Monday, 6 July 2015

Minions Oh! Minions..

Assalammualaikum...

Hari ni aku melayankan Adam tengok Minion. Dari minggu-ke minggu dia tuntut dari aku..Cian lak aku nengokkan nya. So pi la aku, walaupun malas. Ikut kan hati nak dok umah landing-landing dan kemaskan apa yang patut. Tapi awai pulak siapnya keje umah, mana taknya dari kul 4.30 pagi ngemas.. Hahhaha

So aku meredahlah jem yang orang lain dok pulon shopping raya. Almaklum la kali ni aku beli tiket kat kaunter je, normally aku pakai app/online je, tapi ntah kenapa app asyik blank tak leh guna. huh tak best tau! Kena beratur kat kaunter pastu dapat seat depan-depan. huaaa sakit tengkok wooo , tapi kali ni takdelah depan sangat.. 5 baris  dari depan. Adam lak kelihatan amat seronok nonton minion kali ni. Asyik gelak je.  Jenuh! Hanya kedengaran suara dia je memecah kesunyian panggung.. Saboo je la. Dalam  dok riuh rendah, aku rasa mata makin berat... Layu selayu layunya.. ciss aku tertido.. Sampai 1/2 jam lagi wayang nak habis. sabo je la .. Hish rugi RM 13.50 aku.  Penat sangat gamaknya menguruskan hal rumah tangga sampai aku layu ditasik madu.. Keh keh keh. catat sejarah aku tido dalam panggung . Padahal citer Minion ni best tau!

 Posing Adam posing! 

Adam with Stuart, Kevin dan Bob. Waktu ni Adam dah tak berapa nak sihat aka demam , tapi still juga posa... Rugi lak rasanya nak bagi dia tinggalkan posa walaupun  satu hari, so nak bagi dia terus bersemangat berpuasa aku fullfill segala permintaan dia. Syukur Alhamdullilah dia berjaya menghabiskan posanya pada hari ni.

Serba sedikit tentang Minion, ianya merupakan sebuah filem  animasi Hollywood berjudul “Minions” ini kembali bercerita tentang para Minions. Setelah master mereka yang sebelumnya T-Rex dan Dracula dihancurkan, mereka mengambil keputusan untuk pergi mengasingkan diri dan memulai hidup baru di Antartika. Kerana merasa kurangnya master, Kevin dan dua Minions iaitu Bob dan Stuart  telah keluar dari Antartika  dalam misi mencari bos/master yang baru bagi mengubah kehidupan mereka yang hilang nilai kegembiraan . Di New York mereka telah bertemu dengan bos baru mereka iatu Scarlet Overkill , seorang wanita yang super jahat, stylish dan yang sangat bercita-cita untuk menjadi wanita no.1 seperti Queen Elizebeth. Disitulah terjadi berbagai-bagai peristiwa  dan aksi-aksi extreme yang bakal mencuit hati. Nak tahu lebih lanjut sila tonton dipawagam yang berhampiran ye..

Thanks for reading! Wassalam..


4 comments:

  1. Dah berzaman tak layan movie... rindu pop corn.. keh keh keh....

    ReplyDelete
  2. hehhehehe... alamak ss sebut pasal pop corn..ish ngidam la pulokk, kena repeat balik ni sbb aritu tgk waktu siang xleh makan.. kikiki :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi semata2... ha ha ha...

      Delete
    2. Hahahaha saja cari alasan.. Kiki

      Delete