Thursday, 23 October 2014

Travelog : Makassar (Part 1)

Assallamualaikum...

Fuhhh lama gilos nak amik masa untuk menaip entry ni..hehhehehehe So berkat semangat yang kuat akhirnya aku berjaya jugak menaip entry ni ..kikikiki (poyos je statement kan ..hhehhee) . Mulanya agak malas aku  nak ikut serta trip ke Makassar ni , memandangkan aku baru je balik dari Bandung.. tapi diatas sebab-sebab tertentu aku pun turut serta lah jugak (hadoiii ayat macam terpaksa je kan..hehhee ) . cehhh orang ajak berjalan pun tak nak..over tau!

Trip Makassar Indonesia selama5 hari 4 malam bermula 22 -26 Oktober 2014 ni adalah anjuran Persatuan Sahabat Muzium Melaka. Perjalanan seawal jam 7.00 pagi dihadapan Muzium Rakyat menggunakan bus JKM . Masa yang diambil , takdelah lama sebab ada terus tunggu di KLIA2 .

Semua yang ikut serta otai-otai belaka. 
Aku ni sekadar dipinggiran gitu, tu yang berbelah bahagi. 
Hehehhee (drama sungguh tau mummy ni!)


Kami tiba di KLIA 2 lebih kurang jam 11.00 pagi, agak awal bukan memandangkan flight kitaorang berlepas jam 1.40 tengahari, so masa yang ada ni kami gunakan untuk makan dan jalan-jalan cuci mata dulu tapi tunggu! kitaorang check in luggage la dulu la kan... So kenalah beratur la kat kaunter. huh panjang siut! Settle je aku terus ke food court.. agak confius nak ke food court KLIA2 ni sebab kena turun naik tangga dan escalator... almaklum la ni kali ke dua aku mai KLIA2 ni, tak sempat nak tawaf abis..huhuhu

Lepak kejap dengan YDP Persatuan Sahabat Muzium Melaka
sementara tunggu flight tiba.
Perjalanan ke Makassar mengambil masa lebih kurang empat jam.... sesampainya  kitaorang di Sultan Hasanuddin International Airport kitaorang telah disambut oleh Tour Guide Makassar bersama assistantnya. Seterusnya kitaorang terus bertolak ke Losari Beach memandangkan cuaca hari makin gelap walaupun jam baru menunjukkan baru pukul 6 petang. Rasanya macam tak sempat je nak tengok sunset kat Losari Beach tu... huhuhu. Benar tekaan ku memang tak sempat pun memandangkan perjalanan dari airport pun mengambil hampir 45 minit. So hanya aktiviti jalan-jalan dan solat maghrib di Masjid Amirul Mikminim, Masjid Terapung Losari Beach  selepas tu sempatlah kitaorang mencari simcard  dan pisang epe sebagai pembuka aktiviti bagi hari pertama di Makassar. Kat Losari Beach ni memang banyak peniaga yang menjual pisang epe, so aku tak melepaskan peluang mencubanya... Seriously memang tidak memenuhi citarasa aku. Pisang yang dipanggang dan dituangkan kuahnya yang merupakan air gula .  Tu tekak aku, tak tau la pulak tekak korang ..hehehe Tapi bagi masih tak bole lawan dengan pisang goreng cheese yang aku makan kat Tanjung Pinang memang terbaekkk!

Pisang Epe Makassar (Sumber Gambar Mr Google)

Pisang Goreng Cheese Tanjung Pinang yang win tu ( fuhh siap upload  gambaq lagi kasi jelas ..hahhahaha) 

Satu jam di Losari Beach kami terus ke destinasi seterusnya... makan! lagiiiiii..hhehehe Kitaorang menikmati dinner kami di Ratu Gurih  , Seafood Market and Resto. Oh lupa nak habaq makanan kat sini semuanya berasaskan ikan almaklumla Makassar ni memang dikelilingi oleh laut so macam-macam la hidangan berasaskan ikan...  Tapi bila perut dah lapaq, kami hentam sajalahh ..lagipun aku pun bukan yang jenis cerewet sangat bab makan ..hahhaah kununnya :P 

 Menu ini malam.. korang tengok yang ketul-ketul tu, mati-mati aku ingat ayam, ciss sekali ikan...perghhh aku tertipu ! Yang berkuah tu pulak aku ingat tom yam tapi rupanya sup isi ikan... macam-macam menu ikan!

Ratu Gurih Seafood Market and Resto.

Settle makan kitaorang terus ke  Fave Hotel Makassar tibalah masa untuk kitaorang berehat.,  almaklumla badan pun dah berlogas, hehhhee ...... Hotel ni serba Pink hokay  ! I like... 

Pink Oh! Pink

Deco pun pink hokay! jgn jeles.. nyenyak tidurnya.  Ni untuk malam pertama je , untuk esok malam next entry ya, jeng jeng jeng.. Info lanjut pasal hotel ni bole klik kat SINI ....

Wassallam..

Wednesday, 8 October 2014

Travel : Bandung PART 5 ( Kampung Daun)

Assallamualaikum..

Perjalanan di Bandung sudah masuk hari ke empat.. Wahhhh kejap je masa berlalu.. So aktiviti arini kitaorang terus ke  Kampung Daun . Ianya merupakan sebuah tempat menjamu selera yang aman dan nyaman sekali. Terletak diatas pergunungan so cuacanya memang sejuk  dan ianya bagiku cukup ohsem.!

Pintu Masuk ke Kampung Daun

Pentas Kampung Daun . Rasanya seperti ada persembahan kebudayaan disini. Tapi waktu aku datang takde la pulak persembahanya..huhuhu
Gerai-gerai kraft yang menyambut tetamu datang. 

Sesampainya kitaorang kat sini , pelayan sudah bertanya jumlah kami semua  dan cadangan tempat yang sesuai. Memandangnya tempat duduk untuk menikmati hidangan ditepi air terjun dah penuh kitaorang duduk je di tempat yang telah dicadang .Takut pulak lambat nak kosong, mati kebulur kitaorang kang..hhhahahahaa Menu makanan kat sini kebanyakan adalah makanan tradisi Indonesia so Pak Kiki , supir kitaorang yang akan menjadi bahan rujukkan.. Almaklum la nama-nama menu ni agak pelik.. hehehe. 

Eh lupa pulak nak cakap makanan western pun ada gakk tapi saja taknak sebut ..ehhehee. Nama pun melancong kenalahh cari makanan tradisi kan...barulah best. So aku orderlahh Pisang cheese (seketul pisang goreng yang dipenuhi cheese dan coklat)  sebagai desert, Nasi Timbel, Nasi Liwet Parahyangan (nasinya best, wangi, sedap), Nasi Penyet Ayam Bakar, Sup Soto daging dan macam-macam lagi lahhh. Hadoii naik tergeliat nak nyebut..Sabo je laaa..

Mau oder apa ya buk...hehehe  Kaunter order la kot ea..hehehe Asal bole je aku ni. Nampak menu terus kata kaunter order..:p


Nasi Liwet Parahyangan . Nasinya diletakkan didalam satu bekas yang lain..  (satu set ni dibuat untuk 2 orang makan)


Nasi Timbel ( Nasinya dibungkus dalam daun pisang)
Mak aku cakap tempat best sebab makanan dan suasananya.Patutlah famous! Lagi best jika nak dibandingkan dengan Restaurant D'Belacan tu... Harga pun bole tahan takdelah semahal kat D'Belacan tu, Dihiasi pula dengan pokok-pokok , batu-batuan dan juga air terjun buatan.. Terserlah ke "nyamananya".. hahhaha ( ehhh ada ke perkataan tu..hentam jela namapun blog aku" keh keh keh

Tangga-tangganya dihias indah

Tempat Lepak

Air Terjun buatan..Cantekk!


Dibahagian hadapan kampung ni terdapat jugak gerai-gerai kraft dan juga souveniar . So senanglah korang nak shopping tapi waktu aku datang semuanya tutup cehh....

Settle makan kitaorang apalagi melawatlahhh kawasan sekitar..dok kat tepi air terjun . posing posing. Jadi poyografer kejap.. hahahhah memang poyos habislahh..hahahahaa Settle..! apalagi balik lerr.. Tapi ada pulak dua orang budak ni telah mengambil kesempatan  menaiki kuda yang terdapat kat tempat parking kete... Naik 2 trip pulak tu.. Sekali mummy bayar sekali lagi Tok Wan yang bayaq (Harga aku lupa) ... hadoiii Memang  ayat terbaiklahhh yang dorang berikan... 



Dua orang budak yang telah mengambil kesempatan disaat semua orang tengah dalam kekenyangan..hish!

Waktu pulang kitaorang singgah di Kartika Sari beli kek dan brownies.. Almaklum la katanya kat sini katanya  best! So belilah kitorang 1 kotak kek , brownies dan jugak kerepek-kerepek yang menjadi pujaan mak ku.. hehhee. Satu lagi kat depan kedai Kartika Sari ni ada gerai yang menjual Ice Cream durian..Perghhh sedap.. Dia letak durian 3, 4 ketui.. Original okay.Kalo korang pi, jgn lupa beli tau.. Harga Ice Cream tu aku lupa. 


Kiri :Ice Cream Durian yang Ohsem tu!
Kanan : Coklat-coklat yang juga dijual didalam Kedai Kek & Brownies Kartika Sari.

Ok. Rasanya entry pasal Bandung tu aku tamatkan kat sini jelahh ye sebab esoknya  dah takde aktiviti -aktiviti yang menarik selain singgah kat Pasar Baru topup ole-ole , kemas barang dan ke airport. Anw Thanks sebab sudi membaca. Okbai..Adios 








Tuesday, 7 October 2014

Travel : Bandung PART 4 ( Trans Studio Bandung)

Assallamualaikum..

Pagi ni  aktivitinya ke Pasar Baru jap... Tempat yg best bagi kaki shopping.. Serius memang murah gilos...! Tapi aku takdelahh shopping menggilosss. Ada la beli la sehelai 2,3 t-shirt tuk aku dan anak-anak. Handbag 2,3 buah... Selipar 2,3 pasang, kasut sepasang tu je... Tak banyakk kann kannn.. Hahaha 

Tapi seriously kat sini memang murah baik dari segi kain ela, handbag, t-shirt, jeans, kasut  dan macam-macamlahh.. Lagi murah dari FO (Factory Outlet) semua tu dan bagi aku lagi senang nak shopping kat sini , sebab kat sini macam  one stop centre.. Macam-macam ada..!



Peace Yo!


Waktu kat sini kitaorang , ada seorang pak guard yang telah diamanahkan menjaga keselamatan kitaorang oleh  Kiki (Supir) .. Nama aku dah lupa. Baik dan hensem ok! ehh.?!. Wahhh macam bodyguard gitu! hehhehe  Sebab kat sini memang banyak kes penyeluk saku. So be carefull okay. 


Next Station

TRANS STUDIO BANDUNG

Seterusnya kami ke Trans Studio Bandung...

HARGA TIKET

Dewasa/ Kanak-kanak
Rp 150 000 ( Weekday) Rp 250 000 (Weekend)
Pembelian Mega Cash Rp 10 000 (Waktu keluar bole refund)
 ( Semua pembelian dan transaksi menggunakan Kad Mega Cash/ No cash money )

Waktu Lawatan 
9.00 pagi -10.00 malam

Show  disini

Section/Part

Trans City Theater
Yamaha Racing Coaster
Giant Swing
Marvel Super Heroes The Rides 4D
Indosat Vertigo Galaxy
Trans Car Racing
Si Bolang Adventure
Trans Broadcast Museum
Science Center
Dunia Anak
Jelajah
Kong Climb
Sky Pirates
Amphitheater
Captain Blackheart's Pirate Ship
Negeri Raksasa
Dragon Riders
Pulau Liliput
Dunia Lain
Special Effects Action


Memandangkan kitaorang sampai ke Trans Studio agak lewat , jadi confirmlah banyaklahhh show-show yang kitaorang terlepas, habis nak buat macamana kan.... Ni semua sebab shopping la... huhuhu  So redah je la apa yang ada .

Waktu ni tak tau ada perarakan apa... tengok sekali imbas je... 


Show pertama yang sempat kitaorang tgk...Marvel Super Heroes The Rides 4D   . Mama dan abah pun masuk gakk.. Sporting habis. hehhehehehe

" Bioskop simulator berteknologi 4 dimensi pertama di dunia yang menampilkan aksi superhero karya MARVEL seperti Spiderman, Hulk, Iron Man, Wolverine, dan melawan musuh-musuh mereka. menkombinasikan keajaiban mutimedia dan special effect."


Pastu kitaorang adik beradik naik Trans Car Racing. Oklahh not bad... Kitaorang yanng reti bawak kete semua duk sebelah, Bagi can kat anak2 aku dan mak usu yang drive. Memang haru gak dibuatnya.. Confirm tak dapat lesen kete.hahahha

 Vertigo Galaxy ni pun kitorang naik.. Pucat Lesi dibuatnya. Adam dan Mukhriz siap cakap, kita tak nak naik dahh.. 1st time aku tengok dia surrender. Selalunya semua dia redah, terutama yang extreme macam ni. Mana taknya habis Vertigo ni terbalik-balik kan dia. hehhehee  (Gambar Google)

" Kincir angin raksasa pertama di dalam ruangan yang membawa Anda berputar 360 darjah secara vertikal."


jeng jeng jeng ..terror tak aku...:P

Pulau Liliput

Kitaorang masuk gak Dunia lain ni setelahhh digoda oleh hantu-hantu kat pintu masuk ni.. Fuhhh ingatkan seram tapi hampehhh.. buat penat je aku berkepit ngan mak aku. kalau tau tak sempat bole gak aku action ngan Adam dan Mukhriz.. Hadoii pecah tembelang! cisss..

Adik-adik yang suka berposing.. Tak pelahhh kakak tolong ambilkan gambaq, tapi bila turn kakaknya habis senget benget..Nasib la badan...


 Dragon Rider

Jelajah

Jelajah dan Dragon rider pun kitaorang naik gakk.. Oklahhh tak de la best sgt, ala-ala suam kuku. Untuk Jelajah just standby je la takut basah kuyup (kuyup ala-ala manja ) walaupun ketinggian kapal tuk turun tak delahhh tinggi dan mencabar sangat.. 
Habis sudahhhh.... Muka paling lambat keluaq sebab cari t-shirt Trans studio ni... Tapi tak dapat gak sebab tak de saiz..keciannn.. ok kita bersambung ke next entry ye... bye ..Wassallam..



Monday, 6 October 2014

Travel : Bandung (PART 3) Ladang Teh & Kebun Strawberry

Assallamualaikum..

Sepanjang dalam perjalanan turun dari Kawah Puteh, kelihatan ladang-ladang teh yang tersergam indah. Seperti mengamit kitaorang untuk turun bergambar ..hahahhahaah ** Terror tak alasan aku.wink wink Apalagi bila sampai je kat kawasan ni apalagi capai kamera... posing! Bukan setakat kitaorang je yang bergambar ada juga masyarakat tempatan yang bergambar sama .

LADANG TEH

Kanak-kanak ribena yang happy teramat sebab bole main nyorok-nyorok dalam teh.. Hadoii penat kejaq tau.

Disebabkan semua adik-adik sibuk nak jadi photografer, so aku dengan rela hati menjadi model tak bertauliahnya..hahahaha Nasiblahh dapat kakak yang over lagu ni..

Chakkk...

Abah , mama, adik , anak dan juga Pak Supir si Kiki yang supporting habis.. Siap bermonopod gitu..

Aku dan abah..Abah pun supporting bila aku suh posing macam ni, macam tu.. cian abah kena buli ngan anak pompuan dia yang sorang ni..




Posing ..posing..posing dan terus posing selagi tak habis kodak.. ehh!

Pastu waktu nak balik  aku tengok abah tengah order Jagung bakar ni... aku apalagi tumpanglah sekaki...

Next Station

KEBUN STRAWBERRY..

Aku ingat punyalah besaq kebun strawberry ni..tapi alahaii kecik put.. maybe ada yang besaq kot tapi yang ni je terjumpa..redah je la. Kat sini memang banyak kebun-kebun strawberry, kat kiri kanan jalan.. cuma kena pandai pilih je. Tapi waktu aku datang strawberry banyak dah yang takde.. tinggal yang kecik-kecik je.. Dapat kat Adam dan Mukhriz habis semua dia angkut ... rugi rugi...

Ni la strawberry itu.. kecik dan masam sampai tak termakan. Aku rasalah , strawberry yang besaq2 tu sudah habis diborong oleh peniaga gerai kat Kawah Putih tu la..sebab kat sana tu semua manis dan besaq2 belaka.

Ni la kebun strawberrynya..





Setelah penat makan strawberry kitaorang singgah makan di De'Belacan Restoren.. Macam Family dinner la sempena Hari Raya Haji. Ada gak menu-menu yang best tapi secara keseluruhannya semua berasaskan belacan. Ni restoren cadangan supirku. 

Restoren Belacan dari luar

Seriously makanan kat sini semua pedas-pedas..Antara tahan dengan tak tahan je. 


 

Kiri : Menu yang famous kat sini Ayam Belacan.. Sedap tapi pedas..
Kanak : Kangkung goreng belacan..belacan lagi.

Hadoii dah takde idea nak tulis.. penat gamaknya..ok sambung citer lagi jat next entry ye..
Bye..Wassalam..