Tuesday, 25 August 2015

Makan best di Melaka

Assallamualaikum...

Ramai yang tanya aku apa makanan yang best kat Melaka ni.. ? Dorang kata yang best kat Melaka ni hanya masak asam je kot..  Baiklahh jom review sikit port makan best kat Melaka.. kalau ada yang aku terlepas pandang nanti aku buat part 2 hokay.. Hehehehe


1. Masak Asam Pedas ( Tetel, Ikan Pari, Tenggiri, Ikan Kembung dll)


Firstly mestilah Masak Asam kot.. Selalunya aku makan kat Masak Asam Claypot kat Kota Laksamana.. Selalunya kawan-kawan yang aku bawak makan kat sini memang puas hati la.. Bertingket-tingket depa makan.. Hehehehe

(Pic Ihsan Mr Google)

Tapi bukan kat sini je best ada jugak Masak Asam Pedas kat Pasar Borong, Masak Asam kat Semabok, Masak Asam Selera Kampung kat Melaka Raya ,  Masak Asam kat Seribu Kuih Ujong Pasir Melaka, Masak Asam Hajah Mona dan lain-lain lagi.

2. Ikan Bakar Muara Sungai Duyong.


Ni tempat peberet aku dan family. Dari aku bujang sampai la anak dua kat sini je yang memenuhi tekak aku. Selalu ikan bakar kat Melaka ni makannya ngan nasi lemak, tapi kalo nak nasi pun bole request..

( Pic dari Tripvisor)

Selain kat Muara Sungai Duyong ni, kat Ikan Bakar Parameswara di Umbai dan Ikan Bakar kat Crystal Bay Alai pun tak kurang juga menjadi pilihan ramai. 

3. Kuih Keria Limbongan


( Pic Ihsan Mr Google)

Ni lah kuih keria Limbongan. Asal aku nak beli je kena beratur panjang stress tau! Keria ni sama je macam kuih keria lain bezanya hanya disira ngan gula Melaka.. Color dia solid je, rasanya pun solid masuk je masuk tekak .. Huahuahahua .. Asal makan je pasti nak lagi... Hahhhaha promote baik punya!

4. Mee Sup Tengkera.


( Pic Ihsan Kawan FB)

Mee Sup ni pun best jugak. Tapi kena makan kat situlah, makan panas-panas.. Barulahh syokkk!  Kat kedai ni jugak ada dijual Popia Basah.. Sedappp oooo..! 

5. Mee Bodoh Tengkera


( Pic Ihsan Kawan FB)

Makan terus bodoh..! Hahahhahaa nasib la sapa yang suka makan.. Kikiki :p acah je la.. Sebenarnya aku pun tak tau la awat la nama dia  Mee Bodoh.. Tapi bila makan kena makan ngan Telur goyang. Pastu mee goreng tu  kena letak kicap dan cuka sikit.. Perghhh terliuq bak hang.. kedai dia dekat-dekat je ngan Mee Sup Tengkera.   Trylahh sedap ker idok.. Tapi kena datang awai tau ( breakfast) kalo tak sila beratur ye.. 

6. Nasi Gunting


( Pic Ihsan Kawan FB)

hah? Kenapa namanya nasi gunting .. Sebab daging tu di gunting-gunting. Dimakan pula ngan telur masin, timun, sambal dan juga cili hijau yang di gunting-gunting jugak.. Pastu tu pekena ngan Air Mata Kucing Panas ( kedai yang sama) ..... Fuhhh.. Kedai ni terletak di Food Court di Pasar Besar Melaka Sentral Melaka ( Tingkat 1) . Dibuka jam 9.00 pagi .. So bole borong ikan dan sayur dulu kat tingkat bawah.hhhehe

7. Cendol Jam Besar


( Pic Ihsan Kawan FB)

Cendol pulut ada, Cendol biasa ada, ABC ada.. Macam-macam la ada.. Terletak di Dataran Cendol di Jalan Bendahara berhadapan jam besar dan Bangunan Stadhuys. Gerai dia betui-betui sebelah Sungai Melaka.. sambil makan bole lambai-lambai tangan kat pelancong yang sedang menaiki river cruise tu.. Jangan terjun sudahhh... Hehehhee

8. Berkat Roti John 


( Pic Ihsan Kawan FB )

Yang ni peberet anak aku, Mukhriz.. Satu bantal roti john ni dia bole makan sorang ngan selamber.. Fuhh senak pewott mummy tengok dia makan. Terletak di sebelah Giant dan juga di Lorong Pandan, Melaka

9. Ais Krim Pasu Bunga



Yang ni banyak negeri dah buat kan.. Tapi kalo nak cuba bole try kat Dataran 1 Malaysia, Klebang. Satu pasu RM 5.00 hengget siap ais krim, pasu ,bunga, daun dan tanah . Pas makan tumbuh pokok bunga dalam pewot... hehhe

10. Coconut Shake Klebang dan Batu Berendam


( Pic Ihsan Mr Google)

Coconut shake ni ada dua tempat. Satu kat Klebang dan satu lagi kat Batu Berendam. Yang mencipta sejarah opcoz la yang kat Klebang tapi kat sini aku dah jarang pi, sebab aku pernah tercium bumper kete orang kat area tu sebab nak beli coconut shake ni lah.. So aku beralih arah kat Batu Berendam pukak. Parking lagi senang  dan rasa coconut shake ni pun  bagi aku lebih kurang je ! 

 11. Satay Celup-celup Warisan 


( Pic dari FB Satay Celup-celup warisan)

Ni la rupa satay tu.. Just celup-celup ye ngan kuah yang disediakan.. kedai ni terletak di Taman Lagenda 1 bersebelahan dengan Aeon Jaya Jusco Bandaraya.

Thanks for Reading! Wassallam

15 comments:

  1. nyum nyum ... terliurnya tengok especially asam pedas claypot dengan coconut shake :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yum yum sedap ooo.. Hehehehe

      Delete
    2. Anda boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah hingga exclusif berhampiran lokasi pelancongan & ipt di sekitar Melaka..
      sila lawati; 
      www.AnugerahHomestay.com

      *kami bukan agen tetapi adalah pemilik sebenar homestay..
      **mutu dan kualiti homestay dijaga rapi sendiri..

      Delete
  2. aduiiii...xtahan tgk asam pedas tu hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ayaq liuq dah menitik tu.. Lap sikit.. Heehehehe takpa nanti mai la Melaka bole pekena Masak Asam Claypot.. Yum yum

      Delete
  3. nyum2.. melaka top dengan asam pedas

    ReplyDelete
  4. aaa... bukan takat asam pedas je.. Ikan bakaq pun sodap gak..hehhehe

    ReplyDelete
  5. kalau ke melaka...asam pedas dan coconut shake tu yg d cari..nyummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe kira tu menu wajib la ek.. Terbaekkk!

      Delete
  6. Anda boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah hingga exclusif berhampiran lokasi pelancongan & ipt di sekitar Melaka..
    sila lawati; 
    www.AnugerahHomestay.com

    *kami bukan agen tetapi adalah pemilik sebenar homestay..
    **mutu dan kualiti homestay dijaga rapi sendiri..

    ReplyDelete
  7. sedapnya semua hidangan di atas....coconut shake klebang tak pernah cuba

    ReplyDelete
  8. banyaknya makanan!! coconut shake favourite :)

    ReplyDelete
  9. yang kuih keria kak ekin siap suruh abang ipar beli hihihihi.. memey pemes la kuih ni

    ReplyDelete
  10. thanks sangat..next week nak gi melaka.. tengah mencari juga tempat2 makan yg best sebab misi jalan-jalan cari makan kan. heheh

    ReplyDelete
  11. Sedap....
    next time i nak coba makan itu makanan.. :)

    ReplyDelete