Sunday, 28 June 2015

Resepi : Lontong

Assalllamualaikum...

Arini macam bermood je nak masak lontong.. Padahal tinggal berdua je ngan Adam. Tapi masaknya seperiuk.. Hehehhee Takpe dont worry hero-hero mummy ada sebagai penyelamat.. Kikiki

LONTONG

Nasi Impit (5,6 bungkus )

( Rebus awal sebab nak bagi sejuk, kalo panas-panas takut nanti nak potong, nasinya hancuq)

Untuk Kuah | Bahan-bahannya

Kobis
Tempe ( Goreng dulu)
Tauhu ( Goreng Dulu) 
Carrot 
Soo Un
Serbuk kunyit
( Semua bahan diatas dipotong mengikut  kesesuaian / Kuantiti ikut berapa org nak makan) 
Udang kering
Cili Padi (5,6 biji)
Bawang Merah
( Ditumbuk halus untuk ditumis)
Santan Kotak
Serbuk kunyit
Garam

Cara Masak
Tumiskan cili padi, bawang merah dan udang kering hingga naik bau. Masukkan semua sayur yang telah dipotong, gaul sehingga rata, masukkan air satu cawan. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan santan satu kotak . ( Guna santan kotak sebab rendah kolestrol + pekat dan likat.. Hehehe)  Masukkan garam dan serbuk kunyit secukup rasa. 

Sambal Ikan Bilis

Ikan Bilis 
( Goreng garing dan asingkan)
Cili Kering
ikan bilis
Bawang Merah
Belacan 
Minyak Masak
( Blend semua )
Gula
Garam
Asam Keping
Bawang Besar ( Potong bulat)

Cara Masak
Masukkan minyak masak kemudian semua bahan yang diblend , goreng sehingga garing. Bila dah pecah minyak  masukkan bawang merah ( yang di potong bulat) , garam , gula dan asam keping. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi.. Tadaaaa siap! 



Selamat Mencuba.. and thanks for reading! Wassalam... 

No comments:

Post a Comment