Tuesday, 30 June 2015

Melaka Book Of Records. Tahu ker ?

Assallamualaikum...

Tahukah anda???  Alahai formalnya..hehehehe....  Sebenarnya terdapat beberapa bangunan di Melaka yang telah mencatat Melaka Book Of Records yang aku sendiri pun tak berapa nak tau sehingga terbaca buku Melaka Book Of Record  antaranya :

UTC Pertama di Malaysia

Pusat Transformasi Kerajaan (UTC)  pertamanya di buka di Melaka . Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama ini mula beroperasi pada 13 Jun 2012 dengan 70 agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai termasuk kesihatan , keselamatan, pendidikan , latihan dan pekerjaan , kewangan  dan pembangunan belia. Pendek kata kat sini la kita bole renew pasport , buat IC, masukkan duit kat dalam Tabung Haji tanpa perlu beratur panjang . Bukan takat tu je kat sini juga terdapat Klinik Satu Malaysia . Gym dan perpustakaan . Senang One Stop Centre.

Bangunan UTC Melaka (Gambar: Sumber google)

Pusat Bowling Terbesar

Melaka International Bowling Centre (MIBC) yang bernilai RM 15 juta yang terletak di Pusat Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh dilengkapi dengan 52 lorong Bowling . Pusat dua tingkat tersebut  mempunyai  keluasaan lantai 10.401 meter persegi ini dikatakan sebagai Pusat Bowling terbesar di Asia Tenggara dan  telah dibuka secara rasmi pada 1 Ogos 2009.  Pada siapa yang suka main bowling tu bole la asah skill kat MIBC ni .

MIBC Ayer Keroh Melaka (Gambar: Sumber google)

Resort Kayu Pertama.

Philiea Resort & Spa yang dibina dengan kos yang menelan belanja sebanyak RM 140 juta ni terletak di Ayer Keroh, Melaka. Merupakan satu seumpamanya di Asia serta berinspirasikan gaya alam semulajadi dengan gaya hidup moden. Terdapat 201 unit resort  yang terdiri  daripada Vila Pavillion , 19 set bilik tidur Philea dan 2 set bilik tidur diRaja. Resort yang dilancarkan pada 19 Jun 2011 ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti kolam renang , gimnasium , bilik permainan dan juga dewan.

Philiea Resort and Spa (Gambar: Sumber google)

Menara "Giro" Berputar pertama aka Menara Taming Sari

Menara Taming Sari setinggi 110meter di Bandar Hilir Melaka direka khas berasaskan keris Hang Tuah. Terdapat juga kabin untuk membuat tinjauan berukuran diameter 14 meter  dan boleh memuatkan 66 orang pada satu masa. Sambil berputar ia naik dari bawah ke atas dalam masa tujuh minit hokay! Menara 'Giro' yang menelan belanja kos RM 23 juta ini telah dibuka secara rasmi pada 17 Mei 2008.

Menara Taming Sari (Gambar: Sumber google)

Rumah Api Tertua 

Rumah Api Cape Rachado , berketinggian 118meter . Ianya dibina apada tahun 1817, yang terletak di Alor Gajah Melaka. Ia menggunakan gasolin untuk menghasilkan cahaya.Wow antik sungguh!

Rumah Api  Cape Rachado (Gambar: Sumber google)

Masjid Tertua di Melaka

Berdasarkan kajian ahli sejarah , Masjid Kampung Hulu ialah Masjid yang mula-mula sekali dibina dalam zaman pemerintahan Belanda , iaitu pada tahun 1728 masihi bersamaan 1141 Hijrah. Pada tahun 1892 bersamaaan 1309 hijrah , Masjid Kampung Hulu ini dibaharui oleh Wazir Al-Sheikh Omar Bin Husib Al-Attas dengan mengubah sebahagian daripada binaanya dengan bangunan batu seperti yang ada sekarang.


Masjid Kampung Hulu

Gereja Protestan Tertua

Gereja Christ Church yang terletak di Jalan Gereja, Melaka dibina pada tahun 1953 yang merupakan gereja protestan tertua di Asia Tenggara. Ianya berkeluasan 24.99m (82 kaki) panjang , 12.19m (40kaki) lebar dan 12.90m (42kaki ) tinggi . Bulatan separuh simetri menyokong muka bangunan tersebut yang mempunyai lorong kecil diatas pintu gerbang.

Gereja Christ Church

Tokong Buddha Tertua.

Tokong Cheng Hoon Teng di Jalan Tokong , Melaka dibina pada tahun 1645 oleh Li Kup, seorang pelarian politik dari kerajaan Manchu di China. Diberi gelaran "Abode of the Green Merciful Clouds" (mengikut terjemahan dari nama cina). Tokong ini mempamerkan seni bina china Selatan dengan reka bentuk dan ukiran di bumbung dan mempunyai sebuah dewan utama yang dikelilingi oleh 4 ruang terbuka. Tokong bersejarah yang tersergam indah ini didekasikan pada Dewi GuanYin.

Tokong Cheng Hoon Teng  (Gambar: Sumber google)

Kuil Tertua di Malaysia.

Kuil Sri Poyatha Vinayagar Moorthi yang dibina pada tahun 1781 merupakan kuil tertua dibina di Malaysia . Kuil ini memberikan penghormatan kepada Dewa Vinayagar (Dewa kepala gajah) dan Dewa Muruga . Kuil bagi masyarakat hindu ini masih kukuh dan terletak di Jalan Tokong Melaka.

Kuil Sri Poyatha Vinayagar Moorthi (Gambar: Sumber google)

Gereja Khatolik Tertua

Gereja Khatolik tertua di Malaysia ialah Gereja St.Paul Gereja ini dibina oleh seorang berbangsa Portugis , Duarte Coelho pada tahun 1521 diatas Bukit Melaka.


Gereja St.Paul

Sekolah Inggeris Tertua.

Sekolah Tinggi Melaka yang ditubuhkan pada 7 Disember 1826 merupakan sekolah menengah kebangsaan Inggeris kedua  tertua di Malaysia selapas SMK Penang Free dan tertua di Melaka. Sekolah ini bermula dengan 18 orang murid di Parsonage House , Melaka dan T.H Moore ialah guru besar pertama di sekolah ini.

Sekolah Tinggi Melaka (Gambar: Sumber google)

Pintu Gerbang Tertua

Porta de Santiago merupakan sebahagian dari kubu A Famosa yang dibina oleh Portugis pada tahun 1511. Sebahagian kubu ini telah musnah akibat serangan pihak Belanda . Pada tahun 1808, Sir Stamford telah berjaya menyelamatkan kubu daripada musnah dan pintu gerbang kubu masih kekal sehingga hari ini.

 Porta de Santiago (Kota A Famosa)

Pintu Feng Shui Terbesar

Pintu Feng Shui terbesar terletak di Auyin Hill Resort , Durian Tunggal , Melaka dan bentuk dalam corak Mandarin melambangkan "Buka" dan  "Pintu" berukuran 18 meter tinggi dan 10 meter lebar. Pintu ini direka bentuk dan dicipta oleh Pengarah Urusan Auyin Hill, En.Lau.

Pintu Feng Shui terbesar terletak di Auyin Hill Resort

Thanks for Reading! Wassallam

No comments:

Post a Comment