Sunday, 1 February 2015

Laksa Sarawak

Assallamualaikum..

Happy weekend! Arini ngidam nau nak makan laksa sarawak.. Nasib baik ngidam jatuh pada hari ahad, so bermaharajalela aku masak menu yang bukan2 selain nasi... Hehheehe anak2 kenalah  bertabah ye.. tapi jangan risau aku dah masak nasi siap.. Dorang bole buat pilihan nak makan yg mana satu.. Baik kan mummy ni kan.. Hehheheh (masuk bakul angkat sendiri.. )

Anw hasil masakan Laksa Sarawak ini berjaya menarik minat tekak anak-anak aku.. so dengan senang hati aku share la  resepi ni tuk  menarik minat yang tersayang korang tuk makan....hehhehee



Resepi Laksa Sarawak

Bahan-bahan:
1 paket @ 200 gram Perencah segera Laksa Sarawak Hj Manan 
( Rencah ni senang je nak beli, byk online shop yang jual.. Pilih je.. Sonang) tapi yg ni aku kirim kat kawan aku , orang Kuching.... )
300 gram Udang
1/2 ketul dada ayam 
1paket beehoon
300 gram taugeh (aku xbubuh sebab semua xmo makan )
2 biji telur ayam
1 kotak kecil pati santan/ 250ml santan
1ikat daun ketumbar ( aku xbubuh sebab malas nak kluaq umah)
1 ketul pati ayam maggi
Garam jika perlu.. Kalo xperlu xyah boh(tapi aku bubuh 1sudu kecik)

Penyediaan Kuah Laksa

Masukkan 1liter air, didihkan dan masukkan perencah laksa (kacau sampai larut) masukkan pati santan, pati ayam dan biarkan ianya mendidih.


Penyediaan Laksa

Beehoon dan taugeh dicelur , isi udang digoreng separuh masak, isi ayam direbus kemudian diracik halus, telur goreng dadar nipis2 dan potong halus2.

Cara hidangan

Masukkan beehoon kedalam pinggan, letakkan taugeh, hirisan telur, ayam dan udang dan 2,3 helai daun ketumbar yg telah potong2. kemudian masukkan kuah panas2 tu. Nak lagi sedap dan pedas bubuhlah sambal belacan dan hirisan limau nipis. ok selamat mencuba..

Sedap ker?! Jeng jeng jeng .. Abg Mukhriz ada jawapan...  Dua mangkuk ok.. Siap pesan nak bawak bekal pergi school esk.. Hhahaaha  so apa lagiii .. mmoh lerrr try..hehhehe

Wassallam



No comments:

Post a Comment