Wednesday, 9 July 2014

Revolusi Mangkuk Tingkat

Assallamualaikum...

Kali ni aku berkesempatan  untuk melihat sendiri Pameran Revolusi Mangkuk Tingkat yang telah diadakan di Muzium Pulau Pinang . Tujuan sebenarnya adalah untuk mengenali pemilik koleksi mangkuk tingkat ni iaitu En.Prakash dan Puan Punita.Disamping bercadang untuk membawa pameran ini ke Muzium Melaka. 

Seriously memang banyak mangkuk tingkat yang aku tak tau akan kewujudannya . Ada mangkuk tingkat yang hanya membawa mee, mangkuk tingkat untuk kenduri, mangkuk tingkat yang menggunakan arang. It's really awesome!

Pameran :
REVOLUSI MANGKUK TINGKAT

Lokasi : Muzium Pulau Pinang
Tiket : Free
Tarikh Pameran : Mei - Julai 2014
Masa Lawatan : 9.00 pagi- 5.00 ptg


Mangkuk tingkat adalah  mangkuk penyimpanan bersusun secara vertikal yang digunakan untuk membawa makanan. Ia merupakan satu unit penyimpanan yang terdiri daripada 2-4 mangkuk atau bekas yang sama saiz, ianya disusun diatas satu sama lain. Ianya mempunyai penutup dibahagian atas sekali , diapit dan dikunci dari tepu ataupun diatas.

Mangkuk tingkat  juga bertindak seperti termos botol yang menyimpan makanan panas untuk kekal panas dan makanan sejuk  untuk kekal sejuk. Ianya digunakan untuk membawa makanan ke tempat kerja atau perjalanan panjang, agar maknan yang dibawa sentiasa segar dan tidak tercemar.

Mangkuk tingkat dalam bahasa inggerisnya dipanggil " Tiffin" . "Tiffin adalah perkataan Anglo-India yang berasal dari bahasa inggeris lama iaitu 'tiffing' atau ' to tiff' ' yang bermaksud untuk makanan ringan '. Namun pada masa kini ia diistilahkan  sebagai makan tengahari.

Berbagai-bagai jenis mangkuk tingkat yang dipamerkan. Terbahagi kepada lima era. 

  1. Era sejarah yang diperbuat daripada tanah liat dan mempunyai nilai yang tinggi. 
  2. Era 1920- 1940 di Tanah Melayu, Czechoslovakia, Eropah dan Peranakan.
  3. Era  1940-1950an. Mangkuk tingkat  yang berupa bentuk cetakan bunga-bungaan  dan sepuhan emas. Ianya dihasilkan di jepun , Hong kong dan juga Eropah.
  4. Era sekarang yang diperbuat daripada  aluminium tahan karat, palstik dan juga serat.
  5. Era dimana mangkuk tingkat ini dibuat bersama tempat meletak penyepit disebelah tepinya.




Mangkuk tingkat  yang bercorak-corak tu dipahamkan  diperbuat daripada logam/ aluminium yang murah dan ianya dibuat mengikut kemampuan orang-orang biasa . So ianya dianggap tidak sihat dan tidak sesuai untuk kegunaan untuk jangka masa yang panjang. Ada yang kata, ianya bole membuatkan kita lupa ingatan.. Hadoii dulu mak aku ada gak boh dalam mangkuk tingkat corak macam ni, no wonder la aku sekarang makin lupa ingatan..hahahahahha :P


Penyampaian cenderamata kepada En Prakash dan Puan Punita , pemilik kesemua Mangkuk Tingkat ini.
Lebih kurang 185 buah mangkuk tingkat yang dipamerkan .

Mangkuk tingkat yang dihasilkan pada tahun 1930 an buatan Chezch Republic. Mempunyai motif bunga, burung yang bercorak timbul.

Kiri : Salah satu mangkuk tingkat yang diperbuat menggunakan tembaga dan bercorak timbul.
Kanan : Pameran ini mendapat pengiktirafan  daripada The Malaysia Book Of Records.

Mangkuk Tingkat yang termahal . Mempunyai warna yang rare "Oren". Dibuat pada tahun sekitar 1920-1930an di Czech Republic. Mangkuk tingkat ini digunakan untuk mengisi mee bagi Majlis Hari Jadi.




Akhir sekali mangkuk tingkat yang mempunyai  cop "Occupied Japan ". Ianya diperbuat semasa Jepun  telah dijajah oleh kuasa-kuasa bersekutu.

Ok tu je serba sedikit perkongsian mengenai mangkuk tingkat.