Thursday, 2 July 2015

4 Star by Tripadvisor : Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

Assallamualaikum....

Baru-baru ni tripadvisor telah membuat review untuk Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. 4 Star telah diberikan berdasarkan undian oleh Pelawat dan review by website . Tahniah untuk Kompleks Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.

Certificate of Excellence - 4 Star!

Apa itu Tripadvisor? Bagi yang selalu search website , browsing internet dan hobinya travel , pasti tak asing lagi kan. Tripadvisor adalah salah satu Website travel yang sangat terkenal. Klik sini http://www.tripadvisor.com.my/. Ianya memberikan maklumat mengenai sesebuah negara contohnya tempat-tempat yang best untuk dilawati, hotel, restaurant, tempat-tempat bersejarah dan berbagai lagi. Didalam website ini juga kita dapat membaca review-review dari pelawat dan pembaca dari seluruh dunia tentang sesuatu lokasi. So senangla bagi kita untuk membuat rujukan sebelum ke sesuatu tempat tu kan. Semuanya dihujung jari.


Website tripadvisor

Bole install jugak app kat google play atau App Store


Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ( Replika Kesultanan Melayu) dibina berdasarkan cacatan sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Selain daripada keunikan reka bentuk bangunan, pelbagai ukiran dan susun aturnya . Disamping memberi peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan  berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka  dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama sebuah Balairong Seri, Deligasi pedagang-pedagang , diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik Beradu Sultan . Pelbagai model istana Melayu turut dipamerkan disamping peragaan pelbagai koleksi  pakaian tradisional , aksesori perhiasan dan peralatan tembikar.

Harga Tiket :
Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak : RM 1.00
( Dibawah 12 tahun)

Waktu Lawatan:
9.00 pagi- 5.00 petang
(Dibuka setiap hari)

Website :




Antara review dalam tripadvisor


Bahagian hadapan  Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

Sisi muzium

Pintu Masuk Istana... Ada pengawal hokay so jangan lari nak bayar tiket.

 Salah satu lukisan yang menggambarkan suasana pertarungan antara Hang Jebat dan Hang Tuah

Diorama Balairong Seri


Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ( mengikut replika asal) dibina daripada Kayu Berlian tanpa paku.

Selamat melawat Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ye... 
Thanks for Reading! Wassallam

No comments:

Post a Comment