..kikiki... Seawal 6.00 pagi aku dah bangun kununnya... Siapkan segala bekal bagai.. masak ayam goreng , nugget dan beberapa bekalan lain..hehhehe.. yang sonang-sonang je la ..Nak makan pun 3 beranak je..Kek aku dah beli malam tadi... beli kek biasa-biasa je sebab Adam dan Mukhriz ni tak berapa suka kek..manis sangat katanya. Contoh macam kek birthday Mukhriz hari tu.. Tak habis bak hang... Mukhriz kata loya la mummy , manis sangat, so mummy la yang tukang perabih.. Nasib la badan.. so  kali ni tak nak membazir aku beli kek kat Tesco je..RM 38 hinggit sahaja.. Save duit mummy...hahhhahaaha.. Adam yang pilih k.. Yang bersaiz kecik sesuai tuk kami. Yang ala-ala tomey gitu ..hehehee aku tengok ada kek macam padang bola.. lawa gitu.. harga pun ok.. tapi Adam cakap , takyah la mummy, besaq..! confirm tak habis..membazir je... wahh baguih la Adam ni macam mak-mak ..hhehehehe

Tomey tak Birthday Picnic kami.. dok tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa... sekali sekala ditepuk oleh belon-belon yang dikat ditepi bakul bekal makanan..hahhhaaha....Anak-anak aku ni cukup sopan santun kala berpicnic macam ni.. teratur gitu..hahhahahha kena tiup lilin dulu, pas tu makan kek, pas tu bagi kek kat orang-orang yang berhampiran..pas tu baru makan..Hadoiii naik kebuluq mummy..hehehehe


Adam tolong jangan gelojoh hokay..ni eksen je... Kek yang dipotong tu nak bagi kat abang dia.. Abang 3 slice , Adam satu slice, mummy pun satu slice... Bagi kat orang yang ada kat situ dua slice.. So licin..takdak membazir hokay... Pas tu masing-masing lawan dok main suap-suap gitu..ala-ala romantik gitu..sambil ranting-ranting halus luruh memenuhi meja comey kitaorang,... sabo jelahhh..hahahaha

Budak encem yang kuat makan..kek birthday dia tak suka makan..kek birthday adik dia, dia sekali hadap je..hahahhahaha.... Tapi takpe mummy suka..I like!

Adam berposing bersama juadah yang dibawa dari rumah.. ni pun tak habis... Kitaorang senang je bab bawak air.. Air masak je aka air mineral.. sonang..! Takyah air manis , confirm tak habis..hehheheehe

Ngapppp... sodapnyaaaa.. kunun la.. ;)

My big boy! luv u..muahhh

Lompat menggapai awan.. tapi tak sampai pun... hahhahahaha.. Posing wajib bila keluar bersama anak-anak..

Berlari berkejaran... wah suka gitu!...


Adam dah 9 tahun... cepat sungguh masa berlalu... salah haribulan esok lusa Adam  lagi besaq dari mummy...hehhehe


Hampa layan gambaq ja dulu na... ala kunun-kunun hampa tengah tengok pelakon-pelakon baywatch berlari-lari ditepi pantai hokay..hahahahaha


Yang ni mak budaknya... Aku kalo suh depa  amik gambaq aku tak senget benget atau blur memang tak sah.. nasib la badan... huhuhu


Okay .. sampai disini je cerita Birthday Picnic aku and the geng... Picnic yang dari pukul 9.30 pagi hingga 12.45 tengahari.. Picnic tanpa bermandi manda... Hanya main air ditepi pantai dan buat istana pasir yang tak menjadi-jadi..hahhahaha... Korang pun bole cuba gak buat Birthday picnic ni...simple je...  takyah nak heavy-heavy sangat sesuai untuk family kecil macam aku ni... Anak-anak pun enjoy...  Okay wassallam..adiosss...

Thanks for reading this entry...bye

Sunday, 2 February 2014

Memori 9 tahun Adam

Assallamualaikum...

Hari ni birthday Adam 3/2/2014... lip lap lip lap Adam dah 9 tahun. Sekejap sangat mama berlalu. Masih terasa kesakitan melahirkan Adam...membesarkan Adam yang waktu keciknya cukup agresif, talkative, hyperactive dan macam-macam "tive" lain lagi la..hehehehehe. Sekarang pun Adam dah pakai spec... Adam cakap dia pakai spec kelihatan macam proffesor.. Amin. heheheheh Harap-harap dah besaq nanti betui-betui la jadi proffersor naa... La ni Adam dah pandai melaram, takmo lagi la fesyen-fesyen yang mummy di suggestkan.. Kalau bole semua idea dan gaya dia je... Mummy punyer design dah tak "in" la kununnyer..cehhh ...hahahahhaaha

Aku rasa antara Adam dan Mukhriz ... Adam la yg paling  banyak melalui onak duri yang mencabar... seawal 2 tahun aku dah hantar Adam ke rumah pengasuh sebab aku mula sibuk mencari rezeki.. kat situlah Adam dibawa balik oleh pengasuhnya ke Kampung tanpa keizinan aku.. semalaman jugaklah aku tak tidur mengenangkan nasibnya..  Keesokkanya baru dipulangkan.. Syukur Alhamdullilah Adam tak apa-apa. Terus aku berhentikan dia dari rumah pengasuh..huh! tak sanggup aku hantar Adam kat rumah orang yang tak tau apa itu tanggungjawab.. sejak detik itu memang aku xdak hantaq kat rumah pengasuh la.. semua hantar kat Taska/tadika.. biaq bayaq lebih sikit, yang penting Adam selamat...


Tak habis disitu , Adam pun jadi mangsa kat Taska pulak. Hadoii cian Adam..! Adam jugaklah kanak- kanak yang pernah dibaling botol bedak sampai lebam bijik mata... tapi lebam tu dah tak nampak sgt sebab cikgu tu ada caranya untuk menghilangkan  lebam tu. Cuma mata dia nampak lain sikit je.. macam lebam samar-samar..eh ada ker ayat..hentam je la labuuu... Sehinggalah ada cikgu lain yang memecahkan rahsia tu... Apalagi melentingla aku... So akhirnya cikgu tu diberhentikan setelah aduan dan aduan yang aku lakukan..Semua la aku call...sejak dari itu aku jadi orang yang amat cerewet pasal anak2.. takut sejarah berulang kembali.. Start dari tu la aku buat keje tambahan  jadi macam detektif conan.. rajin buat spotcheck, rajin call cikgu dll.. hahahaha...

Adam jugaklah anak aku yang pertama mendapat corak kepala tali pinggang di punggungnya. Macam orang giler la sekejap aku... huhuhu Ahhh memori hitam memang susah nk dipadamkan kan?

Masih lagi teringat  .. tak silap aku pada tahun 2011, dimana rumah aku dilanda banjir.. Bencana tu pulak hadir pada hari lahir Adam.. ingat lagi semalaman aku tak tido risau akan air yang akan melimpah membasahi lantai rumah... Huh sedihnya.. ! sob sob.. Rasa mcm tak nak cerita je kat sini.. tapi bila difikirkan balik .. Aku nak Adam baca blog ni, biar dia paham apa yang pernah terjadi dalam kehidupan dia suatu masa dulu, biar ianya jadi pedoman dan iktibar..Insya Allah.  Waktu banjir tu jugaklah aku dan Adam bertungkus lumus mengangkat semua barang ke tingkat atas... Adam memang anak yang kuat... Malam banjir tu jugaklah aku anak beranak tido kat dalam kereta.. sampailah muncul sinar mentari.. Banjir masih tak surut dan hujan masih tak berhenti .. So aku amik keputusan tido kat hotel keesokkannya.. bukan nak berlagak ke apa? Tapi aku tak suka telingaku dibingitkan dengan kata-kata orang luar tentang kelasakkan anak-anak aku.. Biarlah aku tahan perut tak makan demi anak-anak.Orang nk mengata itu belakang kira. Yang penting tanggungjawab sebagai emak untuk membahagiakan mereka tu sempurna.  Bila surut air banjir aku dan Adam jugalah yang berposak membasuh rumah.. Tak pernah sekalipun dia bersungut diwaktu itu.. Huh rasa macam nak menitik pulak ayaq mata ni.. hadoii

Tulah serba sedikit ranjau dan onak duri yang Adam hadapi dari umurnya seawal dua tahun lagi... Adam dan Mukhriz memang anak yang baik.. walaupun adakala a little bit notty .. biasala budak-bidak, tak notty tak best pulak perjalanan hidup dorangkan..ye idak..?? hehehe Insya Allah Amin...

So untuk kali yang kesembilan kali ( 9 tahun) jugaklah mummy nak ucapkan Selamat Hari Lahir tuk adam. Semoga adam menjadi anak yang baik , anak yang soleh dan anak yang sentiasa menghormati dan bisa membuat mummy sehingga ke hujung nyawa. Insya Allah...

Mata aku ni pun dah mengerlip mengerlap mengantuk.. Esok aku plan nak buat birthday Picnic tuk Adam.. Kununnya azam tahun baru 2014 ni, nak buat macam ni pulak tuk hero-hero aku... Doakan dorang happy esok ye. hehehehe nanti aku tulis entry Picnic Birthday Adam pulak ea... Bye Wassallam...

Belon-belon tu usahasama antara adam dan Mukhriz meniupnya.. Mummy tukang beli je hokay..Tak kuasa makkk nak meniup ..hehhehehehe Anw barang-barang dah ready..jom picnic! hehehhe