Thursday, 9 July 2015

DIY : Kasut Raya

Assallamualaikum....

Aku ni kalo bosan-bosan ni la kejaan aku,  paling suka la dok melayan pintrest.. Pintrest ni best sebab ianya macam sumber rujukan untuk aku. Yelah kalo aku nak wat design , takde idea kat sini la aku aku buat rujukan, taip apa yang dicari klik search, tunggu sekejap taraaa.... bertimbun-timbunlah idea yang akan muncul.

So kali ni aku nak bagi tips tuk save budget beli kasut raya... Hahhahahhaa mana la tau ada yang tengah baca ni patern macam aku tak suka shopping.. Tak suka tempat sesak. Nak shopping online masa dah suntuk, nak nak pulak risau takut saiz kasut tu tak sama ngan size yang hampa dok pakai selalu. Tapi aku sebab cerewet sangat, sanggup tak beli dari buang duit dari beli barang yang aku tak pasti akan kualiti, size dan juga materialnya. hahahahaha cerewetkannn..sabo je la.. 









Cara pertama :


Kasut lama yang masih bole dipakai (cuma perlukan nafas baru)

Mod Podge ( bole dibeli secara online di http://www.scrapbookmemories.my/
atau bole dibeli secara terus di 

Unit D-1-46, 1st Floor, Block Dahlia, 10 Boulevard,, SPRINT Highway, PJU6A,, Petaling Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Gilter

Berus

Caranya : 

Sapu Modge Podge keseluruhan kasut yang ingin diberi wajah baru, tggu ala-ala kering sekejap, campakkan /taburkan gilter pada kasut, tunggu sehingga kering..tadaaa siap!









Cara Kedua :


Kasut lama yang masih bole dipakai (cuma perlukan nafas baru)
Mod Podge ( bole dibeli secara online di http://www.scrapbookmemories.my/

Paper cutting/ magazine/ apa-apa sahaja corak yang diinginkan

Berus

Caranya :

Sapu Modge Podge pada bahagian kasut yang ingin diberi wajah baru, tggu ala-ala kering sekejap, kemudian tampal lah paper cutting yang telah dipotong tu. Tunggu kering sekejap . kemudian sapu balik dibahagian atas dan tungu sehingga kering..Tadaaa siap!



Cara Ketiga :


(Still guna bahan-bahan yang sama beza gantikan gilter, paper cutting tu dengan lace )

Mod Podge ( bole dibeli secara online di http://www.scrapbookmemories.my/

Kasut lama

Berus

Caranya :

Sapu Modge Podge pada bahagian kasut yang ingin diberi wajah baru, tggu ala-ala kering sekejap, kemudian tampal lah lace yang telah dipotong tu. Tunggu kering sekejap .  Tadaaa siap!

Tapi kalau tak guna Mod Podge , bole je guna glue biasa (ala gam kasut tu) .Ok Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. dulu suka gak pakai kasut tumit tinggi mcm ni...skrg x lagi...langkah 2-3 tapak dh rasa sakit buku lali huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la zaman muda semakin beransur pergi, zaman tua pula sedang meniti hari.. Mummy pun dah tak larat sgt nak pakai kasut tinggi.. Sakit lutut sejak sakan dok hiking.. La ni pakai flat ja so sama la kita na.. Heheh

      Delete