Tuesday, 17 February 2015

Kisah bekal Mukhriz

Assallamualaikum...

// Balik dari sekolah...

Mukhriz : Mummy.. mummy arini Cikgu Rokiah jumpa kita...

Mummy : Awat ? Pasaipa cikgu jumpa abang.. Abang ada buat salah ea..? (soal aku bertalu-talu)

Mukhriz : sabaq la mummy.. Kita nak citer la ni.. Arini cikgu panggil kita.. Dia tanya kita share bekal hari2 ngan Haris ka? kita cakap ye lahh...Cikgu tanya lagi.. Hari2 mak awak masak ka.. Kita kata ye..Cikgu tanya lagi.. Awak dah lama ka kenai Haris.. Kita cakap baru lg.. cikgu cakap awak ni baguslahh tolong kawan yang dalam kesusahan, maybe cikgu tau Haris tu orang susah kot.. Tiap2 hari awak share bekal ngan dia na... Takpa nanti awak susah kawan2 awak pulak yang tolong  .... So cikgu suka ngan sikap awak ni.

Sebenarnya Mukhriz ada habaq kawan dia ni orang susah.. Tiap2 hari mintak bekal dia..kadang2 dia rasa mcm nak marah gak almaklumla Mukhriz ni memang ketegori kuat makan, tapi cakap ngan aku je la (cakap mulut ja hati tak sampai) tapi bila pergi sekolah automatic je dia bahagi dua ngan kawan dia. Dia ada cakap ngan aku suh bawak dua bekal  hari2.. Aku pun cakap la ngan Mukhriz.. Kita ni pun susah gak abg, tapi xpalahhh bang hari2 mummy bubuh nasi ngan lauk lebih , abang sharelah ngan dia k.. tak sangka pulak perbuatan Mukhriz mendapat perhatian cikgu-cikgu dia kat sekolah..

Aritu ada gak cikgu lain yang tequq pasal bekal Mukhriz ni.. dia tanya awak bawak bekal hati-hari ka.. cikgu kata pandai mak awak masak.. Sejak aritu makin menjadi-jadi dia nak bawak bekal.. Hhehehe Syokkk ooo bila anak2 suka apa yg kita buat untuk membesaqkan depa.

Sebenarnya ni tahun pertama Mukhriz bawak bekal hati-hari . Sebelum ni dia malu.. Katanya tak mancho la kot sbb sekolah dia kan semua lelaki. Tapi tahun ni lain pulak.. Hahhahaa people changekan! lagipun duit sekolah dia hari2 masuk tabung.. Syokk la dia.. 

Ni bukan bekal Mukhriz tau ni bekal aku.. parah ooo kalo dorang bawak bekal pink ni.. (Halooo dorang allergic pink k, Mummy je yg fanatik pink!) Xpasal2 jadi sotong kang! Hahaha  

Kami anak beranak semua memang dah terjebak bawak  bekal hari2.. Dulu pun aku ada bawak gak tapi ikut mood la. Tapi Adam memang hari2 bawak sebab dia sekolah cina dan memang aku tak benarkan langsung dia beli kat kantin sekolah. Tapi la ni bila anak2 betui2 enjoy ngan bekal dia.. Aku lagi bersemangat nak masak hari-hari. Memang adakalanya perbuatan kita ni nampak kecik tapi effectnya memang besaq kat anak-anak.  So aku harap kerana bekal aku ni akan menerbitkan lebih banyak nilai2 positif dalam diri depa Insya Allah. Air tangan ibu kan pengikat kasih syg ibu dan anak. ^___^

ok. Thanks for reading!
Wassallam..

2 comments:

  1. kita and suami pun bawak bekal hari hari. lelaki, memula malu. tapi laama lama jadi syok pulak kan. duit jimat. makan pun ikut citarasa kita. hopefully anak anak I bila dah sekolah nanti takkan segan bawak bekal =p lagipun skrg mcm trend kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la .. anak2 mummy ni suka bawak bekal, tapi malas nak bubuh pakai tupperware. Skrg mummy bagi pakai bekal pakai buang je.. barulahh nak bawak hari2.. hhehe

      Delete