Sunday, 21 December 2014

Rozaimee + Anisah







Rozailan + Marzianah





Happy Born Day Mummy!

Assallamualaikum...

20 Disember hah?! genap aku 17 Tahun..ehhhh?

Hari ni aku ada job amik wedding so anak-anak aku pos kat daddy dia so takdelahh aku risau sangat bila dorang dok umah.. yelahh keje part time aku ni adakalanya tengah malam baru balik.. tak ke kesian kat dorang.

Hari sebelumnya Adam dah nyanyikan satu tuk aku..wahhh sweet gitu... Syahdu Syahdan gitu! Patutlah sebelum aku g keje dia pesan  aku nak tolong  bukakkan password  lappy tuk dia, rupa-rupanya nak cari ihlam n..Wahh terharu gitu.. Terasa hilang penat seketika membesarkan dorang.

( Video Adam nyanyi tu ada kat Fb.. malas lak nak uplod.. sapa nak tgk sila jenguk kat fb ye)

Ok berbalik dengan  citer asal...  Settle je keje,  aku balik dan terus landing2 kat sofa, dalam masa yang sama hero2 pun balik.. waktu tu aku tgh dok lepak meluruskan pinggang  . Almaklumla  penat berkerja siang dan malam 3  hari berturu-turut. Sampai je Mukhriz warning aku ..

Muka birthday gurl ngan penting sehari. Ada gaya sweet 17th tak.. hahahah *bertabahlahh membaca ye..kikiki

Mukhriz : Mummy jangan masuk dapur tau.. dok je kat sini. ( warning Adam dan Mukhriz)

// waktu tu Adam dan berlari-lari anak ke dapur.. tapi aku dah dapat rasa apa yang dia nak buat..heheheh almaklumla anak emak katakan...

Adam dah mula bagi signal kat abang dia.. suh tutup lampu bagi... jeng jeng jeng

video

Hahahahhaha... Suprise tak? Really appriciate ! Walaupun masih kecik walaupun tak kecik mana saiz badannya berbanding mummy... mummy still terharu.. Terima Kasih anak-anak mummy... Mummy sayang korang . Dalam lasak-lasak dan adakalanya kejam sebab asyik suh masak makanan yanng sedap-sedap tuk korang.. korang tau nak buat bagi mummy tersenyum .. Macehh sayang..!  Love both of u for the billion years!

Wassallam..





Monday, 15 December 2014

Jalan Kota & Jonker Walk ( School Holiday PART 3)

Assallamualaikum..

Next station Dataran Pahlawan cari makan.. Actually xde apa yang special pun kat sini.. Aku belikan budak2 ni nasi ayam dan aku beehoon sup..ok ok ok oklaaaahhhhhhh suam-suam kuku. Hero-hero ni bebenornya dah nampak ice cream stick ni ... habis aku kena pau.. Sorang 2.. huaaaaa Satu perisa coklat satu perisa vanila..topping oreo... Harga  RM 3.00 satu. Kat dalam stick yang panjang tu pun ada gak ice cream... ok puas hati lahhh..

Muka suka dapat makan.. tak dapat mengkut! aku..sadis..!

Settle makan kitaorang jalan-jalan je sekitar jalan kota... Tiap-tiap hari lalu sini, arini lalu lagi..hahahahaha tapi takpelahh selalunya aku lalu sorang-sorang, ni dengan anak-anak so rasa lainlah  sikit la..ala-ala pelancong membawa anak-anak melawat negeri orang..gitu!

Pastu hero2 request nak naik ni..Tricyle Bicyle . Layannn 20 minit - RM 6.00 tapi hero2 naik lebih dari setengah jam.. dah budak yang menjaga ni  tak tahan / bagitau masa dah tamat , pasaipa?..dah nama budak2 selagi tak panggil selagi tu la dia tak nak berhenti. hehehehe. Muka happy! 

Kat sini ada souveniar shop ..dalam train. Tak boleh amik gambaq . Souveniar yang ada kat sini sama je seperti kat kraf Dataran Pahlawan, Kedai Kraft Samudera dan juga Stadhuys...Nothing special!



Pastu kitaorang jalan-jalan kat area Kota Bastion Middelburg.  (Kota pertahanan yang telah dibina semula kerana kota asal telah musbahkan oleh pihak British) Bastion Middelburg ini berperanan sebagai benteng pertahanan daripada serangan musuh. Lokasinya terletak berhampiran kincir air , tepi sungai Melaka dan tidak jauh  dari Jonker Walk. 


ootd arini..aichewahhhh..

Meneruskan perjalanan ke Jonker Walk pulak. 

Antara kedai-kedai antique yang terdapat disini.

Aku sempatlahh jugak rembat selai dua baru yang ohsem.. ! huaaa rasa macam lama nau tak shopping..
Hero2 macam biasalahhh beli Lego Super Hero macam biasa... Tambah koleksi katanya.


Next Station MAMEE GALLERY. NO ENTRANCE FEE (Masuk Free laaa..) Dalam ni ada dijual kudap2 mamee la ... T-shirt dan juga souveniar. Ada Cafe kat bahagian dalam.. Harga macam biasa mahai. Vitagen satu RM 3.00..dah anak haus ..mummy belikan jelahh... (padahal ada je mineral dan air lain di kedai yang berhampiran ) . Kelihatan gambaq kat atas Mukhriz dan Adam sedang menelaah  susur galur sejarah terciptanya mamee dan cara pembuatannya.. Comelkan  miniature ni..

 Bahagian hadapan Gallery Mamee

Mummy berposing dengan character cartoon Mamee yang ada kat sini.. Abaikan ke sengetan. Biasa dah nama anak2 yang tolong amikkan.







 Abang ..! cover sikit pewottt tu..cekci tau!

Ni semua gambaq -gambaq di bahagian atas Gallery Mamee.. Serius aku tak tau bole naik ke tidak.. Disebabkan tiada yang jaga dan memberi penerangan kitaorang naik jelahhh ..Dah nama pun Gallery kann..


Keluar je kitaorang menapak lari..meneruskan pergembaraan ke  Taman Gan Boon Leong ni.
Dok lepak2  melepaskan lelah jap, posing2 sikit.. pastu balik.. 

Aktiviti lompat melompat di Jonker Street! Yeahhh

Posing kat iron Mural di hadapan Gallery Mamee..

Adam sedang menikmati lukisan -lukisan gambaq-gambaq bangunan serta tempat -tempat bersejarah yang ada di Melaka... Tengok gambaq sambil cekak pinggang..Motifff???!

Posing dengan Replika Kapal Flor De La Mar yang tak jejak dibumi..hhehehehee . Replika -replika ni normally akan ditukar setiap tahun.. So kita tunggu next year replika apa pulak yang akan menghias Jonker Street pulak ye...


Sampai je dihadapan Hard Rock  Cafe semua dah kepenatan.. Masing-masing dah tak larat jalan.. Setelah dipujuk rayu bagai oleh anak-anak, mummy dan anak-anak pulang menaiki beca.. Dari Tourist Information Centre (TIC ) atau Dihadapan Hard Rock Cafe ni ke Bastion House atau A Famosa - RM 10.00 . Beca ni xde lagu.. Rosak mp3nye.. so Adam kata tak best.. hehheheehe. Ok tulahh aktiviti cuti sekolah tahun ni..Kira ni aktiviti penuh la, kalo aktiviti sampingan banyakkk... hehehehe. Anyway thanks sebab sudi membaca..Kita tunggu aktiviti sekolah akan datang pulak ye.. jeng jeng jeng

Wassallam

Upside Down House (School Holiday PART 2)

Assallamualaikum..

Ok settle di Oceanarium..kitaorang terus ke Melaka Raya.. Apa ada? jeng jeng jeng 
.
.
.
.

.
UPSIDE DOWN HOUSE
Tiket Masuk
RM 15 Dewasa
RM 10  Kanak-kanak (bawah 12 thn)
(Kitaorang masuk ada dis 10%  sehingga 11 Januari 2015 ) hehehehe

Lokasi : G12 & G14 Jalan PM 7,
Plaza Mahkota , Banda Hilir Melaka
( Belakang Seri Costa Hotel )

Waktu Beroperasi : 
10pagi-7.00 malam (Isnin-Khamis)
9.00 pagi - 9.00 malam (Jumaat-Ahad)

Contact Info :
011-1072 2260/ 06-282 6019

Kan  Melaka pun ada rumah terbalik tau... ehh bukan rumah terbalik..barang-barang dalam rumah yang terbalik.  Ianya terbahagi kepada beberapa ruang seperti living room, dining , kitchen, kids room for girl and boy, master room dan toilet.. Serius tak besaq.. 2 lot kedai sahaja.  Kalo waktu korang datang tu ramai orang,  silalah beratur untuk berposing... memang agak sempit dan tiada tempat untuk menunggu turn. Waktu ni Mukhriz dan merajuk tak nak amik gambaq maybe sebab lemas terlampau ramai orang. eh lupa nak cakap ..Masuk bukak kasut ye. Pandai-pandailahh korang sorokkan kasut mahal korang sebab rak kasut very limited!..

Didinding juga telah ada disediakan gambaq2 bersaiz 4R bagi memberi idea sekiranya anda agak blurr untuk berposing... hehehehhe kejam tak statement..kikiki.. Aku pun sama gak ..blurrr especially bila dah ramai orang...hehhehe. Moh ler layan gambaq...

Ni kat dinning room (dining room tanpa partion ye..hehhee)

 
Meja solek kat master room.. Dah amik gambaq sila rotate ye, kalo tak macamana nak nampak terbaliknya.. hehhe

Ni kat kitchen..wahhh terrrornya anak mummy.. tidur kat kitchen... hamboii!

Buat apa tu hah?! selongkanq peti aih naa..

Oiii buat apa kat bilik anak dara orang ni... turunn skrg...! 

Ouchhh bucuk! 

Oklahhh lepas settle berposing di Upside Down House ni aku terus bergerak opis...parking kete pastu g makan kat Dataran Pahlawan.. Almaklum la aku tak test lagi makan kat Food Court tu... nak test apa2 kenalah ngan anak2 barulah best..heheheheheh ..Cekidout next entry ye.. tengok kat mana aku usung hero2 aku ni pulak ye..

Wassallam..