Monday, 2 March 2015

Duck Tour Melaka

Assallamualaikum...

Duck Tour..? Pernah dengaq tak...? Aku ni namanya dah dok Melaka berpuluh tahun tapi produk pelancongan Melaka  yang satu ni memang tak pernah test, dah la depan opis je..hehehhe Tapi bila dapat je tiket free apalagi laju jelahhh... padahal dah berpuluh kali dan dah berbuih-buih mulut Adam & Mukhriz mengajaknya tapi memandang tiketnya yang bagi aku agak mahal, aku pekakkan telinga bila hero2 ajak naik..hahhahaha kejam tak?? Kikiki Almaklum review yang aku baca dari blog semua tidak memberi komen yang memberangsangkan jika bak dibandingkan dengan harganya. So bila dapat free ni barulah ada can nak try..ekkekeke

Harga Tiket Duck Tour 

Dewasa : RM 37
Kanak-kanak : RM 28
( bole dibeli dikaunter tiket Duck Tour bersebelahan Taming Sari)
Waktu Operasi 
9.00 pagi -5.00 ptg ( last jalan)
( Duck Tour ni jalan sejam sekali .. So kalo penuh silalah tunggu next trip pulak ye)

Duck Tour ni merupakan sejenis bot dua alam, darat bole,  laut pun bole da... jalan pun memang sebijik macam itik pulang petang... Erkkk lembab! Almaklum la usia pun dah 54 tahun . Ianya merupakan bot peninggalan british yang telah diberi nafas baru dan dikomersialkan bersesuaian mengikut peredaran zaman seiringla dengan Melaka Bandaraya Bersejarah ni kan..


Ni lah rupanya Duck Tour

Kaunter Tiket Duck Tour yang bersebelahan dengan Menara Taming Sari.

Duck Tour ni mampu memuatkan seramai 30 orang penumpang sahaja, lebihan muatan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sebenarnya aku sampai lebih kurang jam 3.30 ptg tapi hanya tinggal satu seat.  So  aku minta staff kaunter tu booking seat tuk aku for the  next trip  aka last trip kul 5.00 petang. 

Oh lupa nak habaq , aku naik duck tour ni dengan Adam je, Mukhriz tak ikut, sebab merajuk ngan aku. So berdua je lahh... aku agak rushing sikit sebab dateline tuk tamat tempoh tiket ni 28 februari 2015, so masa nak pujuk memujuk Mukhriz memang xdan la.. Tiket ni pulak valid tuk weekdays je, weekend xleh.  Huhuhu Nasib baik xberapa nak best, kalo best wajib aku return balik bawak Mukhriz.. hhuhu

Staff yang bertugas memberi penerangan serba sedikit tentang Melaka


 View sebelum Duck Tour ni turun ke laut.


Kanan :  Menara Tinjau
Kiri : Kapal Zheng He yang dapat di lihat dari kejauhan sewaktu melalui jalan ke Masjid Selat.
 
 The Jetty



Melaka Raya

Holiday Inn

Masjid Selat

Sepanjang menaiki duck tour ni aku dan penumpang lain telah diberikan banyak  penerangan tentang sejarah Melaka, tempat-tempat menarik, port makan best, kaum-kaum yang terdapat di Melaka dan tak lupa juga
produk-produk pelancongan yang terdapat di Melaka. Opcoz tuk aku ni yang acap kali mendengar
tentangnya agak penin dan muak... bukan sebab bosan, tapi dia membebel non stop.. Hallooooo i tak dapat feel the view hokay...

Terdapat dua orang  driver tuk Duck Tour ni.. Satu driver darat dan satu lagi driver laut.  Perjalanan dimulakan dengan menyusuri Kawasan Banda Hilir, Melaka Raya dan terus berlepas ke laut di Pulau Melaka bersebelahan dengan Masjid Selat. Waktu kat Masjid Selat ni lah sesi bertukar driver berlaku . Agak terkejut apabila driver laut memanjat body bot tanpa ada apa-apa pemberitahuan. Kalo ye pun habaq la dan berilah penerangan sikit  mengapa perlu tukaq driver .  Adam agak terkejut memandangkan kami duduk di seat yang paling hadapan sekali.huhu .. Ingat kan perompak!.. huhu 

Bagi aku view yang cantik hanya kat Masjid Selat dan Kapal Zheng He je.. Tang lain hampeh.. Takde yang menarik, dia pusing-pusing hanya disekitar tu je , The Jetty, Belakang Holiday Inn... Ehh tu je la, pastu dia pusing balik.. Naik ke darat. 

Sesi kuiz pun bermula...  terdapat tiga soklan  

1-Berapakah Ketinggian Bangunan Taming Sari?
 110 meter .

2-Berapakah usia Duck Tour ni ?
 54 Tahun

3- Apakah nama kapal yang terdapat di selat Melaka ni ?
 Kapal Cheng Ho (5 Cheng Ho)

Hadiahnya merupakan wisel berbentuk mulut itik.. katanya limited edition, duck tour je yang ada.. Kikiki  iyolahhh tu! Sejurus je habis soklan kuiz, sampailah sudah kami di hadapan Taming Sari.

Akhir kata di ucapkan terima kasih pd  yang telah mensponsor tiket duck tour kami..  Dengan ucapan kalo ada tiket free lagi.. Sila habaq la mai kat kami na.. Hehhehehe  Anw Thanks for reading!

Wassallam






No comments:

Post a Comment