Friday, 6 February 2015

Lunch Date with Mukhriz

Assallamualaikum...

Lunch date arini dengan budak bam bam, Mukhriz .. Arini kena amik dia dari sekolah sebab beg dia berat sangat.. Hadoii tak sanggup nk bagi dia jalan tengah-tengahari buta  dengan beg berat lagu tu ke opis mummy..

so sebab alang-alang  dah keluar.. Aku park kete terus ke Dataran Pahlawan.. Lagipun arini rest lama.. So meh la cuci mata dan isi pewott walaupun tak lapaq mana.. Hehhehe . Actually aku ni teringin nau nak makan ABC Ice Batu Campuq.. yang selalu tak memenuhi iso tekak aku.. so aku bawaklah hero aku yg sorang ni ke Food Paradise Dataran Pahlawan..

Rasa dah lama gilos  ke sini, sampai adik tukang masak teguq aku  kata "kenapa akak dah lama tak datang.." Sibuk dik aku jawab.. biasa jawapan standard.. Nanti kalo aku jawab detail kang sampai esk tak habis.. Hehhehe


Untuk Mukhriz aku orderkan Nasi Goreng Seafood.. serius lumayan! Dengan udang dan sotong yg besaq2.. Yummy.. Tambah pulak disediakan satu slice Tembikai susu sebagai desert..Harga RM 6.90 bagi aku berbaloi la . Mukhriz cakap sedap mummy sambil suapkan sesudu dua nasi ke mulut aku.. Grrrr budak sorang ni memang romantik sungguh.. Ehheehe 

Ni ABC yang aku nak tu harga RM 4.00 satu bekas besaq ni... ok sedap walaupun takde ice cream...

Ni Mee Siam.. tapi kat Stall Singapore. Sedap cuma masin sikit.. tapi udang dapat 2 ekoq yang besaq2 + satu slice tembikai susu jugak.. oklah dengan harga RM 6.90. keje kat area opis aku ni tak bole memilih sgt.. Dengan nak redah jem , kalau keluar kunun nak dapat yg lagi murah memang tak berbaloi...

ni air Mukhriz , dia nak order Milo ice tabuq xtak dak pulak.. So dia order Teh o Ice Limau.. RM 1.20. 

Muka budak balik sekolah sedang menikmati hidangan tengahari.Cian hari-hari kena makan masakan mummy.. so arini bagi can makan luaq k.. nanti adik dah habis tuisyen atau free2 nanti kita bawak adik pulak pergi jalan dan makan-makan.

Pemandangan dari tingkap meja aku.. Heritage Hotel tang sedang dalam pembinaan.Melaka makin dipenuhi hutan konkrit walaupun ianya berhampiran dengan tapak-tapak warisan dunia. 

Ini budak sedang main test-test spec yang ada kat gerai-gerai dalam area Food Paradise ni.. Encem tak saya?! ..hahahahaha..Ok tu je tuk arini bye. Wassallam..





No comments:

Post a Comment