Wednesday, 11 February 2015

Resepi : Asam Pedas Melaka

Assallamualaikum...

Masak.. Masak.. Masak....Arghhh kadang-kadang memang bosan... masak hari-hari ,  sampai dah tak tau nak masak menu apa lagi.. Dah la hero-hero aku ni tekak melayu sejati.. Memang penin la mummy.. Western memang dorang tak nak langsung. Hampeh!  Pernah gak aku masak spagetti bolognise dan beberapa menu western yang lain.. Tapi ermmmm! Tak pasal2 aku kena masak tengah-tengah malam... almaklum la mummynya risau! Nanti dorang tak makan bekal, hadoii kebuluq lak anak aku.. Dah la kelas dari pagi sampai petang. Cian nanti kuruih anak mummy tau!  Hehehe

 Adam : Kita nak pewott kita ada  6 pax la mummy.... 
Mummy : Ehhh tu bukan 6 pax la syg tu 6 layer ..hadoiii!
(Hahahhaa (anak oh! Anak)

Normally aku masak malam, so pagi2 esk aku tak payah bersusah payah nak masak.. Cukuplah sekadar goreng cekodok ker, buat roti bakar ker.. Jadilahh buat alas pewott sementara menunggu  waktu rehat kat sekolah nanti....

Sebelum aku merapu lebih jauh meh aku share resepi Asam Pedas Melaka . Kenapa Asam Pedas Melaka? Sebab kalau asam pedas Johor dia bubuh daun kesum dan kuahnya cair sikit jika nak dibandingkan dengan yang Melaka , dimana asamnya lebih dan kuahnya agak pekat dan lebih pedas. yum yum


IKAN PARI MASAK ASAM MELAKA

Bahan-Bahannya :

Ikan Pari (kuantiti ikut suka)
6, 7 batang kacang bendi 
(saiz sederhana besar, sebab yg kecik/sederhana ni rasanya sedap...lembut)
satu sudu besaq asam jawa adabi
4 keping daun limau purut
3 batang serai
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Cilli kering yang telah diblend bersama 
bawang merah (3 biji) , kunyit hidup ( 2 inchi)

Cara Masak

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend 
sehingga pecah minyak dan harum mewangi.
Masukkan serai (telah diketuk) dan  daun limau purut , tumis bagi serasi.
Masukkan air (3 cawan)  dan asam jawa.
Masukkan ikan, garam dan bendi. Biarkan sampai mendidih. Tunggu sampai bendi lembut.
Angkat dan hidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi dan juga roti..yum yum yum
Model tak berbayar sedang menikmati Ikan Pari Asam Pedas sehingga melupakan orang lain yanng tak makan lagi..huhuhu sadisss..!

Thanks for reading..! Wassalam..





No comments:

Post a Comment